PENGISAHAN KENEGARAAN 1MALAYSIA (VERSI SAYA: PART III)

Kisah di peringkat Negeri, Sandakan Sabah 15 Jun 2014.

Sebelum bertolak iaitu seminggu sebelum kami membuat persediaan terakhir sama ada dalam bentuk power point, muzik iringan, prop bantuan dan juga kostum para peserta. Kami juga sempat untuk mengadakan latihan di perpustakaan Semporna serta latihan pada sebelah malam di pejabat Penerangan daerah Semporna dengan bimbingan kak Juhara dan abg Sahry yang merupakan pengurus kami sepanjang bermulanya pertandingan ini sejak peringkat bahagian lagi.

Apa yang lebih menyeramkan aku, selaku penyibuk kumpulan ini…

Kami dikehendaki untuk membuat rehersal terakhir di hadapan pegawai penerangan iaitu di wakili pegawai penerangan Lahad Datu dan Semporna sendiri. Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan dalam kami memperbaiki lakon layar kami… ceh wah… macam retiss…

Dalam minggu tersebut itu juga, aku memang kurang tidur. Memikirkan apa prop mereka yang lebih sesuai, kostum mereka, dan bahan-bahan bantuan lain. Ada suatu bahagian, saya membuat kostum pakaian yang bakal dipakai oleh pembawa watak Sir Duncan George Stewart. Siap mencari seluruh pecan untuk kostumnya namun tidak dapat dijumpa. Terpaksa menjahitnya sendiri. Memakan masa hampir 4 jam untuk mengubah suainya termasuklah menjahit menggunakan tangan.

Bagiku, apa yang aku mulakan aku perlu akhirikan. Ya la, malas maw buat kerja sekerat-sekerat. Sehingga pihak PPD meminta untuk membuat “Sepanduk”, “Tagline” dan nama kumpulan.

Paling lucu adalah dalam memberikan nama kumpulan. Antara pemilihan nama kumpulan:

      1)      Trio Semporna [Trio’S] (aku yang berikan)  
      2)      FAMA, Legacy Anak Semporna, Trio’S Legay (M.Fadhli punya cadangan)
      3)      Tongtalun Legacy (cadangan Amirul)


2 malam sebelum bertolak memang sangat-sangat mengantuk, ini disebabkan banner yang belum siap, kena print, menyiapkan prop dan barang-barang keperluan. Paling naya adalah dalam mebuat video VT. Lastly, kami malas maw guna dan serahkan kepada pihak “berkenaan” untuk menyiapkannya nanti di Sandakan.


Maka, perjalanan kami bermula iaitu pada 23 Jun 2014, dengan menaiki bas Penerangan Semporna iaitu seramai 3 staf, 3 peserta dan saya si penyibuk. Bergerak pada jam 10 lebih dan sampai di Sandakan pada jam 3 lebih. Akan bersambung…. 

Ulasan

Catatan Popular