Posts

Showing posts from June, 2014

MATAKINg REEF DAY 2014

Image
~PENGANJURAN KALI KE 10 PADA 21 JUN 2014~
Dengan apa yang saya faham dan ikuti, program ini adalah merupakan program atau sambutan yang dianjurkan oleh Mataking Resort itu sendiri. atas inisiatif penguasa resort itu sendiri (saya kurang hafal nama). tahniah untuk sir.... atas penganjuran. apa yang menariknya, aktiviti yang dianjurkan bagi saya ia adalah sangat menarik dan sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa. 
pada 21 Jun 2014 lepas, penganjuran untuk kali ke 10 adalah merupakan untuk pertama kalinya aku menyertainya, al maklumlah setelah menyertai WWF Semporna dan GREENS Semporna, baharulah ada kesempatan, ruang dan peluang untuk pergi ke pulau-pulau daerah Semporna. 
Penganjuran kali ini adalah kerjasama Mataking Resort dengan WWF Malaysia cawangan Semporna untuk kali yang 4 dan kelolaan sepenuhnya WWF Semporna untuk kali ke 2. Ia juga disertai oleh Reef Check Malaysia, Taman-taman Sabah, Persatuan Pecinta Alam Semporna (Green'S) dan Mataking Resort itu sendiri selaku pe…

Cerita ku: Mengenai Prospek Tingkatan 6 – Kenapa dipertikaikan.

Image
~Banyak Bah MULUT LONGKANG yang mengutuk Pelajar STPM~


Ya, aku merupakan bekas pelajar tingkatan 6 dan pernah ambil STPM walaupun pointer tidaklah setinggi manapun. Kalau ikutkat kelas, kelas dua bawah jak. Namun, Syukur kepada Allah. Dapat juga masuk Universiti IMPIAN walaupun masih menganggur (ketika menulis coretan ini la… katanya).
Sejak akhir-akhir ini, saban hari kian ramai wujudnya “MULUT-MULUT LONGKANG” yang mengatakan pelajar tingkatan 6 ini tiada pendirian, ikut-ikut kawan, tidak maw meluaskan pengalaman dan pengetahuan, tidak mahu berjauhan dengan keluarga dan sahabat, tidak mahu mencabar diri, tidak standing dengan bebudak DIPLOMA (matrikulasi lain cerita la), tidak punya cita-cita, kelas bawahan dan sebagainya seperti kawan-kawan kamu MENGATA/MENGUTUK/MENGHANJENG dengan kamu la…
Aku… aku terima seadanya. Sebab memasing punya IDEOLOGI /PENDAPAT /KONKLUSI masing-masing mengenai aspek yang kita bual biacarakan iaitu KENAPA MEMILIH UNTUK BELAJAT DI TINGKATAN 6?
Terima kasihlah k…

PENGISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA (VERSI SAYA: PART V)

Image
Masuk Paper dan TV lagi.
BERNAMA

Sabah Times

TV1

huntonglah masuk paper, masuk tv1
p/s :: tunggulah peringkat Kebangsaan, confirm masuk TV live.... hahahahahaa

PENGISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA (VERSI SAYA: PART IV)

Pemilihan Nama Kumpulan Ini adalah merupakan part yang paling lucu, paling lama mengambil masa dan paling meng-stress-kan aku dan ahli kumpulan lain termasuklah pegawai yang ditugaskan iaitu kak Juhara.
Cadangan aku:    1)Trio Semporna @ Trio’S    2)Tongtalun Warior Cadangan Adzmin:   1)TSL(mcm TESL pun ada)   2)Semporna Trio   3)Semporna 3 different method of instrumentation or vocalization by three different sounds or voices to make a melodious music or song. (Adzmean)   4)Tri'Inspire?
Cadangan Amirul:   1)Lalla Tong talun 2)BUDJANG TONGTALUN 3)  legasi tongtalun 4)PEWARIS TONGTALUN 5)Legasi tongtalun Cadangan Fadhli:
  1)Trio'S Legacy
     MEMANG MEMENATKAN OTAK MEMIKIR...

PENGISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA (VERSI SAYA: PART III)

Image
Kisah di peringkat Negeri, Sandakan Sabah 15 Jun 2014.
Sebelum bertolak iaitu seminggu sebelum kami membuat persediaan terakhir sama ada dalam bentuk power point, muzik iringan, prop bantuan dan juga kostum para peserta. Kami juga sempat untuk mengadakan latihan di perpustakaan Semporna serta latihan pada sebelah malam di pejabat Penerangan daerah Semporna dengan bimbingan kak Juhara dan abg Sahry yang merupakan pengurus kami sepanjang bermulanya pertandingan ini sejak peringkat bahagian lagi.
Apa yang lebih menyeramkan aku, selaku penyibuk kumpulan ini…
Kami dikehendaki untuk membuat rehersal terakhir di hadapan pegawai penerangan iaitu di wakili pegawai penerangan Lahad Datu dan Semporna sendiri. Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan dalam kami memperbaiki lakon layar kami… ceh wah… macam retiss…
Dalam minggu tersebut itu juga, aku memang kurang tidur. Memikirkan apa prop mereka yang lebih sesuai, kostum mereka, dan bahan-bahan bantuan lain. Ada suatu bahagian, saya membuat kost…

PENGISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA (VERSI SAYA: PART II)

Babak II: Pemilihan Tajuk untuk dibawa.
Pada peringkat ini, selepas memberikan nama dan peserta kepada pihak penerangan daerah Semporna, saya sedikit ketinggalan mungkin disebabkan terlalu sibuk dan menyibukkan diri dengan hal diri. Namun, sehari sebelum bertolak ke pertandingan peringkat bahagian iaitu yang berlangsung di Lahad Datu, Sabah sebagai wakil tuan rumah pada kali ini baharulah saya tahu apa tajuk dan bentuk persembahan yang bakal mereka laksanakan.
Pada malam sebelum bertolak, kami sempat untuk berjumpa dan menjalankan latihan pertama dan terakhir sebelum dipertandingkan. Itulah dan pada saat itulah baharulah ketiga-tiga peserta dapat dikumpulkan. Almaklumlah semuanya sibuk dengan hal memasing kan.
Mohd Fadhli Mohd Sulaiman, 18 tahun merupakan pelajar di tingkatan 6 rendah (Pra-U) SMK Bugaya, Semporna. Antara peserta yang sedikit cerewet pada permulaan cerita di mana sangat sukar untuk aku memujuknya untuk menyertai.
Amirul Afiq Bin Abdullah, 20 tahun adalah merupakan jun…

PENGISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA (VERSI SAYA, PART I)

Image
Pada  15 Jun 2014 yang lepas, Jabatan Penerangan Malaysia Sabah telah menganjurkan pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat negeri Sabah bagi tahun 2014. Seperti yang kita sedia maklum, ini adalah merupakan penganjuran kali ke-13 di negeri Sabah sepanjang penganjuran pertandingan tersebut. Walaupun, pada suatu ketika pertandingan ini sedikit tenggelam dan kurang mendapat sambutan ramai, pada penganjuran kali ini ia bolehlah dianggap sebagai suatu batu lonjatan dan terdapat beberapa bentuk pembaharuan yang dapat ditampilkan dalam memberikan kelainan dan penambahbaikan dalam penganjurannya. Salah satu aspek pembaharuan yang ditampilkan adalah melibatkan pertandingan yang boleh ditonton secara langsung melalui streaming dan internet sama ada di telefon bimbit mahupun PC. Ia boleh diklasifikasikan sebagai suatu pertandingan berbentuk rancangan televisyen yang lain seperti Raja Lawak mahupun pertandingan berbentuk nyayian lain seperti Akademi Fantasia dan lain-lain lagi.
Sec…

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA PRESIDEN SAFA SEMPORNA DR. HJ. CHACO BIN BULAH (D.O SEMPORNA)

Image
:: SEPINTAS LALU ::

Kejohanan

kami jadi M.C different White vs Black

Sang Juara Nafas Egang-Egang FC

Jadula Sukur akhir, Separuh Akhir dan Akhir

si Pengerusi Angkatan Belia Hebat Semporna

final antara Nafa Egang-Egang Fc dan Uncel Chang Fc
Kedudukan Johan: Nafas Egang-Egang Fc N. Johan: Uncle Chang Fc Ketiga: Angkatan Belia Hebat dan Under 18 Semporna
untuk tatapan gambar dengan lebih lanjut dan banyak lagi di FB ANGKATAN BELIA HEBAT

Antara Gambar Sepanjang Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Anjuran Penerangan Bahagian Tawau di Lahad DatuC

Image
:: SEKILAS PANDANG ::

kami... gila wefie... Namun

dan paling penting... Kami masuk akhbar Utusan Borneo Jak. teda maw masuk2 Berita Harian atau Harian Metro atau Kosmo... namun


Banner... masih confius... PengKisahan ka Pengisahan

kemenangan Kami.. sang Juara... macam sama dengan nama kak JUHARA

dalam bilik before bergerak

kak Juhara yang idulll... banyak membantu... dan saling membantu la kamiurang... sayang ko kak... terima kasih

peserta dan pegawai pengiring sebelum bertolak ke dewan pertandingan peserta tu risau sebenarnya... cover jak senyuman sinis tu

taklimat bersama pegawai Penerangan L.D malam sebelum pertandingan bersama semua peserta yang terlibat

tempat yang kurang sesuai dari segi pengamatan saya. first time ikut pertandingan dalam keadaan begini termasuklah p.a system yang kurang dan sangat tidak memuaskan

malam sebelum bertolak ke Lahad Datu. Sempat latihan dengan bekas Juara Sabah 2012 senior kitaorang juga



perasmi pertandinga... tak ingat nama...