Posts

Showing posts from July, 2015

Iftar Amal iReach Kasih Sabah bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf Semporna

Image
~So Far So Good~

Rasanya, ia satu program yang baik dan perlu diteruskan. Andai pemimpin-pemimpin dan pihak perseorangan yang mempunyai duit lebih dan kaya dapat menyumbang, program ni akan lebih gah dan jadi mercu aktiviti yang baru kepada NGO dan juga Belia daerah Semporna.










Tercipta kenangan bersama semua AJK yang terlibat, semua mempunyai kelebihan masing-masing dan semuanya paling terbaik. Biarkan kekurangan itu menjadi kelebihan pada masa akan... In syaa Allah.
P/S: sedih dengan Seafest Hotel, kurang memuaskan layanan. Apapun, harap akan lebih baik walaupun bayaran kurang seperti yang diharapkan.

Lawatan DYTM Raja Muda Perlis ke Semporna

Image
Menjunjung Kasih Tuanku.

Alhamdulillah, bulan baik hari pun baik di bumi Semporna. Mendapat kunjungan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis ke beberapa kampung di daerah Semporna. Saya tidak tahu banyak, tapi beberapa sumber yang saya dapat tahu daripada media sosial. Beberapa siri lawatan Tuanku seperti kampung Gusung Malanu Pulau Bum-Bum, SMK Bum-Bum, Pulau-Pulau Sekitar Semporna seperti pulau Pandanan untuk majlis melepas anak-anak penyu, berbuka puasa di Dewan Marin Semporna, Taraweh di Masjid Ar-Rahman Semporna pada 30 Jun 2015 dan pada 1 Julai 2015 pula, beberapa siri lawatan lain seperti ke TLDM, pusat penternakan Lobster di Pulau Bait dan beberapa kawasan lain lagi.





Lawatan ke SMK Bum-Bum, Semporna





Lawatan ke Kampung Gusung Malanu, Pulau Bum-Bum untuk majlis sumbangan 


Lawatan ke beberapa kawasan pos kawalan (termasuk Pulau Bohey Dulang)
Dikhabarkan DYTM Raja Muda Perlis sentiasa datang berkunjung ke Semporna setiap tahun. Kurang pasti ini lawatan kali ke berapa sudah,…