Posts

Showing posts from May, 2015

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015

Image
National Youth And Sports Department Ministry Of Youth And Sports Malaysia Program
~International Youth Exchange Programme~
Port Dickson, 10 Mei 2015 - Program pertukaran belia antarabangsa adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia setiap tahun. Program-program yang dianjurkan adalah merupakan inisiatif negara kita Malaysia dengan kerjasama negara-negara lain yang terlibat seperti negara-negara ASEAN, Korea Selatan dan Jepun. Pada tahun ini, program "Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa 2015" sekali lagi diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 190 orang peserta yang mengikuti program ini daripada 200 yang dipanggil untuk menyertai. Dikhabarkan seramai lebih 1000 orang belia di seluruh negara yang telah menghantar permohonan. Kem pemilihan pada kali ini adalah sama format seperti tahun 2013 tetapi berbeza sedikit bagi tahun 2014 yang hanya melibatka…

Program Kembara Kerjaya Sabah, sedikit mengecewakan di daerah Semporna.

Image
Macam gempak namun hakikatnya sangat teruk...

Gambar diambil dari wechat jadi kurang jelas.
Semporna, 13 Mei - Program Kembara Kerjaya Sabah 2015 Konvoi Kembara Kerjaya, Karnival Pekerjaan anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kementerian Sumber Manusia telah dijalankan mengikut jadual yang telah dinyatakan seperti dalam gambar. Pada hari ini sedang berlangsungnya karnival pekerjaan bagi daerah Semporna. Program yang dijadualkan bermula pada 11 Mei dan akan berakhir pada 15 Mei 2015 di Sandakan, Sabah. Program yang menjanjikan peluang pekerjaan dan temuduga yang dijalankan secara terbuka mampu menarik lebih ramai pencari-pencari kerja sekitar daerah Semporna. Seperti dalam kenyataan Perdana Menteri Malaysia, jumlah pencari kerja semakin berkurangan kini. 


Hanya Perempuan sahaja, rasic ka juga ni agensi? Kenapa ambil perempuan, takut kena tengking oleh pekerja lelaki ka?





Gaji memang mahal, tapi kenapa menjual insurans semasa temuduga siap minta bayaran?






Berpusu-pusu yang hadir, ramai pen…

Pesta Regatta Lepa Semporna 2015 ~ Lensa Bolong (part 1)

Image
Selesai kisah Pesta Regatta Lepa Semporna kali ke-22, 23-26 April 2015.

Semporna, 24 April - Persatuan Wanita Pulau Omadal Semporna (WAPO) telah mengadakan Pameran dan Bengkel Warisan Budaya Bajau Semporna sempena pesta Regatta Lepa Semporna kali ke-22 pada 24-26 April 2015. Ia melibatkan seramai 15 orang ahli WAPO, 20 orang ahli Kelab Pencinta Alam Semporna (GREENs), 2 orang staf WWF-Malaysia dan pelajar Persatuan Kebajikan Pendidikan Kanak-Kanak Miskin (PKPKM) Semporna. Beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung iaitu Pameran dan Bengkel Kraftangan WAPO, Tarian Traditional Bajau, Alat Muzik Bajau, Pakaian Traditional Bajau dan Aktiviti Konservasi Penyu melibatkan pameran penyu, kuiz Kitar Hidup Penyu, Silang Kata "Kenali Si Penyu", pertandingan Mewarna, Teka bilangan telur penyu serta aktiviti bersama Kelab Pencinta Alam Semporna (GREENs) melibatkan pameran dan aktiviti pendidikan kesedaran mengenai Ikan Jerung di daerah Semporna. Terdiri daripada …