Posts

Showing posts from 2014

Kempen Kesedaran Dan Bengkel Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO): Lindungi Penyu Kita

Image
Dijalankan pada 15-16 November 2014 di Pulau Omadal, Semporna. Melibatkan seramai 28 ahli WAPO, 12 Sukarelawan 1M4U dan 70 orang penduduk Kampung.

Antara aktiviti yang dijalankan:
1) Bengkel Kraftangan WAPO
2) Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
3) Ceramah Kesedaran "Lindungi Penyu Kita"
4) Aktiviti Kenali si Penyu dan kuiz
5) Sukan Rakyat
6) Malam Kebudayaan "Mag Lami-Lami
7) Bengkel Hatchery Pengurusan Tapak Penetasan Penyu
8) Pembersihan Pantai dan Pemasangan Papan Tanpa sumbangan 1M4U
9) Majlis Pentupan, turut hadir En. Soffian Abu Bakar Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau
10) Lawatan Sekitar Kampung
11) Pembersihan Pantai dan sekitar kampung
12) Timbang Berat Sampah
13) Jamuan

Terima kasih diucapkan kepada semua Sukarelawan yang terlibat. Begitu juga kepada Kelab Pencinta Alam (GREENs) atas bantuan. Sukarelawan 1M4U, terima kasih banyak.













Kamu semua adalah hero dan heroinku. Terima kasih semua.

Hadiah yang sangat bermakna sepanjang program. Program mengenai penyu dan ke…

Luahan Hati Nelayan mengenai Tindakan ESSCOM Semporna

Image
Tujuan saya bukan untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa. Cuma perkongsian ini diharap agar mana-mana pihak dapat membuka mata dan memberi sinar baharu kepada mereka.


Nama: Man Umur: 14 Tahun Bangsa: Bajau Laut Pekerjaan: Nelayan Status: Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak Asal: Kampung Hidayat, Pulau Bum-Bum Semporna Sekarang Menentap di Pulau Omadal, Semporna bersama makcik dia. Fasih berbahasa Melayu
sedikit perkongsian antara saya dan beliau semasa Program Beach Clean Up di Pulau Omadal, 26 Oktober 2014 yang lepas.
 Kisahnya begini....

Akibat perintah berkurung yang telah dikeluarkan menyebabkan mereka sukar untuk keluar ke laut untuk memancing ikan. Biasalah nelayan yang hidupnya hanya tertumpu kepada sumber laut sahaja dan biasa turun laut pada sebelah malam. Akibat perintah tersebut, usaha mereka terhad untuk keluar memancing pada sebelah malam dan mustahil untuk mendapatkan hasil tangkapan pada sebelah siang. Dan, sumber pendapatannya juga berkurang.

Diringkaskan cerita,…

Latihan Penerangan Pengurusan Sangkar dan Hatchery Penyu

Image
Unit konservasi Penyu yang dijalankan oleh persatuan Wanita Pulau Omadal Semporna (WAPO) adalah bagi memastikan kesinambungan habitat penyu dapat terus hidup dan tidak tenggelam oleh kepupusan. Dalam usaha itu, pihak WWF-Malaysia banyak membantu usaha untuk untuk membantu WAPO dalam menjalankan usaha tersebut.

Dalam program Beach Clean Up kelmarin (26/10/2014), pihak WAPO juga ada memberikan sedikit penerangan dan latihan kepada para peserta yang hadir. Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan:






Menggunakan bola ping pong sebagai pengganti telur Penyu bagi tujuan latihan


Abaikan yang lainnya... Apa yang merisaukan, jumlah pendaratan penyu yang semakin berkurang akibat tindakan pemangsa mahupun aktiviti manusia yang mengancam habitat mereka. Hanya penyu Hijau dan Penyu Sisik sahaja yang mendarat di perairan Semporna

Beach Clean Up At Omadal Island, Semporna.

Image
26/10/2014

Kami GREEN Semporna bersama WWF-Malaysia dengan kerjasama persatuan Wanita Pulau Omadal Semporna (WAPO) menjalankan aktiviti Membersihkan pantai ataupun "Beach Clean Up" di pulau Omadal. Aktiviti adalah bertujuan untuk memastikan alam sekitar bersih, penduduk sekitar dapat menjalankan aktiviti bergotong-royong dan mampu mewujudkan budaya berkerjasama sesama masyarakat di sana.

Apa yang menariknya, kelibat kanak-kanak yang lebih ramai berbanding dengan golongan remaja dan Belia. Al-maklumlah, pulau tersebut kurang penduduk dan kebanyakan golongan Belia sudah tiada dan merantau keluar. Kecuali golongan Belia "Pelauh" yang masih ramai mendiami pulau tersebut. Sedikit gambar semasa program kelmarin.

Sedikit Taklimat dan suai kenal sebelum aktiviti dijalankan.





Tinggalan sisa perahu yang terdampar.
Sesi pembahagian Kumpulan. Saya yang ambil alih bagi melancarkan perjalanan program.

Kumpulan 4

Kumpulan 1, kamilah

Kumpulan 2

Kumpulan 1

Saya dan budak-budak

Indah…

Kes Tembak-Menembak Di Semporna (26/10/2014)

Image
Kelmarin, semasa di Pulau Omadal menjalankan aktiviti. Pelik sebab abg Polis PGA di sana berpesan agar kita di kawasan pekan Semporna untuk lebih berhati-hati dan berwaspada. Sebab itu, aku masih keliru dan kurang jelas akan apa yang dia maksudkan.

Sehinggalah, kami sampai di darat pekan Semporna semula. Dikhabarkan tengah hari tersebut berlaku kes tembak-menembak antara polis dan pendatang/penjual syabu. Kejadian berlaku di kampung Bangau-Bangau berhampiran dengan kawasan Jeti Pelancongan Semporna.

Dalam kejadian, seorang mati ditembak selepas penjenayah cuba untuk melepaskan tembakan ke arah Polis Peronda mengakibatkan berbalas tembakan berlaku. Akhirnya, penjenayah itu tewas dan meninggal di tempat kejadian.


Sumber: Astro Awani
http://www.astroawani.com/news/show/komander-esscom-sahkan-berlaku-kejadian-tembak-menembak-di-semporna-pagi-tadi-46998
Dan juga sumber ini
http://www.astroawani.com/news/show/suspek-penjenayah-rentas-sempadan-ditembak-mati-di-semporna-47017

Hijrah Pada Pandangan Insan Kerdil Ini

Image
Apa yang kita faham dengan Hijrah.
Sekadar "penghijrahan" dari baik sebelumnya kepada yang lebih baik selepasnya.

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

Mendalam maksud ayat itu jika kita fahami dan adaptasi. Terutama dalam organisasi mahupun persatuan. Sebabnya, setiap pengorbanan, perjuangan itu memerlukan kesepaduan dalam melahirkan sifat persaudaraan yang memungkinkan akan melahirkan suatu perpaduan kepada sebuah kejayaan yang diinginkan.

Contohnya, jika dalam sebuah persatuan. misalnya, dalam menjalankan sesuatu program atau aktiviti adalah memerlukan pengorbanan dari aspek masa, wang ringgit dan keluarga. Bilamana sudah berkorban, diteruskan dengan perjuangan dalam melaksanakan aktiviti secara bersaudara ataupun berkerjasama. Bilamana "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" in shaa Allah akan memberikan hasil dan maklumbalas yang baik dalam program yang dilaksanakan. Akhirnya, ia pasti akan mewu…

Keropok Ikan - Banyak yang gagal menggorengnya

Image
Mesti ramai peminat keropok ikan yang warna merah tu kan. Saya pun kurang pasti apa nama spesifiknya, tapi panggil keropok ikan jak sebab dah memang rupanya macam ikan. Hhehehehehe... Yang ini bah



Kan sudah cakap, tidak ramai yang menggorengnya sempurna termasuklah diri ini. Biasanya goreng benda ni masa makan, jamuan atau majlis. Biasalah untuk dimakan-makan macam jajan. Biasa juga dicampurkan dalam gado-gado.
Biasalah, kita panaskan kuali dan sampai satu ketika terlebih panas. Baru, keropok ni jenis cepat goreng dan hangus, bila minyak sudah panas dan ko letak tu keropok dalam kuantiti banyak, memanglah susah nak kawal sebab tahap masaknya berbeza dan cepat hangus.
Paling bagus kalau... Letak dalam secubit atau tidaklah sebanyak genggaman tangan janji anda boleh kawal dan pastikan ia boleh masak dengan seimbang. Itu jak. Selamat mencuba dan berhati-hati semasa menggoreng. Bahaya tu....

Miss Scuba International 2014 at Mabul Island

Image
Seperti dalam peracangan, ia akan diadakan di Semporna pada 21 November 2014. Jadi, kami dari pihak WWF-Malaysia (Semporna Field Office) dengan kerjasama GREENs dan Wanita Pulau Omadal Semporna (WAPO) diberikan tugasan, yang boleh dikatan sedikit berat (berat mata memandang, berat lagi bahu memikul)... Harap dipermudahkan.

Saya ditugaskan untuk membuat ceramah mengenai "Community Work (WAPO)". Oleh yang demikian, bercakaplah saya dihadapan para jelitawan-jelitawan DUNIA "Miss Scuba International". Bergegar sudah sia, tolonglah.


Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminn Ya Rabbal Alamin. In shaa Allah.

Makanan Orang Semporna (menu wajib)

Image
sedikit perkongsian info mengenai makanan utama orang Semporna.
Gambar daripada FB Ead Masareka



Sea Grapes... Orang tempatan panggil "LATOK"

Kerang saiz besar dan Siput "Dollen"




Harga pasaran sekarang RM12-15 sekilo. Jika di beli terus daripada pengusaha boleh dapat dalam RM6-8 sekilo.

apa yang nak dikatakan, Semporna adalah antara pengeluar hasil laut yang terbesar di Sabah. Begitu juga Kudat dan beberapa tempat yang lain. Terutama ikan, biasanya daerah Tawau dan Kota Kinabalu mengimport ikan dan hasil laut daripada Semporna.

Bilamana Senja/Maghrib, Jauhilah perkara yang boleh Menyebabkan Syaitan dan Jin Menganggu Rumah dan Keluarga kita

Image
Bacalah...

Sepeti yang kita maklum, Syaitan dan Jin biasanya akan "Punch card" waktu bekerja mereka adalah pada waktu selepas asar sehinggalah waktu maghrib menjelma. Begitulah juga bilamana seorang ustaz daripada Rawatan Thaqif Kelantan tempat saya berubat semasa mereka berkunjung ke Semporna yang lepas berkata sedemikian, Syaitan akan mula bertebarana menjelangnya waktu selepas asar dan pada waktu maghrib.

Seperti orang tua-tua juga berpesan, masuklah kamu ke rumah selepas keluar bermain sebelum waktu maghrib kerana syaitan akan berkeliaran pada waktu tersebut. Justeru, ia adalah tepat dan benar. Sila baca hujah berikut yang saya ambil daripada blog ---> LINK



Semoga dengan perkongsian ini, kita akan merubah cara hidup kita dan lindungi anak-anak kita daripada gangguan Syaitan dan Jin. In shaa Allah.

Semporna Hari Ini

Image
Lain hari lain kisahnya
Lain tempat lain ceritanya
Lain orang lain caranya
Lain insan lain pandangannya


Perubahan cuaca "climate change" kini di daerah Semporna menyebabkan perubahan peredaran arah angin. Kadang cuaca panas, kadang cuaca mendung tapi tidak juga hujan. Macam di semenanjung, kerap sudah banjir dan kejadian puting beliung. Apapun, semoga kita dilindungi daripada bala bencana dan malapetaka

Kisah aku dan Abang Angkatku

Image
Nama diberi Mohd. Salleh Lindi Hati
Pekerjaan sekarang UTK PDRM
Status Sudah berkahwin anak dua
Tinggal di Kampung Bangau-Bangau
Kini menetap di Kuantan, Pahang
Hobi dia Gym la setiap hari... Abam Sado
Siapa dia...



Dialah yang bimbing saya, didik saya dan berikan saya Motivasi masa first time kenal di asrama 2004. Masa tu saya PMR, dia plak 6 Rendah aliran Sains. Saya yang kejar dia sebenarnya, hehehheeee... Mahu krnal dan rapat dia bah kesian. Masa tu budak-budak lagi kan. Kecik lagi, jadi inginkan protector masa di asrama. Aku mula rapat dengan dia. Dia pun open untuk di kawan-kawan.

Sampailah satu kisah masa saya duduk PMR 2004 tu, dia masa tu masih AJK Asrama. Maw dijadikan cerita. Dua hari exam berlalu, dia tiada balik kampung. Saya pun mencari jugalah namun tiada apa juga, masih belum sedar yang dia tu sumber motivasi. Oleh tu, saya sudah melepas 2 paper, B.M dan B.I. sememangnya saya kurang pastilah ok ka juga paper tu.

Hari ketiga baru dia muncul, petang sebelum habis peperiks…

Adam Atif baby Milo

Image
Kenduri Akikah anak buah. Cukur Jambul/ naik hayun/ cerak (bahasa bugisnya). Buzy juga family atur kenduri, nenek Tawaunya pun datang rumah seminggu awal semata-mata untuk kendurinya. Semoga jadi anak yang soleh, bijak pandai dan diberkati Allah s.w.t hendaknya. Sedikit gambar, selepas potong jambul terus sahaja potong rambutnya yang panjang. Cuba teka macam muka siapa mirip wajahnya.




Selepas akikah. Nak potong pun susah banyak gerak.

Ni kalau tak silap pic minggu lepas kot.
Sayang koe budak sangat2