Posts

Showing posts from April, 2012

THE END

Image
~ selamat JaLan ApriL... welcome May ~
skrg ni jam 8.23 pagi waktu malaysia iaitu 30 ApriL 2012 kejap lagi selepas saya send dan publish mesti jam 8.30 pagi kan... lambat sikit typing..maklumlah

esok, maw masuk MEI untuk tahun 2012 sudah... iaitu bersamaan HARI PEKERJA di MALAYSIA 1 MEI 2012 semua tutup La besok kan..

selamat bercuti kepada pekerja-pekerja

apapun..  MEI adalah bulan yang mencabar... Thesis Mood bulan terkhir sebelum final exam semester kedua 2011/2012 UUM JUN finaL exam sudah... JuLai pulak Tauliah PALAPES.. Ogos lagi Lah... Praktikum..
p/s :: masa tidak akan menunggu kita... kita sepatutnya sayang dan kejar masa

PASTIL ... KARIPAP SEMPORNA

Image
~ siapa pernah rasa...? ~

memang rugiLah kalau tidak pernah rasa Karipap / PASTIL (orang semporna bilang)
~mesti ramai yang tidak tahu dan pelik kan dengan menu ni... hanya ada di Semporna... ndak taw la kalau ada di tempat lain kan (maklumlah serumpun) BTW, selama aku hidup ni, di Semporna jak la aku jumpa karipap macam ni..
adalah budak2 jalan2 bawak bakul... didalamnya ada beberapa ketul karipap, ingatka karipap inti ubi keledek... bila makan, dia suruh letak dengan lada kicap... bila dapat makan... terasa nikmatnya... dengan tepung diluar, mee bihun didalam + lada kidap MANTAP..
itulah uniknya SEMPORNA... i <3 PASTIL
cara buat senang jak.. adunan tepung macam biasa just tukar jak inti ubi tu jadi mee bihun goreng tiada beza apapun...
p/s :: Rasailah bezanya makanan Semporna, SABAH... 


Pantai BukiT keluang... TERENGGANU ~ part I ~

Image
~saja maw upload gambar sebelah subuh dan malam~

~take time... jam 9 malam at pantai bukit keluang, Terengganu ~


 ~bLurrrrr...~

~BBQ... paling best panggang2 ~



~d awal pagi dalam jam 6 ++ camtu ~
kalau maw tengok gambar sebelah pagi.. tunggu dalam entry seterusnya
p/s :: janji aku puas dapat mandi air laut china selatan

Beza Elektrik di Semenanjung dengan SABAH

Image
~ kamu pernah dengar ka ~
kalau di Sabah di panggil SESB.. Sabah Electricity Sdn. Bhd...
Kalau semenanjung TNB...

semmart gambar nie.. loikkeee...
kalau di Semenanjung pulak

apa beza keduanya... kalau di Sabah... mati karan sampai berJAM-JAM... maksudnya mati sehingga 2-3-4-5 jam lamanya macam hari ni.. seluruh SABAH mati karan... dari Semporna hingga ke Kota Kinabalu sehingga kawasan pedalaman
di semenanjung... kesian bah 1 saat jak ya mati.. tu pun 2-3 bulan jak sekali mati... kalau ndak, ndak da la ... selama aku di UUM... baru 6 kali macam tu mati... kadang2 karan di UUM jak mati...
apa persamaan...

dua-dua bahaYa dan dua-dua milik swasta tu jak... yg penting... TNB dan SESB terbaek sebab salurkan KARAN untuk rakyat MALAYSIA
maybe ada kerosakan la tu di Bukit Garam sebab di situ puncak karan SABAH.. pencawang Utama... selamat berhari ISNIN...
p/s :: untunglah budak2 yang ada presentation hari ni, boleh tunda present... huhai

KFC dan Kad Member Baru

Image
~ SnaxTer ~
siapa2 sini yang selalu singgah KFC jangn lupa renew member card baru erk rupa dia macam ni...

cantek kan? ni yang baru k... yang lama macam ni...

tak jauh beza... sama je... boleh juga guna yg lama punya janji dapat point kan 100 point untuk RM 1...
masuk dulu laman wen ni... www.Snax.com.my pastu clik ikut anak panah kat bawah ni "active card"

amek dgn kak CIK MUN
apapun... jangan lupa tebus point taw dan, kepada member baru jangan lupa masuk lamann web ni dan daftar untuk mengaktifkan card korang... alah macam sim card or card bank juga dan ... best tu ada tebus2 point... boleh makan kepsi free
p/s :: jangan makan kepsi banyak dan kerap k... tak baik untuk kesihatan

Hidup itu KEHIDUPAN

Image
~ Hidup Cuma PinjaMan ~

KEHIDUPAN  ~oLeh :: AKU LAH/ UPM  - Sampang IX (SMKDPA)
Kehidupan Satu perjalanan yang indah Dengan pelbagai cabaran yang mengugah Dengan onak duri yang galak menerjah Dengan harapan yang ranum berbuah Dan esok yang bakal menjengah
Kehidupan Bersamanya ada permulaan Disulami pelbagai impian Bunga-bunga keriangan penyeri laluan Hujan-hujan kebahagiaa yang menceriakan Dan ketandusan duka yang berterusan
Kehidupan Satu anugerah yang amat berharga Di dalamnya terselit pelbagai cerita  Suka dan duka seorang pencinta Yang belum pasti hujung kisahnya Yang begitu ghairah mencipta istananya Dalam khayalan yang mengisi hari-harinya Saat kerinduan mencengkam jiwanya
Kehidupan Penghujungnya tiba juga Setelah lelah melalui pelbagai landasan Meninggalkan hentian-hentian sepanjang jalan Berbekalkan pengalaman yang mendewasakan Mengharungi titian, menuju KEBAHAGIAAN...
p/s :: Hidup kalau tidak inginkan kebahagiaan adalah satu kerugian

MENU ~ dari Ikan MASIN / IKAN KERING SEMPORNA

Image
~Sabah , selain Semporna, daerah Kunak dan LAHAD Datu juga Pemes ~
memang banyak dan segar2 maklumLah semporna pengeluar ikan utama SABAH Tak percaya... cuba ko tanya makcik2 di pasar tu terutaa TAWAU dan Kota KinabaLu ndak percaya Lagi... what ever