Followers

Friday, October 24, 2014

Miss Scuba International 2014 at Mabul Island

Seperti dalam peracangan, ia akan diadakan di Semporna pada 21 November 2014. Jadi, kami dari pihak WWF-Malaysia (Semporna Field Office) dengan kerjasama GREENs dan Wanita Pulau Omadal Semporna (WAPO) diberikan tugasan, yang boleh dikatan sedikit berat (berat mata memandang, berat lagi bahu memikul)... Harap dipermudahkan.

Saya ditugaskan untuk membuat ceramah mengenai "Community Work (WAPO)". Oleh yang demikian, bercakaplah saya dihadapan para jelitawan-jelitawan DUNIA "Miss Scuba International". Bergegar sudah sia, tolonglah.


Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminn Ya Rabbal Alamin. In shaa Allah.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry BoLong ! Like Kalau Suka ! ♥

Makanan Orang Semporna (menu wajib)

sedikit perkongsian info mengenai makanan utama orang Semporna.
Gambar daripada FB Ead Masareka



Sea Grapes... Orang tempatan panggil "LATOK"


Kerang saiz besar dan Siput "Dollen"





Harga pasaran sekarang RM12-15 sekilo. Jika di beli terus daripada pengusaha boleh dapat dalam RM6-8 sekilo.


apa yang nak dikatakan, Semporna adalah antara pengeluar hasil laut yang terbesar di Sabah. Begitu juga Kudat dan beberapa tempat yang lain. Terutama ikan, biasanya daerah Tawau dan Kota Kinabalu mengimport ikan dan hasil laut daripada Semporna.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry BoLong ! Like Kalau Suka ! ♥

Bilamana Senja/Maghrib, Jauhilah perkara yang boleh Menyebabkan Syaitan dan Jin Menganggu Rumah dan Keluarga kita

Bacalah...

Sepeti yang kita maklum, Syaitan dan Jin biasanya akan "Punch card" waktu bekerja mereka adalah pada waktu selepas asar sehinggalah waktu maghrib menjelma. Begitulah juga bilamana seorang ustaz daripada Rawatan Thaqif Kelantan tempat saya berubat semasa mereka berkunjung ke Semporna yang lepas berkata sedemikian, Syaitan akan mula bertebarana menjelangnya waktu selepas asar dan pada waktu maghrib.

Seperti orang tua-tua juga berpesan, masuklah kamu ke rumah selepas keluar bermain sebelum waktu maghrib kerana syaitan akan berkeliaran pada waktu tersebut. Justeru, ia adalah tepat dan benar. Sila baca hujah berikut yang saya ambil daripada blog ---> LINK



Semoga dengan perkongsian ini, kita akan merubah cara hidup kita dan lindungi anak-anak kita daripada gangguan Syaitan dan Jin. In shaa Allah.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry BoLong ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday, October 22, 2014

Semporna Hari Ini

Lain hari lain kisahnya
Lain tempat lain ceritanya
Lain orang lain caranya
Lain insan lain pandangannya


Perubahan cuaca "climate change" kini di daerah Semporna menyebabkan perubahan peredaran arah angin. Kadang cuaca panas, kadang cuaca mendung tapi tidak juga hujan.
Macam di semenanjung, kerap sudah banjir dan kejadian puting beliung. Apapun, semoga kita dilindungi daripada bala bencana dan malapetaka


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry BoLong ! Like Kalau Suka ! ♥

Kisah aku dan Abang Angkatku

Nama diberi Mohd. Salleh Lindi Hati
Pekerjaan sekarang UTK PDRM
Status Sudah berkahwin anak dua
Tinggal di Kampung Bangau-Bangau
Kini menetap di Kuantan, Pahang
Hobi dia Gym la setiap hari... Abam Sado
Siapa dia...



Dialah yang bimbing saya, didik saya dan berikan saya Motivasi masa first time kenal di asrama 2004. Masa tu saya PMR, dia plak 6 Rendah aliran Sains. Saya yang kejar dia sebenarnya, hehehheeee... Mahu krnal dan rapat dia bah kesian. Masa tu budak-budak lagi kan. Kecik lagi, jadi inginkan protector masa di asrama. Aku mula rapat dengan dia. Dia pun open untuk di kawan-kawan.

Sampailah satu kisah masa saya duduk PMR 2004 tu, dia masa tu masih AJK Asrama. Maw dijadikan cerita. Dua hari exam berlalu, dia tiada balik kampung. Saya pun mencari jugalah namun tiada apa juga, masih belum sedar yang dia tu sumber motivasi. Oleh tu, saya sudah melepas 2 paper, B.M dan B.I. sememangnya saya kurang pastilah ok ka juga paper tu.

Hari ketiga baru dia muncul, petang sebelum habis peperiksaan. Exam Pendidikan Islam. Paper 1 ok lah selesai. Namun, petang tu sedikit strees. Kurang fokus. Kemudian muncul dia di pintu asrama. Entah kenapa, tiba-tiba ada semangat unyuk menjawap meruap-ruap sampailah paper last. Paling susah nak terima dan sedih iaitu semasa hujung tahun cuti sekolah, berpisah bah. Ada juga minta biodatanya. Tulisan tangan, lama juga simpan. Namun, bila study di UUM, semua barang hilang.

Sebenarnya, dia tidak tahu cerita ni. Sampailah masa tu cerita dengan dia di wechat. Dia pun terkejut juga. Disebalik aku rapat dengan dia, banyak cerita aku dengar tapi kurang pasti sehingga semalam (21/10/2014) jumpa si abg sebelum dia balik Pahang (22/10/2014). Banyak cerita dia kongsi, patutlah dia jarang-jarang di asrama dulu.

Lama aku cari nombor dia. Sampai dia tukar nombot pun dia tak bagi tahu. Aku ambil inisiatif untuk minta dengan adiknya. Dapat juga, sehinggalah di mana dia berada sekarang. Harap tiada sudah putus hubungan lepas ini. Dia pun sudah mula panggil aku 'ADIK"... Alhamdulillah.

Semoga abg cepat naik pangkat, kerja dengan ikhlas dan amanah dan dijauhkan daripada rasuah. Semoga bahagia bersama anak dan isteri di sana. Sayang abang, macam abang saya sendiri juga. Panjang umur jumpa lagi.


Ambil dalam Instagram : dingdong_coco


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry BoLong ! Like Kalau Suka ! ♥

Monday, October 20, 2014

Adam Atif baby Milo

Kenduri Akikah anak buah. Cukur Jambul/ naik hayun/ cerak (bahasa bugisnya). Buzy juga family atur kenduri, nenek Tawaunya pun datang rumah seminggu awal semata-mata untuk kendurinya. Semoga jadi anak yang soleh, bijak pandai dan diberkati Allah s.w.t hendaknya. Sedikit gambar, selepas potong jambul terus sahaja potong rambutnya yang panjang. Cuba teka macam muka siapa mirip wajahnya.




Selepas akikah. Nak potong pun susah banyak gerak.


Ni kalau tak silap pic minggu lepas kot.

Sayang koe budak sangat2


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry BoLong ! Like Kalau Suka ! ♥

Friday, October 17, 2014

Masjid Ar-Rahman Semporna

Perubahan drastik cat masjid ini sebenarnya menjadi tanda tanya dan buah mulut ramai penduduk Semporna. Mungkin tabung Masjid mempunyai dana berlebihan dan dapat sumbangan perseorangan. Kita mana tahu kan, janji kita dapat gunakan sebagai tempat ibadah dan rumah Allah yang dimuliakan. Hiraukan jak pasal cat. Tidak diawak ke syurga juga.... Tengoklah mana lebih cantik, hijau atau biru...




Boleh dikatakan, masjid Semporna dijadikan mercu Bangunan atau tempat ibadah yang mampu menarik pandangan para Pelancong termasuklah diri saya sendiri. Kenapa???

Sebab saya sendiri tidak pernah bosan untuk mengambil gambarnya, bukan sahaja pada waktu solat Jumaat, namun pada waktu-waktu tertentu bilamana saya melimpasi masjid ini... Tenang bila melihatmu.

Apa kata anda, mana lebih indah. Hijau atau Biru


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry BoLong ! Like Kalau Suka ! ♥

~:: cOpYrighT@ BoLong taTap boLong BudaK SemPoRnA ::~