Ceritaku Untuk MYCorps 2015
MYCorps Pilot 2017
Sejarah MYCorps ini bermula telah lama dan program pertama adalah pada 2011. Manakala, pada tahun 2015, YB Khairy Jamaluddin menjenamakan semula MYCorps termasuklah logo baharu.
28 November 2015, bermulalah perjalanan 40 anak muda yang tersenarai pendek untuk menyertai projek MYCorps Pilot yang akan berlangsung sehingga hujung Disember 2015 bertempat di IYC Cheras dan Kemboja.
For the first time we are meet... Apa yang aku fikir ketika ini adalah, macam mana aku nak berdepan dengan belia-belia seluruh Malaysia yang hebat dan berkaliber. Dan, lebih utama mereka semua hebar speaking sedangkan aku lemah untuk speaking. Sepanjang aktiviti, aku hanya mendengar dan cuba untuk menterjemah satu persatu apa yang disampaikan oleh penceramah dan fasilitator sebab semuanya bercakap dalam bahasa inggeris. Lagi-lagi hanya aku wakil tunggal Sabah pada kali ini. Sebenarnya aku orang gila, tapi kerana terhad untuk bercakap, akau banyak mendengar sahaja.
Every activities conduct by Epic Homes . Dan semuanya sangat bermanfaat dan berguna untuk menambah ilmu pengetahuan. Staf Epic Homes semuanya gempak dan sempoi.
And, this is my first team sebelum diubah lagi sebelum bertolak ke Kemboja nanti. Aktiviti dalam kumpulan.
Inilah wajah 40 sukarelawan MYCorps Malaysia, kami hanya menggunakan 2 buah lori untuk memasuki kawasan perkampungan orang asli di Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.
Sampai di sana, kami diperkenalkan dengan penduduk kampung. Dan, diteruskan dengan aktiviti memasakan bersama penduduk kampung di sana. Pertama kali berjumpa dengan penduduk orang asli (lupa sudah kaum apa, tapi ada sedikit perkataan yang sama dengan Sabah yang mereka gunakan)..
Selepas menjamu selera, banyak aktiviti yang kami sertai seperti menganyam, mengetahui sumber-sumber hutan yang boleh dimakan dan digunakan untuk tujuan perubatan, belajar menggunakan sumpit, dan akhir sekali disajikan dengan alat muzik dan tarian orang asli di sana. Dan, lebih menarik, tepi kampung ni ada sungai yang jernih, bersih dan seronok mandi puas-puas...
Ini hanyalah sedikit gambar... untuk tatapan lain bolehlah melawat ke pages fb MYCorps
aktiviti dan kenangan semasa di Kemboja akan di publish dalam masa terdekat.
p/s: Ni kisah 2 tahun lepas... tak pernah nak publish...
hi, saya berminat nak ke semporna. boleh saya dapatkan email atau no saudara? -arif
BalasPadam0175959179
Padam