Skuad Sukarelawan 1M4U Semporna... Kempen Kesedaran dan Bengkel WAPO: Lindungi Penyu Kita di Pulau Omadal Semporna

~ Untuk kali kedua saya dapat jalankan program 1M4U di Semporna~

Dalam tahun 2014, sekali lagi selepas program Sukarelawan Jelajah University Camp di S.K Balimbang, Semporna program berbentuk motivasi dan perkongsian bersama adik-adik pelajar tahun 6 di sana juga gotong-royong di Kampung Look Butun, Pulau Bum-Bum, Semporna. Program seterusnya ini adalah berbentuk kempen kesedaran dalam melindungi spesies dan habitat penyu yang mendarat di Pulau Omadal Semporna dengan kerjasama Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO).

Secara statistiknya, penyu mendarat di Semporna dapat direkodkan di pulau Mataking, Pom-Pom, Mabul, Sipadan, Kapalai dan juga Omadal. Pulau lain kurang pasti tapi semestinya ada rekod memandangkan jarak antara pulau-pulau di Semporna adalah tidak jauh dan berhampiran sahaja. Tujuan saya mengadakan program ini adalah bagi memberikan pengalaman dan mendidik kumpulan wanita ini iaitu Persatuan Wanita Pulau Omadal Semporna (WAPO) adalam membiasakan diri untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seumpamanya. Selain itu, saya sebagai penasihat mereka (dibawah seliaan WWF-Malaysia) adalah sebagai sebuah tanggungjawab dan kewajipan saya untuk mendidik mereka untuk terus maju dan mampu berdikari secara bersendiri.

Pengenalan program.
Nama: Kempen Kesedaran dan Bengkel WAPO: Lindungi penyu Kita
Tarikh: 15-16 November 2014
Tempat: Sekitar Pulau Omadal, Semporna
Penglibatan: 28 ahli WAPO, 12 Sukarelawan 1M4U Semporna, 100 orang penduduk kampung

Program yang ditaja sepenuhnya oleh 1 Malaysia For Youth (1M4U) ini dijalankan selama 2 hari 1 malam di sekitar pulau Omadal. Penganjur utama program adalah Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) yang terdiri daripada 30 orang ahli dan melibatkan penglibatan 10 orang sukarelawan 1M4U Semporna serta 3 wakil Kelab Pencinta Alam Semporna (GREENs).

Seramai lebih kurang 100 orang peserta yang terdiri daripada penduduk kampung Pulau Omadal sendiri dan juga "Orang Bajau Laut" dalam menjayakan program tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung:
1) Bengkel Kraftangan
2) Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
3) Seminar Kempen Yang bertajuk "Lindungi Penyu Kita"
4) Sukan Rakyat
5) Malam Kebudayaan
6) Bengkel Pengurusan Tapak Penetasan Telur Penyu WAPO
7) Lawatan Tapak Penetasan Telur Penyu WAPO oleh YBhg. Mohd. Soffian Bin Abu Bakar, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau dan Rombongan WWF-Malaysia
8) Lawatan Sekitar Kampung
9) Pembersihan Pantai dan Sekitar Kampung
10 Majlis Penutupan Program yang disempurnakan oleh Encik Mohd. Soffian

Terima kasih kepada semua pihak yang  program ini.
1) Dana DRe1M (1M4U)
2) Pihak Jabatan Hidupan Liar, Tawau
3) WWF-Malaysia
4) Sukarelawan 1M4U
5) Kelab Pencinta Alam Semporna (GREENs)

Bolehlah rujuk FB Pages: WAPO untuk bacaan lanjut dan gambar program

Apapun, syukur alhamdulillah, 1M4U di bawah DRe1M dapat memberikan tajaan kepada program kami ini. Siap dapat liputan Utusan Malaysia, Akhbar Cina dan WWf-Malaysia.


Sesi taklimat bersama peserta dan Ahli WAPO dibantu oleh SKuad Sukarelawan 1M4U Semporna



Sesi aktiviti "Kenali Si Penyu" kepada peserta, mereka diberikan penerangan mengenai penyu, cabaran dan ancaman hidup


Sesi perasmian papan tanda Pusat Penetasan Penyu WAPO yang disempurnakan oleh encik Suffian daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah cawangan Tawau


Aktiviti Beach Clean UP


Bergambar bersama para jemputan dan semua pihak yang terlibat


Pertandingan mewarna kanak-kanak



Selesai aktiviti mewarna dengan lukisan hidupan marin.



Gambar kenangan bersama Jabatan Hidupan Liar Tawau dan pihak WWF-Malaysia


Hatchery yang siap sepenuhnya dibawah seliaan WWF-Malaysia dan Jabatan Hidupan Liar Tawau.
Papan sumbangan 1M4U


Banner Program


Poster untuk edaran kepada penduduk kampung.
Terima kasih designer: Awang Radzi dan owner gambar: ben Hicks

Tema Program "Lindungi Penyu Kita"
Tema WWF-Malaysia "Biar Tetas Jangan Telan, Penyu Adalah Kawan bukan Makanan"

Ulasan

Catatan Popular