Saturday, March 31, 2012

suka suki HARI KO-KURIKULUM UUM ke-5

:: sekadar gambar... aku budak baru belajar ::















our Encik Dzul.... RSM kitaorang....




~sekdar gambar PALAPES UUM sahaja... yang lain tak sempat capture... ~

p/s :: i Love PALAPES... untuk terakhir kalinya... as a cadet...

LAST TRAINING (as a ROTU cadet airforce UUM)

:: latihan tempatan last sebelum TAULIAH Julai nanti ::

hari ini... 31 MAc 2012...
menandakan kami sebagai pegawai kadet SENIOR (ROTU) PALAPES UDARA UUM
last menjalani latihan tempatan untuk 3 tahun...
dan, upacara tamat latihan

mula2 nak bagi Junior dan Inter
last2 jurultih sampai..
senior pown kena sekali
apa lagi... rendam sampai basah semua sekali

nak taw,
tu bukan sungai..
tu parit sebenarnya...
tapi air tu air sungai la.. sungai badak, sintok UUM
cumanya, air kumbahan hostel mengalir sekali
apa lagi... mantap... ko demand sangat nak rendam2 kadet


~pastikan letak pasir atas rambut~

ko DEMAND banyak sangat kadet...


korang nak sangat rendam... rendam La sampai kepala tak nampak...


~ambil pasir, buat facial~

:: dan, selamatlah bersurai... latihan last tempatan kami sebagai pegawai kadet ::


apapun, kepada senior2 my buddy and family
inilah kenangan kita bersama selama 3 tahun
sakit penat lelah gaduh tak sepakat kerjasama
itulah kita sebagai satu pasukan...

INSYA ALLAH. kalau ada rezeki..
jumpa di hari TAULIAH...
1-15 JULAI 2012... UUM, Sintok Kedah....
LOVE u guys... so Much..

p/s :: jangan nak salah anggap gambar tu... sekadar suka-suka... hepi-hepi... PEACE

Thursday, March 29, 2012

NASI BAMBONG @ TAWAU

:: copy from mY tawau ::


Pasti semua warga Tawau kenal dan tau rasa keenakan serta kemurahan Nasi Bambong ini. rombengan belakang sabindo selalu dijadikan tempat medan makan tengah hari.

Cerita mengenai nasi bambong ini harganya memang murah antara rm1.50 ke rm1.70. Terdapat dua jenis pilihan untuk menu ini iaitu ikan ataupun telur. Yang
pastinya ia sangat berbaloi dengan harga dan kuantiti yang mencukupi untuk membekalkan tenaga untuk seorang.

Untuk pengetahuan semua, sekitar tahun 90an nasi bambong ini berharga RM1.00. Pada waktu itu harga barang masih lagi rendah dan peniaga juga tahu bahawa harga perlu rendah kerana Orang Tawau kebanyakannya berpendapatan rendah.

Hinggalah tahun demi tahun harganya hanya meningkat dari 50sen ke 70sen sepinggan. Apa yang membanggakan, orang Tawau masih merasakan ianya sangat-sangat relevan dengan harga dan kuantiti makanan itu begitu cukup sekali.

Kenapa aku tulis mengenai nasi bambong ini, aku terpikir sejenak ketika berada di sana. Aku berfikir, mereka peniaga ini sudah menyumbangkan sesuatu kepada warga Tawau. Walaupun sumbangan mereka perlu dibayar, namun ia merupakan satu sumbangan yang cukup murah kepada segelintir masyarakat Tawau yang berpendapatan rendah sambil menjadikan Nasi Bambong sebagai menu tengah hari mereka.

Rasanya inilah makanan yang termurah di Malaysia (RM1.50-RM1.70). Menyajikan satu set hidangan yang dikatakan mencukupi untuk menambahkan tenaga. Tidak kira siapa pun menjadikan tempat itu sebagai lokasi untuk makan tengah hari.

Bersyukur kita warga Tawau kerana masih mempunyai tempat makan yang termurah sekali. Boleh dikatakan ianya suda menjadi tradisi dengan Nama dan harganya yang begitu sesuai. Walaupun lauk pauknya tidaklah begitu gah berbanding nasi campur, tapi sudah namanya nasi Bambong ianya tidak perlu terlalu extrem.

Untuk pengetahuan anda Nasi Bambong adalah ayat yang dihasilkan sendiri oleh orang Tawau membawa maksud Nasi Penganggur. Mungkin dahulunya golongan penganggur yang banyak menjamah hidangan ini disebabkan murah. Tapi hakikatnya samada penganggur atau bekerjaya ianya sudah menjadi nama dan trend makanan orang Tawau...

Terima kasih kepada para peniaga yang prihatin kepada warga Tawau di atas penyediaan makana yang termurah sekali di Tawau, Di Sabah Di, Malaysia..

Terbaik dari ladang..kepada mereka yang belum tau bagaimana rupa bentuk dan apakah kandungan dalam Nasi Bambong, inilah yang terdapat dalam gambar. Sedap kan..Boleh lah..

p/s :: sekadar berkongsi makanan SABAH... bukan maw ciplak2 pown.... peace

Wednesday, March 28, 2012

Al-KisahNya...

:: suka suki Malam citrabayu ::

mungkin ada yang perasan
mungkin ada yang tidak..
dan mungkin ada yang kebaru-baruan....
ndak aku kesah.... ko ambil la kalau ko maw...

al-kisahnya...
dengar cerita, aku yang paling seniro dan aku yang paling lama mengenai kebudayaan
untuk anak2 sabah UUM la... untuk batch 2009/2010
dan, mula-mula aku kenal ad hoc anak sabah UUM pown sebab MCB...
sebab senior aku...

al-kisahnya,
sejak dari sem satu sehingga ari ni
banyak usaha aku.. cuma... apa yang dorang nampak.. KOSONG
aku diam-diam jak kan...
INGAT MENARI NI SENANG...?

al-kisahnya...
aku mana la ada sijil sebagai seorang pengajar menari
aku orang biasa2 jak... budak baru belajar
terima kasih jugalah kepada cikgu2 aku yg banyak mengajar aku menari..
termasuk arwah kak masna... terima kasih banyak2...

al-kisahnya...
ingat senang maw cari muzik menari...?
lepas tu kira bit2 muzik maw cari step...?
ingat senang maw jadi kareografer...?
bukan semudah main bola sepak.. dapat bola, wisel ditiup... tendang...
silap ... silap...
menari bukan 2-3 minggu latihan .... 1 bulan blom pasti boleh siap...
MENARI bukan sekadar suka2... ada seninya...

apapun al-kisahnya...
untuk last sem... aku terpaksa tarik diri sebab aku sakit tulang belakang dan pinggang aku bengkak... dan itu pun masih ada tidak puas hati...
sakit hati... MATI jak La penawarnya.... (kata c poLan)

aku sayang ad hoc UUM aku sayang persis USM... maaf..

p/s :: tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati... sekadar luahan hati aku
ko terasa... ko punya pasal... ada aku kesah...?

Tuesday, March 27, 2012

SEORANG IBU...

:: kisah daripada facebook ::

‎-Susu Terakhir buat si kecil-
Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan men
yentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

p/s :: sayangilah ibu sebab sayang ibu sampai ke syurga... sayang kita...?

pesta Regatta Lepa 2012

:: bahang semakin terasa, banyak praogram2 akan berlangsung ::

7 APRIL...


22 APRIL...


keterangan lanjut... sila rujuk number yang tertera

p/s :: ruginya tidak dapat pulang untuk kali ke-3 regatta...

Sunday, March 25, 2012

DI seBaLIk SaKit akU...

:: mungkin ramai yang tak tahu ::

sakit...?
memang semua ada sakit kan...
dan, mesti sakit orang lain-lain... termasuk la saya sendiri
yala, umur semakin naik, badan pun memerlukan rehat yang secukupnya...

apapun...biar aku ceritakan disebalik sakit yg bermula sejak 2009 yg lepas
masa itu aku masuk tandas... siap baca doa lagi..
ntah macam mana selipar yang haus itu, tambah2 lagi tandas tu licin
kedebum...... macam nangka buruk yang jatuh

sejak hari itu,
aku tak bagi tahu sesiapa dan aku terpaksa tahan sakit sendiri
dan, sejak dari itu kesihatan aku terjejas
sebeb sebelum-sebelum ini aku jarang2 sakit dan HYperaktif

tambahan lagi masa aku mula-mula masuk UUM,
entah kenapa gatal sangat nak masuk PALAPES...
bukan apa, sebab minat dan jeles dengan orang lain
saya jeles dengan cikgu saya (cikgu omar)... guru idola saya
walaupun badan kecik dan pendek (maaf cikgu)
tapi semangat dia kuat...

tabek spring la dengan sir omar... kecik2 pun masuk PALAPES (army)
sejak dengar cerita dia, aku mula jeles...
dan, sebab dia lah aku masuk PALAPES dan sebab dia aku masuk UUM
dan kebetulan (rezeki ALLAH)... saya junior dia Bac. Of PubLic Management with Honour
Alhmdulillah

berbalik kepada cerita aku (sakit itu)
memang amat-amat perit tambahan masa tu junior
dengan punishment segala... (PT memang ar MANTAP dan aku terpaksa bertahan)
sebenarnya.. masa PT (physical training) seluruh badan aku sakit
cuma, aku tetapkan dalam diri aku..motivasi untuk aku teruskan adalah cikgu aku dan kesihatan aku sebab masa tu aku berat berlebihan lebih 80kg...
aku risau la taknak jadi obesiti

dengan PT yang diberikan
tekanan pada pinggang (urat dan tulang belakng) semakin tertekan dan stress
so, semakin la bertambah sakit dan-dan tiada yang urut
dan sekali lagi aku jatuh dekat tangga kat bank rakyat...
masa tu hujan, tangga licin dan jatuh punggung dulu... memang masa tu nak jerit kuat2

apapun, malam ni rasa syukur sikit
daripada aku membazir duit rm80 ke atas
syukur jugalah dapat kenal dengan seorang hamba ALLAH
biar habis duit TAPI jangan bazirkan kesihatan dan umur anda untuk masa depan
insya ALLAH tambahan kalau solat selalu sakit
dan ada kala tidak dapat bangun subuh untuk solat sebab susah nak bangkit dari katil

lagipun sebelum ni terpaksa balik sabah baru dapat urut
tapi... dapat urut masa kat BESUT dan sekali kat UUM
alhamdulillah, semoga ALLAH memberi hidayah dan kesihatan yang lebih baik..
selalulah mensyukuri nikmat ALLAH dan jangan sia-siakan

#korang boleh nak kata aku "MENGULAT" or pura-pura sakit tapi aku tetap redha sebab ALLAH sahaja yang tahu penderitaan ini

p/s :: selepas ni, nak try guna NutriLite DoubLe X pLak... biar MahaL janji sihat...

Monday, March 19, 2012

MALAM CITRA BAYU USM 2012 (beginning)

:: just nak promote ::

As Salam, dengan Tema "Limpas Bayu, Apresiasi Tradisi" , Perkumpulan Siswa Siswi Sabah (PERSIS) USM sekali lagi mengajurkan program yg khas mempamerkan budaya Sabah iaitu Malam Citra Bayu (MCB) untuk kali yang ke IV. Sebanyak 7 buah IPTA akan berentap untuk merebut gelaran juara. program dijalankan pd ketetapan berikut:

Tarikh: 31 MAC 2012 (SABTU)
Masa: 7:30pm - 11.30pm (Bas disediakan)
Tempat: D
EWAN BUDAYA, USM
Penjualan Tiket: RM3, boleh di dapatkan d Booth PERSIS di Foyer DK J.

Cabutan bertuah turut menanti mereka yg bertuah pada malam tersebut. Marilah beramai2 memeriahkan lagi program MCB yang pastinya akan menyajikan persembahan terbaik dpd mahasiswa2 Sabah untuk anda semua.. :D


p/s :: bah, kasi hambur lagi kita USM ya... jumpa disana...

NASIHAT

:: NASIHAT LUKMAN AL HAKIM ::


"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.

2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.

3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu.

4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.

5. Ingatlah Allah selalu.

6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu

7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.

8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

p/s :: sama-sama kita memperbetulkan diri kita dan menasihati sesama muslim... insya ALLAH

Baju Baru From UM


:: baru jak beli jumaat lepas, kelmarin ahad sampai ::



tak sabar nak buka....


bila buka... wah hijaunya...


dan bila pakai... alamak.. tak muat ke?
matilah juga fit body boss bajuku...
BTW... aku puji la sangat2 kawan ku sorang ni
dari UM bah... fb dia astidar binti suardi
gadis bugis sabah comel molek...

apapun, kain dia memang selesa dan lembut...
corak dia cantek dan terbaek..
makaseh banyak2 boss...

p/s :: masih lagi tu budak2 UM promosi... p la beli ndak rugi ya....

Tuesday, March 13, 2012

TARIKH-TARIKH penting...

:: bagi plan dan kalendar aku jak La ~ bolong world ~ ::



habis exam UUM 28 Jun 2012
insya ALLAH....
start latihan pentauliahan PALAPES IPTA pown 1-15 JuLai 2012
di mana...? di UUM la tuan rumah..

so, maw plan 20 JuLai baLik sabah...
sebabnYa... 21 JuLai kan Puasa Sudah...
semoga plan berjalan lancar...
lepas tu 06 Ogos 2012 bersaaan 17 Ramadhan...
aku baru start praktikaL sudah... tempat...
ndak taw lah lagi... harap2 semporna la tu penerangan bagi bah...

sehinggalah aku praktikal 23 Nov 2012... hantar report...?
blom dapat perkhabaran lagi... so, kena lawat UUM lagi...

apapun, janji aku maw puas2 dulu di K.L sebelum balik SABAH
lepa tauliah nanti sebelum bermulanya alam pekerjaan sebagai pelajar praktikal...
semoga dipermudahkan hendaknya..insya ALLAH...

p/s :: moga2 semuanya berjalan lancar...

Monday, March 12, 2012

STPM :: Dirombak untuk calon-calon 2012 dan seterusnya

:: sama seakan-akan budak Universiti pulak ::
~ 20:40 markah dari sekolah, 60:80 markah final exam ~


SELAYANG: Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dirombak mulai tahun ini dengan keputusan atau markah yang diperoleh oleh calon akan ditentukan menerusi taksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan berpusat.

Pentaksiran akan menggunakan dua kaedah yang dilaksanakan sepanjang satu setengah tahun pengajian, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan markah 20 hingga 40 peratus dan peperiksaan akhir berpusat yang mewakili markah 60 hingga 80 peratus untuk menentukan tahap kelulusan setiap calon.

Penggunaan sistem taksiran baru itu dilaksanakan selaras dengan Program Transformasi Pendidikan dan salah satu usaha kerajaan memperkasakan program pendidikan Tingkatan Enam.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata menerusi sistem taksiran baru itu, tempoh pengajian Tingkatan Enam, penawaran dan sistem penggredan mata pelajaran masih sama seperti sebelum ini tetapi kandungan pengajian dipecahkan kepada tiga bahagian kurikulum untuk mengisi tiga penggal.

“PBS diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu projek atau tugasan, kerja amali dan kajian luar mengikut keperluan mata pelajaran. Ia akan diadakan setiap penggal atau penggal tertentu saja,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan STPM, di sini semalam.

Beliau berkata, peperiksaan bagi menilai pencapaian pelajar akan diadakan setiap hujung penggal, iaitu penggal pertama pada November tahun pertama, manakala penggal dua dan tiga masing-masing pada Jun serta November tahun kedua pengajian.

“Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM dibuat berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga penggal,” katanya.

Mohd Noh berkata, sistem itu bakal memberi kelebihan kepada pelajar kerana selain menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, mereka akan mempelajari kandungan kurikulum berbeza pada skala kecil dalam setiap penggal.

Justeru, pelajar boleh lebih fokus menghadapi pembelajaran dan mempunyai peluang lebih besar untuk melakar kecemerlangan.

“Antara kelebihan sistem pentaksiran baru ini adalah pelajar boleh memperbaiki keputusan akhir setiap penggal dengan menduduki semula peperiksaan yang akan diadakan selepas keputusan peperiksaan penggal tiga dikeluarkan.

“Ini adalah kali pertama MPM memperkenalkan PBS bagi hampir semua mata pelajaran. Ini adalah sejarah bagi MPM selepas terbabit dalam bidang pentaksiran selama 30 tahun dan diharap mampu memantapkan sistem penilaian agar lebih holistik serta menguntungkan pelajar,” katanya.

p/s :: lepas ni, kalau ada lagi gagal tidak taw la... teruskan usaha adik2

JANGAN tinggalKan soLat...

:: Jangan La sesekaLi mencuba ::


p/s ::beringat dan berpesan-pesanlah walau sepatah ayat dariku (Rasulullah S.A.W)


J.A.N.G.A.N

:: jangan menurut ISlam ::


JANGAN dalam Islam

1- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

2- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

3-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

4- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

5- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

6- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

7- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

8- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

9- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

10- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

11- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

12- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

13- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

14- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

15- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

16- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.

p/s :: janganlah berkata iya melainkan benda2 "JANGAN" berkaitan ISLAM...

HOKI NEGARA... I'm LOVE in it...

:: kisah disebalik skuad HOKI negara 2012 ::


dalam saingan kelayakan OLIMPIK semalam
Malaysia bertemu RUssia pada perlawanan kedua buat negara
dengan menundukkan pihak lawan dengan mata 6-2
sebelum ketinggalann 2 mata dibelakang pada awal perlawanan


skisah sebelum ini dengan menumpaskan CHile dengan 5-0
ia menunjukkan permulaan dan pertunjukkan yang menarik
buat peminat2 skuad Hoki Malaysia...
sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan negara untuk kelayakan olimpik 2012

jaringan pertama negara oleh Muhamad Amin Rahim pada minit ke-28, ke-47 dan minit ke-54
dan kemudian djaringan dibuat oleh Faizal Saari pada minit ke-45, Muhammad Razie Abd Rahim (52) dan Hafifihafiz Hanafi (65).


jadual pada perlawanan yang akan datang ::

- MALAYSIA mln Ukraine (9 mlm)
- Russia mln Chile (11.30 mlm)
- Ireland mln Korea (2 pagi)

(Semua perlawanan waktu Malaysia)

sumber :: BERNAMA

p/s :: majulah sukan untuk negara... pastikan kilauan emas di temasya sukan bertaraf DUNIA... OLIMPIK 2012

LOLIPOP punYa ceRiTa...

:: berhati-hati dan pastikan sebelum menelannya ::

PEGAWAI  CAP,  NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor  yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.

PEGAWAI CAP, NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.

kepada peminat dan penggemar lolipop...
sekarang serangan terhadap gula-gula kesayangan anda pula

Batang plastik gula-gula mengandungi bahan boleh sebabkan kanser

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam.
Beliau berkata, Kementerian sudah meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor.
“Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6, iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 'Jom Sihat' di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju di sini, semalam.

Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa kementerian berdasarkan alamat pada pembungkus gula-gula itu, didapati alamat yang digunakan palsu.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.
Katanya, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).

“PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata gejala obesiti di kalangan penduduk Malaysia meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 4.4 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada tahun lalu.

Sehubungan itu, penyakit kencing manis di kalangan penduduk negara ini juga menunjukkan trend peningkatan iaitu daripada 11.6 peratus pada 2006 kepada 15.2 peratus pada tahun lalu. – BERNAMA




memang nampak cantik dan menjadi kegilaan budak2
dah kalau membawa kepada kanser.. buat apa nak bagi budak2 makan
BODOH is STUPID la pembuat lolipop ni

p/s :: awasilah anak-anak anda daripada setiap apa yang dia makan dan minum...

Sunday, March 11, 2012

Lelaki transgender...

:: bukan sekali, tetapi dah masuk kali ke-3 melahirkan anak ::

transgender... ataupun lebih senang kita sebut...
kecelaruan identiti...
contohnya, seorang lelaki merasakan dirinya sebagai seorang wanita
dan sebaliknya.... walhal jelas menunjukkan dirinya lelaki atau perempuan...

kecelaruan identiti bukan bermaksud dia tidak mengenali dirinya
ataupun tidak tahu apa2...
tetapi, lebih mudah untuk faham... tidak menerima hakikat dirinya...


Lelaki lahirkan anak? Anak yang ke-3. Untuk makluman anda, lelaki ini adalah seorang transgender.

kalau iya pown isteri dah tak boleh beranak, ko gatal sangat nak buat kerja wanita kenapa?
kan, sah2 family sendiri tak nak terima koe...
ke bongok bengap lelaki ni...

apapon, as a muslim
jangan la jadi seperti hamba ini... memalukan
walaupun ko buat tu orang lain tidak pernah buat... tapi fikirlah...
bukan fikir ko lelaki dah hebat boleh gantikan perempuan...
NERAKALAH bagimu...


Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari)

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)

p/s :: fikir-fikirkanlah... kalau maw kejar kepopularitian... NERAKA tempatnya

Friday, March 9, 2012

MENGENAI SSM ...

:: wah, untunglah depa ::


JADUAL GAJI SSM 2012 GRED 44 HINGGA GRED 54 | Salam satu malaysia semua.sebelum ini kiraan berkaitan jadual gaji minimum maksimum gred 41 seperti yang disampaikan oleh PM kita pada perhimpunan penjawat awam 2012 iaitu kenaikan 13% dan PGT antara RM80 ~ RM320 mengikut gred perkhidmatan.

Namun memandangkan ramai di antara kita tercari-cari bagaimana pulak dengan gred 44, 48, 52, dan 54 dalam sektor awam ini. Maka saya pun cuba edit excel format Gred41 bersesuaian dengan gred 44 ~54

lepas2 ni, bila pegi beraya rumah cikgu-cikgu...
boleh dah minta duit raya... untunglah

p/s :: baiknya kerajaan sekarang... jangan plak harga barang naik

Thursday, March 8, 2012

MENGENAI SBPA...

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DIBATALKAN..


SBPA Dibatalkan.. Dato Seri Najib Razak Mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ataupun SBPA dibatalkan.. SBPA yang dijalankan pada 1 Jan 2012.. Sistem saraan lama iaitu Sistem Saraan Malaysia akan ditambahbaik dan dikuatkuasakan..

ISU SBPA BATAL DAN SSM KEKAL… pengumuman ini dilakukan oleh PM semasa program PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN BERSAMA PENJAWAT AWAM 8 MAC 2012 DI PICC PUTRAJAYA KHAMIS pada jam 9.30 hingga 10.50 pagi.

Antara pengumuman lain ialah:

1. Satu suruhanjaya ditubuhkan yang dianggotai pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif perkhidmatan Awan. cadangan suruhan jaya akan dipertimbangkan oleh kerajaan

2. Penyelarasan gaji berdasarkan gaji Matrik SSM dan diberi peratusan kenaikan seperti berikut:-

- 13% untuk kumpulan PnP dan kumpulan Pelaksana (gred 1-54)

- 9% untuk gred JUSA A, B dan C

- 8 % untuk gred Turus 3 dan 2 – 7% untuk gred Turus 1 dan gred KSN

3. Stryktur jadual gaji SSM diubah ke Jadual Gaji Min-Maksimim.

- KGT gred 1-54=RM 80-320

-KGT Gred JUSA= kekal seperti biasa

4. Elaun COLA kawasan B dinaikkan dari RM 200 ke RM 250 sebulan.

- Elaun COLA kawasan C dinaikkan dari RM100 ke RM 150 sebulan.

- Elaun BIPK, BIW BIP dan BISP dikekalkan perlaksanaan ikut SSM

- Guru-laluan kerjaya ikut time based

Pengumuman Dato Najib Isu SBPA

Pengumuman Dato Najib Isu SBPA

copy from ===> nizamijam

p/s :: nak lebih lanjut, sila baca paper hari ni erk.. 8hb MAC, 2012