Wednesday, October 31, 2012

JOM RAMAI-RAMAI 4HB ni

~ area-area k.k la ~


p/s :: sama-sama memeriahkan.. aku tolong post jak

Hati-Hati dengan Gambar anda di FB

~ salah satu contoh ~


kesian kan perempuan ni
dah la bertudung... kesian...kesian...kesian
apapun, pandai2 dan berpada-padalah upload gambar
aku pun sudah kenak


p/s :: jangan jadikan diri anda mangsa FITNAH fb

Terima KAsih M.O.N

~ berkat jadi oran gila FB ~


akhirnya dapat tu CD
dorang cakap dalam post yang lama tu...
siapa jadi "Likers" ke-1000... dapat CD M.O.N
ahai... apa ble buat.. saya yang dapat... makaseh banyak2 M.O.N
nantikan lagu terbaru dari M.O.N


p/s :: mereka kawan aku juga...

Greyson Chance turun KK lagi bah November ni!

~ turun k.k bah dia... paling kunun dia suka HIVANA @ KILAU ~


p/s :: peminat-peminat dia... apa lagi

Senarai Pencalonan AIM 19


pencalonan AIM19.
Artis Baru Terbaik
1. Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
2. Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
3. SalamMusik (Alamak feat Altimet)
4. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
5. The Malayan (Aku Bukan Lagenda)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
1. Azlan & The Type Writer (Idola)
2. Faizal Tahir (Buta)
3. Hazama (Majnun)
4. Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
5. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
1. Jaclyn Victor (Counting Days)
2. Nora (Doa)
3. Shila Amzah (Patah Seribu)
4. Siti Nurhaliza (I Cry Out)
5. Jaclyn Victor (Jagalah Diri)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
1. Firdaus (Saat Terindah)
2. Forteen (Seperti Dulu)
3. GX4 (Kerana Kasihmu)
4. Prince of Pop (Main Jauh Jauh)
5. SleeQ feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)

Kulit Album Terbaik
1. Anuar Sujud (Raunajud) – Filsuf (Muka Surat Satu)
2. Sanjay – Hujan (Sang Enemy)
3. Wing Meng – Love Me Butch (World Wide Transgression)
4. Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
5. Zul Amran Hilmi – Yuna (Terukir Di Bintang)

Rakaman Album Terbaik
1. Hafiz Hamidun/CL Toh – Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
2. Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal – Jamal Abdillah (Raja Pop 2)
3. Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish – Kat Hassan (Menggoda)
4. Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
5. Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald – Shanel (Perjalanan)

Video Muzik Terbaik
1. Sahak – Firdaus (Kerna-nya Aku Menolakmu)
2. Michael Weicker/Marcus Weicker – Goldfish and Blink (Bila Seharusnya feat Noh Saleh)
3. Ghaz Abu Bakar – Stacy (Pelangi Senja)
4. Jeremy Zainal – Suki Low (Terlalu Mencintaimu)
5. Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)

Lagu Pop Etnik Terbaik
1. Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
2. Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
3. Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
4. Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
5. Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris

Lagu Nasyid Terbaik
1. Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Mawi
2. Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Hafiz Hamidun
3. Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Izzat Mahadi
4. Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
5. Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi) – Voice of Ummi

Lagu Rock Terbaik
1. Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
2. Buta (Audi Mok/Faizal Tahir) – Faizal Tahir
3. Simetri (Audi Mok/Omar K) – Hazama
4. Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim) – Silent Death
5. Bebas (Sam) – The Azenders

Lagu Pop Terbaik
1. Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
2. Harapan (Hyper Act/Frozen) – Hyper Act
3. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna
5. Jagalah Diri (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor

Lagu Hip Hop Terbaik
1. Teman Pengganti (Malique) – Black & Malique
2. Sendiri Di Kuala Lumpur (Belle Fatah/Filsuf/Bob Yusof) – Filsuf
3. Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
4. Just You And Me (Saph/Shazrina Azman) – MizzNina
5. Tenang Sayang (DJ Jocular/Saph & NBE) – SSK

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1. Memo (Yuna) – Yuna
2. Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
3. Stand Up (Bryan Bouro) – Siti Nurhaliza
4. Haircut (Sarah Zainal Abidin) – ZE!
5. Photo Of You (Yuna) – Yuna

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
1. Tentang Rasa (Astrid)
2. Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
3. Aku Bersahaja (Rossa feat Taufik Batisah)
4. Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Rossa feat Ungu)
5. Aku Kembali (Sammy Simorangkir)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
1. Arman, Alex, Aye, Rifai & Andy (OST Gerimis Mengundang – Brenda & Budi)
2. Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
3. Edry Abdul Halim (Kasanova – Stacy)
4. Azlan Abu Hassan (Bertemu Di Syurga – Stephen Rahman Hughes)
5. AG Coco (Terukir Di Bintang – Yuna)

Album Terbaik
1. Sang Enemy (Noh Salleh/AG Coco – Hujan)
2. Hikmah (Johan Nawawi – Nora)
3. Take Off (Pesawat – Pesawat)
4. SalamMusik (Salam – SalamMusik)
5. Stay-C (Muhammad/Kunci Demak – Stacy)



p/s :: tidak sabar hari kejadian

Beza Kubur Lelaki dan Perempuan

~ mesti ramai yang belum tahu kan? ~


Kenapa Kubur Wanita Digali Sedalam 7 Kaki Berbanding Kubur Lelaki 5 Kaki ?

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?

Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). ”Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.

Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari
kelak..

S.A.H.A.B.A.T

~ ciri-ciri TerbaIk ~


p/s :: niat ikhlas kerana ALLAH S.W.T

Cara kentang McD dihasilkan

~ kopipes ~










Done...

p/s :: sedap kan? sila..sila...

Tips Pemakanan Sihat

~  jenis makanan Untuk KURUS ~

1) Teh hijau
TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.
Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.
2) Limau gedang
BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.
3) Cuka
CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir. Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan. Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.
4) Halia
SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

p/s :: banyak lagi cara dan makanan yang sesuai... terpulang kepada perut dan selera kita juga

Info Permohonan BR1M 2.0

~ permohonan bermula pada 1 Nov 2012 iaitu hari esok ~

BR1M 2.0: Perlu Daftar Jika Bertukar Alamat

sebarang maklumat atau makluman mengenai BR1M 
boleh merujuk terus ke laman web LHDN ataupun
pejabat-pejabat berhampiran seperti Pejabat LHDN, Pejabat Daerah,
Jabatan KEbajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan
dan juga yang berkaitan dan bolehlah lawati laman web HASIL

sebarang makluman... baca sini 
:: KLIK ::


p/s :: Jom daftar

Tuesday, October 30, 2012

Tahukah anda 1

~ Bila tarikh kapal terbang fokker Terhempas ~


Jawapan::


September 15th 1995 Flight MH2133 (Kota Kinabalu - Tawau) approached runway 17 but touched down 500m before the end of the 2200m long runway. While attempting to carry out a go-around, the aircraft crashed into a shantytown.

15 sept 1995 tengah harisemasa org tengah smbhyang jumaat,penumpangny ada 45 org, 9 saja yg terselamat 36 rentung dlm kapal terbang


p/s :: itulah kisahnya

Ingin menjadi Tetamu Undangan Perkahwinan Dato' Lee Chong Wei dan Wong Mee Choo

~ jom sertai Peraduan ini ~


Like fanpages ini LEE CHONG WEI

adakah anda antara 10 peminat bertuah...
jom sertai...

p/s :: dapat ka juga aku...? rezeki la kalau dapat

NAZI pernah sampai PEnang

~ just a picture form panggilanPertiwi ~ 


bacaan lanjut ===> KLIK



p/s :: terbaekLah... sudah ditubuhkan dan sah

UUM diarah bayar RM3.7 Juta

~ apa cer ~

UUM vs KIC management
bacaan lanjut klik sini ===> BERNAMA


p/s :: jumlah yang banyak tue

Memorandum 20 Perkara Suara Belia Tawau

~ terbaekLah... JempoL duLu ~


4 org Wakil Belia Tawau (Ramlee Pacak, Amir Anuar, Roslan Jumadi, Halim Halims Alims) menyerahkan Memorandum 20 Perkara Suara Belia Tawau kpd Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Pejabat Dewan Undangan Negeri dgn disaksikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Titingan...

Memorandum 20 Perkara Suara Belia Tawau.
Perkara 1: Memperkemaskan jentera penyampaian maklumat dan dana atau peruntukan kepada golongan sasar - untuk memastikan segal
a perkara berbangkit tidak menjejaskan prosedur pelaksanaannya.

Perkara 2: Mohon kerajaan negeri dapat menggerakkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menunaikan Social Corporate Responsibility - bagi menyumbang kepada pembangunan sukan atau persatuan-persatuan belia.

Perkara 3: Mohon wujudkan One Stop Centre untuk memantau perkembangan belia dan sebagai pusat rujukan maklumat tentang dasar-dasar ataupun polisi kerajaan - sebagai pilihan alternatif di kalangan belia yang berpersatuan ataupun tidak berpersatuan selain dari pejabat jabatan atau kementerian berkaitan sedia ada.

Perkara 4: Menyediakan suntikan dana dan peluang yang boleh merangsang kepada kerancakan aktiviti belia menceburkan diri dalam bidang perniagaan - khususnya di bawah perlaksanaan polisi Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

Perkara 5: Tubuhkan unit khas yang boleh memantau hala-tuju graduan menganggur di negeri ini - masih ramai lepasan institusi pengajian tinggi khususnya lulusan graduan IT, perhotelan, perniagaan dan ekonomi yang tidak bekerja di sektor yang sewajarnya.

Perkara 6: Mohon suara belia turut diberi perhatian dalam bajet negeri -
termasuk di dalam pembentukan satu-satu dasar atau polisi berkaitan
kepentingan belia dan menitik-beratkan soal peluang pekerjaan yang
lebih banyak dan terbuka.

Perkara 7: Wujudkan medan IT ataupun zon bebas siber di kawasan terbuka (di pusat bandar) - yang membolehkan golongan belia berkumpul dan mencambah fikiran secara kreatif untuk turut sama menyumbang idea membangunkan daerah dan negeri bersama kepimpinan negeri.

Perkara 8: Seorang belia dilantik sebagai ahli Mesyuarat Penuh Pihak Berkuasa
Tempatan di seluruh Sabah - menyediakan tempat untuk seorang wakil belia dari kalangan mereka yang aktif berpersatuan sama ada sebagai ahli aktif (boleh bersuara) ataupun pasif (pemerhati).

Perkara 9: Mohon rancakkan lagi industri pelancongan Tawau menerusi kalendar pelancongan negeri dan penubuhan muzium budaya - selain program tahunan yang sedia ada iaitu Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau demi memastikan khazanah ataupun keistimewaan generasi terdahulu akan terus diwarisi oleh generasi belia akan datang.

Perkara 10: Menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Sabah -
sebagai kaedah utama untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan yang berbangkit seperti mengenai status anak-anak jalanan yang rata-ratanya terdiri daripada golongan belia yang terkandas dalam pelajaran dan sebagainya.

Perkara 11:
- Mohon penyelesaian segera dalam isu permohonan-permohonan geran tanah yang tertangguh - membabitkan kelompok masyarakat yang memohon bagi meneruskan survival generasi muda.

Perkara 12: Sediakan skim mampu milik rumah untuk belia- wujudkan skim khas bagi membantu golongan belia yang tidak mempunyai sumber kewangan kukuh ataupun baru bekerja di dalam sektor swasta - agar lebih mudah memiliki ataupun membeli rumah-rumah kos rendah.

Perkara 13: Mohon tingkatkan kewujudan pusat-pusat kemahiran di daerah ini -
sebagai destinasi utama golongan belia mengasah bakat dan
memperkembangkan kemahiran masing-masing seperti dalam bidang
teknologi IT, pembuatan, pembinaan dan sebagainya.

Perkara 14: Mohon dihidupkan semula pasukan khas belia - seperti Briged Rakan
Muda yang pernah diaktifkan pada tahun 1996 membabitkan belia-belia yang bergiat aktif berpersatuan sebagai barisan hadapan bagi menangani isu belia-belia yang terlibat di dalam sebarang kegiatan tidak bermoral ataupun gejala sosial.

Perkara 15: Memperkemas dan menyelaraskan Pelan Pembangunan Kampung di setiap Dewan Undangan Negeri secara sistematik - agar menjadi kampung berdasarkan rating, pendaftaran penduduk, bertujuan untuk memudahkan bancian sekaligus mengelakkan pembinaan rumah haram di kawasan rizab kerajaan.

Perkara 16: Mewujudkan kawasan sukan permotoran yang semakin popular di kalangan belia sekaligus mempergiatkan industri sukan permotoran yang akan memberikan impak yang tinggi di Daerah Tawau khususnya dan amnya di Negeri Sabah.

Perkara 17: Menyokong usul pembentukan Jawatan Kuasa Khas Belia Kampung (JKBK) - yang berperanan dalam menangani masalah belia di peringkat penempatan setempat serta merancang projek pembangunan belia secara khusus di peringkat akar umbi.

Perkara 18: Menyediakan pusat kegiatan belia yang berminat untuk menceburkan diri di dalam aktiviti seni budaya tradisional dan moden - untuk merangsang kreativiti belia di arena seni.

Perkara 19: Menetapkan had minimum skala gaji yang seragam di dalam sektor swasta - berdasarkan kriteria dan kelulusan yang sewajarnya dan menghapuskan sistem gaji sektor swasta mengikut kaum bagi menarik semula tumpuan belia yang berhijrah ke Semenanjung.

Perkara 20: Menyokong usaha dan saranan kerajaan menggalakkan belia mendaftarkan diri ke dalam Daftar Pemilih sebagai pengundi – menjalankan hak sebagai seorang warganegara Malaysia untuk menentukan hala tuju berdasarkan sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini.

Syabas & Tahniah kpd Belia Tawau... Smga mdpt perhatian,pertimbangan & kelulusan dr pihak2 yg berkenaan... BELIAU TAWAU akan sntsa mberikan sokongn,dorongan,panduan & bantuan sedaya yg mgkn.



kopipes myTawau 



Lagu-lagu yang laYak ke Separuh akhir Muzik-Muzik ke-27

~ kopipes juga dari Azlan ~


Lagu2 yang layak Untuk Separuh akhir Muzik Muzik edisi ke-27 ini. 30 lagu bakal berentap bagi menempah tiket ke pentas Anugerah Juara Lagu 27 yang bakal berlangsung pada 6 Januari 2013.

Berikut merupakan senarai 30 lagu-lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke-27. Here we go!

1. Kasanova
Artis : Stacy
Komposer : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

2. Sesaat Kau Datang
Artis : Ramlah Ram & Sleeq
Komposer : ID Mifzal
Lirik : Zie Syafruddin

3. Tanpamu
Artis, Komposer, Lirik : Amir Jahari

4. Watak
Artis :Hafiz
Komposer : Aidit Alfian
Lirik : AD Samad

5. Angkasa
Artis, Komposer, Lirik : Diandra Arjunaidi

6. Ombak Rindu
Artis : Hafiz dan Adira
Komposer, Lirik : Zaidi

7. Patah Seribu
Artis, Komposer, Lirik : Shila Amzah

8. Tapi Bagaimana
Artis : Spider
Komposer : Tam Spider
Lirik : M.Nasir

9. Biar Sampai Ke Bintang
Artis : Asmidar
Komposer : Ajai
Lirik : Ahmad Farid Abdul Jalal

10. Lagu
Artis : Bedroom Sanctuary
Komposer dan Lirik : Bo Amir Iqram

11. Terlalu Mencintaimu
Artis : Suki
Komposer : Ajai
Lirik : Jeremy Chong

12. Pencinta Terbaik
Artis : Sofazr
Komposer dan Lirik : Edry Abdul Halim

13. Mesti Ada Cinta
Artis : Akim dan Fiq
Komposer dan Lirik : Kuncidemak

14. Anak Kampung
Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat

15. Sebelah Jiwaku
Artis : Jaclyn Victor
Komposer dan Lirik: Edry Abdul Halim

16. Aku Datang
Artis dan Komposer : Tomok

Lirik : Rafidah Abdullah
17. Jerrypah
Artis dan Penulis Lirik : Aizat
Komposer : Anas dan Aizat

18. Terukir Di Bintang
Artis, Komposer, Lirik : Yuna

19. Simetri
Artis : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Lirik : Zel Firdhaus Haduan

20. Andaiku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer dan Lirik : Edry Abdul Halim

21. Cerita Dia
Artis : Drama Band
Komposer : Ammar Habir
Lirik : Aepul

22. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Lirik : Azlan

23. Beginilah Caranya
Artis : Shaheizy Sam
Komposer dan Lirik : Ajai

24. Harapan
Artis dan Komposer : Hyper Act
Lirik : Frozen

25. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Lirik : Tun Teja

26. Panik
Artis : Bunkface
Komposer dan Lirik : Sam Bunkface

27. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer dan Lirik : Ajai

28. Teman Pengganti
Artis : Black & Malique
Komposer dan Lirik : Malique

29. Aku Suka Dia
Artis, Komposer, Lirik : Ainan Tasneem

30. Majnun
Artis : Hazama
Komposer : Audi Mok
Lirik : Audi Mok / Omar K







p/s :: tunggu Hari kejadian 6 Januari 2013 nanti...

Karnival Riuh Sekampung Tawau Fm

~ kopipes dari fb Tawau ~


RADIO MALAYSIA TAWAUfm DENGAN KERJASAMA UNIT PEMIMPIN KEMAJUAN RAKYAT (UPKR) DUN N.56 APAS & MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DAERAH TAWAU AKAN MENGANJURKAN PROGRAM KARNIVAL RIUH SEKAMPUNG TAWAUfm PADA 2 & 3 NOVEMBER 2012 (JUMAAT & SABTU) DI KG. BATU PAYUNG, TAWAU.

ANTARA AKTIVITI MENARIK SEPANJANG KARNIVAL DUA HARI INI IALAH ;

• RADIO DI LOKASI & STUDIO MINI RADIO MALAYSIA TAWAUfm
• PAMERAN JABATAN & AGENSI KERAJAAN
• GERAI JUALAN USAHAWAN MARA
• KURSUS JANGKA PENDEK KOLEJ KOMUNITI TAWAU
• PAMERAN PERMOTORAN (AUTO-SHOW) & ‘SOUND BLAST’ KELOLAAN TAWAU CLUB
• ‘SHOW OFF’ SKUTER OLEH TAWAU SCOOT CLAN (T.S.C)
• KENDURI SEKAMPUNG KELOLAAN JKKK KG. BATU PAYUNG, TAWAU
• RAKAMAN ‘AYUK BERPANTUN TAWAUfm’
• SUKAN RAKYAT BERSAMA PERGERAKAN PEMUDA UMNO TAWAU

DAN ;

• PROGRAM MEMASAK BUBUR DAGING BERSAMA PERGERAKAN PUTERI UMNO TAWAU

SELAIN ITU, ACARA PENTAS RIA TAWAUfm YANG MENGGABUNGKAN PERSEMBAHAN ARTIS-ARTIS TEMPATAN TAWAU BERSAMA ARTIS UNDANGAN DARI KUALA LUMPUR AKAN DIADAKAN PADA 2 NOVEMBER 2012 (JUMAAT) MULAI JAM 7.30 MALAM DI PADANG KG. BATU PAYUNG, TAWAU.

ACARA KEMUNCAK IALAH PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DAN MAJLIS PERASMIAN OLEH YB DATUK HAJI TAWFIQ BIN DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABU BAKAR TITINGAN, PEMBANTU MENTERI KEWANGAN NEGERI SABAH MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N.56 APAS.

AYOK BERAMAI-RAMAI KITA MEMERIAHKAN & MENGUNJUNGI KARNIVAL RIUH SEKAMPUNG TAWAUfm PADA 2 & 3 NOVEMBER 2012 (JUMAAT & SABTU) DI KG. BATU PAYUNG, TAWAU.



p/s :: jom meriahkan suasana






Keputusan Anugerah Bola Sepak Malaysia...

~ kopipes dari kawan :: azlan :: ~

Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012: 

1. Persatuan Bolasepak Terbaik - Persatuan Bolasepak Kelantan 
(Kafa)
2. Pasukan Kelab Terbaik - Sime Darby FC

3. Kelab Penyokong Terbaik - Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

4. Pengadil Terbaik -Nafeez Abd Wahab

5. Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan )

6. Pemain Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abd Razak

7. Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor)

8.Penyerang Terbaik - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan )

9. Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James (ATM)

10. Anugerah Khas Bolasepak Kebangsaan 2012 - Allahyarham Tan
Sri Abdul Ghani Minhat

11. Anugerah Khas Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan: Kementerian Pelajaran Malaysia

12.Pemain Harapan Terbaik - Rozaimi Abdul Rahman (Selangor)

13.Ketua Jurulatih Terbaik - B. Sathianathan (ATM)

14. Pemain Paling Bernilai (MVP) - Norshahrul Idlan Talaha

credit: mstar



apapun.. ATM tetap terbaik... dapat 3 anugerah juga








p/s :: we will rock u... see u soon ATM terbaek...

The M.O.N punya cerita Terkini

~ maaf boss2 ku, aku kopipes ya picture kamu ~

da VokaLis


da Bases


dRumer






Love This Part.... sesuai untuk cover....




tunggu dan terus menunggu lagu seterusnya
teda lagu kamu yang melayu ka? atau bajau ka?
eheheheheeee


p/s :: love u guys... proud to be your friend...

BowLing AmaL Rohingya area Kuala Lumpur

~ at Pacific BowL, Komplek Mutiara, Jalan Ipoh K.L ~



sama-sama kita membantu

p/s :: semoga ALLAH merahmati orang--orang yang banyak bersabar

Natijah FACEBOOK ~ 27/129 kes culik

~ 27/129 kes penculikan daripada Facebook ~

sumber : BH

hati-hatilah menggunakan facebook tu
aku pun sudah kena kes FITNAH
apa lagi kes penculikan
senang2 jak kamu maw kena culik
macam mana>?

kamu post kamu punya kedudukan sekarang
sebelum itu,
kamu inform kamu kaya... banyak duit..banyak harta
namun, kamu ndak sedar yang ada Stalker sedang memerhati
itulah sebabnya kamu senang kena culik
apapun, hati-hatilah ya

p/s :: just nak mention sapa2 jak, untuk diri sendiri, keluarga dan semua

Monday, October 29, 2012

Reunion ke-3 S.K Kalumpang, Semporna

~ pertama dan kedua aku terlepas... yang ni tidak akan ~


apapun...
ndak sabar maw p sekolah balik
aku maw juga ikut ni biar yurannya rm20
janji aku dapat jejak kaki ke sekolah semula

antara aktiviti2nya 

Antara aktiviti yg akan di jalankan:-
1.Karaoke 
2.Berpantun & Bersajak 
3.Kerusi Bertuah
4.Sesi Tukar Hadiah

Permainan yg akan di jalankan:-
1.Muzik Berpasangan
2.Apple Dance
3.Surat Khabar
4.Harta Karun
5.Minum Cola

Anugerah yg di sediakan:-
1.Best Costume
2.Best Team
3.Best Team Leader
4.Best Active Guest
5.Cendera Kenangan Para Tetamu
6.Cendera Kenangan Kepada Pengetua Sekolah 

p/s :: ndak sabar maw pigi

Rahsia Kartun Ben 10

~ suara latar adalah milik Seorang Perempuan~

pix_gal0

mesti ramai yang tidak perasan dan tidak mengetahui kan?
apapun, itulah sebenarnya rahsia disebalik suara kartun Ben 10

saya sedikit terkejut tapi, tidak dinafikan juga
sebabnya, kartun malaysia sendiri juga ada
Upin Ipin


yang lucunya...
ada juga pihak yang tidak puas hati dan tidak menerima kenyataan
WTF betul lah..

p/s :: Macam-macam yang boleh bah... bulih timbak sudah

Wednesday, October 24, 2012

Tips menjaga Image Sensor DLSR

~ kopipes daripada blog abg Shatra ~


antara tips2 beliau :

1) Elakan menukar lensa kamera anda di persekitaran yang dikenal pasti kotor, seperti kawasan berdebu ketika acara suka rally kereta, acara marathon dan sebagainya yang dikenalpasti berdebu. 

2) Cuba elakan juga menukar lensa ketika suasan berkabus, hal ini kerana ketika suasan berkabus, titisan air akan berjaya memasuki corong kamera anda. Jadi berhati-hatilah ketika menukar lensa kamera anda ketika berada dalam persekitaran seperti yang disebutkan tadi.

3) Sebelum membuat pertukaran lensa kamera, sila pastikan bahawa kamera anda sudahpun dimatikan(off). Sesetengah kamera apabila dalam kondisi masih On mempunyai cas eletrik dan ini membolehkannya menyedut habuk atau bahan kotoran dari luar. Sila disiplinkan diri anda sebaik sahaja hendak membuat pertukaran lensa, kamera dalam posisi off terlebih dahulu, kemudian barulah membuat pertukaran lensa.

4) Sebelum memasang lensa lain ke kamera anda, terlebih dahulu anda kena pastikan bahawa lensa yang hendak dipasang ke kamera anda adalah bersih dan bebas dari debu dan kulat(fungus). Cara ini penting bagi membantu mengelakan sensor kamera anda dari terkena virus-virus tadi.

5) Ketika membuat pertukaran lensa terhadap kamera anda, sila pastikan ianya berlaku dengan pantas. Jika anda leka sehinggakan kamera dan lensa anda terbuka dalam masa yang lama, ini memberi peluang kepada debu dan bahan kotoran yang berterbangan  dipersekitaran anda memasuki kamera anda. Dan ini akan debu atau bahan kotoran akan melekat di image sensor kamera anda.

6) Dan yang akhir simpanlah kamera dan lensa anda di tempat yang baik seperti Drybox untuk memeliahara kebersihan image sensor kamera anda.


p/s :: aku sendiri pun jarang berhati2 kalau tukar lens... lepas ni bolehlah dipraktikkan sudah... peace

·     
·         

Monday, October 22, 2012

Lebih 1000 Subscribers fb saya...

~ terkejut juga tengok ~

tengok jak la kawan2 sudah ada 5000++
pastu tambah yang subscriber plak 1000++
banyak juga ni kenalan aku (trep pemes, padahal jellek)

terima kasih semua... rasa diri ini dihargai plak


p/s :: saya da dua fb ya... satu lagi Bolong Daris Dela

KONVO UMS

~ tahniah untuk cikgu saya ~


Tahniah sekali lagi
kedua-dua bekas cikgu saya
Cg JAwi mengajar Geografi tgktn 6 dan isterinya 
Cg Norisah mengajar Bahasa Malaysia tgktn 4 dan Geografi tgktn 6
menggantikan suaminya semasa sem pertama mengambil Phd. di UMS... 2008

apapun... proud to be your student... tahniah2


p/s :: menjadi contoh kepada anak-anak muridnya

.

Sunday, October 21, 2012

PEMBUANGAN BAYI

~ Dan janganlah kamu menghampiri Zina ~


" Dan, janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"

-Surah Al-Israk: ayat 32-




statistik menunjukkan sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 sehingga januari 2011... itu mengikut statistik... belum lagi yang tiada dalam data... masya ALLAH


ini yang mereka nak... nafsu semata-mata

p/s :: ingatlah yang maha mencipta... ALLAH S.W.T

Saturday, October 20, 2012

Kg. Selamat part II... (PHOTO)

~ dari kawan : Razwan Syah : ~

tengok sini part I

 


 


 


 


 


 


 



 


 


 


dikhabarkan ada sorang ahli Bomba yang sesak nafas dan hampir pengsan..
kesiannya... demi tugas dan tanggunjawab.. sanggup bergadai nyawa..
aku salute sama tu Bomba... makaseh atas jasa...

p/s :: picture dari kawan