Tuesday, December 31, 2013

BERPESAN-PESAN KEPADA KEBAIKAN

~Sharing is Caring~

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih 

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama 

CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.


Friday, December 27, 2013

Engkaulah Teman...

~ Selamat ulangtahun Sahabat... first time celebrate besday dia ~


semoga panjang umur murah rezeki sahabat
Terima kasih sebab temankan ke Hospital walaupun masa tu Puasa
love u

Sedikit Perkongsian

~ Salam Jumaat ~

10 PESANAN IMAM SHAFIE


Sebelum Imam Shafi’e wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

" Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kpd Diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd Malaikat Maut: mengqada’kan kewajipan2 yg tertinggal, mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH.

3. Hak kpd Kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd Mizan (neraca timbangan amalan pada Hari Qiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd Sirat (titian yg merintangi Neraka pada Hari Qiamat):
membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik (Malaikat penjaga Neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan (Malaikat Penjaga Syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas ni’mat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

" Jadikanlah iman dan taqwa sebagai pakaian kita di dunia agar, pakaian dari Syurga yang membaluti kita di akhirat kelak.." "Sesungguhnya ALLAH itu Maha Melihat dan tidak pernah tertidur walau sedetik pun. Setiap amal perbuatan kita akan dihitung walau sebesar zarah sekalipun" Semoga kita berada di dalam golongan hamba-Nya yang tidak pernah alpa mengingati-Nya.."