Posts

Showing posts from January, 2015

Skuad Sukarelawan 1M4U Semporna... Rakan Muda Cinta Alam: Beach Clean Up

Image
~ Syukur yang amat sangat ~
Alhamdulillah, dana terakhir di tahun 2014. Terima kasih 1M4U dan DRe1M atas sokongan. Kali ini program menjelajah pulau-pulau semporna. Keterangan program:
Nama: Program Rakan Muda Cinta Alam: Beach Clean Up Tarikh: 28 Disember 2014 Tempat: Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan Penglibatan: 24 orang peserta sukarelawan 1M4U
Tentatif aktiviti 1) Bergerak ke Taman-Taman Sabah (Pulau Bohey Dulang) pendaftaran dan sesi taklimat 2) Mendaki Bukit Bohey Dulang (300 meter dari paras laut dan 600 meter jarak ke puncak) 3) Sesi membersihkan laluan pejalan kaki dari puncak ke bawah bukit 4) Bergerak ke Pulau Mantabuan (Beach Clean-Up) 5) Bergerak ke Pulau Sibuan (Beach Clean Up) 6) Makan Tengah Hari dan bersurai
Gambar Program: Bolehlah rujuk fb: Bolong Tatap Bolong


Gambar kenangan sebelum naik ke puncak... Sebelah kanan gambar itulah puncak bukit Bohey Dulang

Taklimat daripada Staf Taman-Taman Sabah sebelum mendaki ke puncak

Gambar kenangan bersama pend…

Skuad Sukarelawan 1M4U... Rakan Muda Sukarelawan: 1M4U Jelajah Bukit Tengkorak Semporna 2014

Image
~ Seterusnya dan sampai akhirnya~
Alhamdulillah, program ketiga dibawah dana DRe1M 1M4U yang saya terima bagi tahun 2014. Kali ini anjuran Kelab Rakan Muda Semporna (KRMS). Keterangan Program
Nama: Rakan Muda Sukarelawan: 1M4U Jelajah Bukit Tengkorak Tarikh: 20-21 Disember 2014 Tempat: Muzium Bukit Tengkorak dan Kampung Bukit Tengkorak Penyertaan: 13 Orang fasilitator, 46 orang peserta dan 50 orang penduduk kampung, 5 orang staff Muzium termasuk 1 orang pegawai
Aktiviti: 1) Pendaftaran peserta 2) Ice Breakind 3) Sesi Perkongsian Pengalaman Kerja Sukarelawan 4) Gotong-Royong membersihkan kawasan kampung Bukit Tengkorak 5) Sukaneka bersama Komuniti Bukit Tengkorak 6) LDK dan sesi perkongsian pengalaman kerja sukarelawan 1 7) Taklimat bersama pegawai Muzium iaitu encik Maarof mengenai Muzium dan Sejarah Bukit Tengkorak 8) Gotong-Royong di Bukit Tengkorak 9) Majlis Penutupan 10) Sesi bergambar
Terima kasih kepada semua yang terlibat 1) Sukarelawan Semporna 2) Persatuan Belia Kampung Kabo…

Skuad Sukarelawan 1M4U Semporna... Kempen Kesedaran dan Bengkel WAPO: Lindungi Penyu Kita di Pulau Omadal Semporna

Image
~ Untuk kali kedua saya dapat jalankan program 1M4U di Semporna~
Dalam tahun 2014, sekali lagi selepas program Sukarelawan Jelajah University Camp di S.K Balimbang, Semporna program berbentuk motivasi dan perkongsian bersama adik-adik pelajar tahun 6 di sana juga gotong-royong di Kampung Look Butun, Pulau Bum-Bum, Semporna. Program seterusnya ini adalah berbentuk kempen kesedaran dalam melindungi spesies dan habitat penyu yang mendarat di Pulau Omadal Semporna dengan kerjasama Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO).
Secara statistiknya, penyu mendarat di Semporna dapat direkodkan di pulau Mataking, Pom-Pom, Mabul, Sipadan, Kapalai dan juga Omadal. Pulau lain kurang pasti tapi semestinya ada rekod memandangkan jarak antara pulau-pulau di Semporna adalah tidak jauh dan berhampiran sahaja. Tujuan saya mengadakan program ini adalah bagi memberikan pengalaman dan mendidik kumpulan wanita ini iaitu Persatuan Wanita Pulau Omadal Semporna (WAPO) adalam membiasakan diri untuk menganjurkan aktiv…

Adat Talian Kaum Bajau Suluk Semporna

Image
~ Suatu adat dan budaya kaum Bajau Suluk yang semakin hampir pupus ~

Biasanya kini, kita akan mengadakan majlis kenduri Akikah untuk anak-anak kecil adalah yang lebig afdalnya selepas 7 hari kelahiran mengikut ajaran agama Islam. Menurut potongan ayat 
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]
Untuk bacaan lanjut, http://korbanaqiqahonline.blogspot.com/
Merujuk kepada ADAT TALIAN BAGI KAUM BAJAU DAN SULUK, mengikut pengalaman saya di daerah Semporna. Hanya segelintir sahaja daripada keseluruhan kaum tersebut yang mengamalkann adat dan budaya itu. Dalam kata yang lainnya, masih diteruskan dan dilaksanakan. Pengalaman saya mengikuti adata ini ketika saya berada di kampung Panji Semporna. Ada juga terdapat di sekitar kampung-kampung di Semporna yang masih mengamalkannya, saya hanya mengikut mereka melalui lama sosial Facebook.

Replika Rumah-Rumah untuk anak perempuan

Apa yang menariknya, mengikut temubu…