Tips Pemakanan Sihat

~  jenis makanan Untuk KURUS ~

1) Teh hijau
TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.
Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.
2) Limau gedang
BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.
3) Cuka
CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir. Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan. Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.
4) Halia
SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

p/s :: banyak lagi cara dan makanan yang sesuai... terpulang kepada perut dan selera kita juga

Ulasan

Catatan Popular