PENGISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA (VERSI SAYA: PART II)

Babak II: Pemilihan Tajuk untuk dibawa.

Pada peringkat ini, selepas memberikan nama dan peserta kepada pihak penerangan daerah Semporna, saya sedikit ketinggalan mungkin disebabkan terlalu sibuk dan menyibukkan diri dengan hal diri. Namun, sehari sebelum bertolak ke pertandingan peringkat bahagian iaitu yang berlangsung di Lahad Datu, Sabah sebagai wakil tuan rumah pada kali ini baharulah saya tahu apa tajuk dan bentuk persembahan yang bakal mereka laksanakan.

Pada malam sebelum bertolak, kami sempat untuk berjumpa dan menjalankan latihan pertama dan terakhir sebelum dipertandingkan. Itulah dan pada saat itulah baharulah ketiga-tiga peserta dapat dikumpulkan. Almaklumlah semuanya sibuk dengan hal memasing kan.

Mohd Fadhli Mohd Sulaiman, 18 tahun merupakan pelajar di tingkatan 6 rendah (Pra-U) SMK Bugaya, Semporna. Antara peserta yang sedikit cerewet pada permulaan cerita di mana sangat sukar untuk aku memujuknya untuk menyertai.

Amirul Afiq Bin Abdullah, 20 tahun adalah merupakan junior saya di sekolah dan merupakan pelajar lepasan STPM di SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna dan pada ketika ini masih menunggu untuk keputusan UPU kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda pada sesi September 2014/15. Mudah untuk aku memujuknya, disebabkan amirul adalah merupakan calon peserta pada tahun lepas 2013, tetapi disebabkan tiada pertandingan yang dijalankan, maka pada tahun ini sekali lagi terpaksa memujuknya untuk menyertai.

Adzmin Bin Abdul Fatta, 21 tahun adalah merupakan pelajar lepasan STPM di SMK Tagasan, Semporna yang kini bekerja sebagai DPA, di WWF Semporna sebuah badan NGO. Mempunyai minat dalam penulisan dan kepakaran dalam subjek Bahasa Malaysia adalah merupakan pemidato sekolahnya.

Kenapa saya memilih ketiga-tiga calon ini. Sebetulnya, mereka sudah pernah berkenalan dan pernah menyertai Pertandingan Pidato sempena Kempen “Anti Bom Ikan”  kalau tidak silap diadakan pada ahun 2012. Saudara Adzmin adalah merupakan pemenangan atau Johan dalam pertandingan tersebut manakala adik Amirul Afiq memenangi tempat ketiga dan adik M. Fadhli saguhati kalau tidak silap. Kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh ketiga-tiga peserta dan boleh saya katakan adik-adik saya adalah merupakan sebab utama dalam pemilihan mereka sebagai peserta Pengisahan daerah Semporna pada tahun ini.

Pada malam itu juga iaitu pada 23 Mei lepas, kami menjalankan latihan iaitu membentuk “stage performance” mereka, cara menghayati skrip dan pembawaan dalam aspek “sajak” yang mereka bawakan. Apa yang menariknya, bekas peserta yang mewakili negeri Sabah pada tahun 2012 iaitu saudara Rofli Roslan datang memberikan nasihat serta panduan dalam melakonkan dan menjiwai watak ingin disampaikan dan diketengahkan.


Alhamdulillah, walaupun persediaan sama sekali tiada dan segala prop tidak dapat disiapkan, kami terus berdoa dan yakin akan persembahan yang diketengahkan mampu memberikan juri faham akan persembahan kami nanti pada 25 Mei di Kolej Komuniti Lahad Datu. Dan, apa yang menariknya, pada ketika itu ukhwah kami semakin rapat dan tajuk yang dibawa adalah “Warkah Terakhir Rosli Dhobi” walhal tajuk itu belum mendapat kata sepakat semua ahli kumpulan. Di situlah bermulanya tanggungjawabku sebagai pengurus, pengiring, penyedia prop, senior dan bahagian teknikal.

MENURUT MEREKA BERTIGA... pemlihan tajuk Warkah Terakhir Rosli Dhobi adalah disebabkan beberapa sebab:
1) Si Fadhli pernah bawakan watak Rosli Dhobi semasa PLKN awal tahun ini di kem Shan Shui Tawau.
2) Mudah untuk membawakannya disebabkan ada sedikit pengalaman untuk mewatakkannya
3) Semangat Rosli Dhobi itu sendiri, seorang anak muda yang berjuang demi keamanan dan membebaskan tanah air Sarawak dan Bangsa Sarawak itu sendiri dari jajahan Raja Putih.
4) Persetujuan ramai. itu jak.

p/s:: Maaf jika celupar

Ulasan

Catatan Popular