Monday, April 28, 2014

Semporna: Sampah Oh Sampah part 3

Kesinambungan PART 1 dan Part 2

Sampah Oh Sampah 3

Lagi mengenai sampah.

Aku bukanlah pakar alam sekitar tapi aku belajar mengenai GEOGRAFI dan alam sekitar. Ada juga niat mahu sambung MASTER IN ENVIRONMENT di UKM tapi tiada duit untuk sambung belajar. Tapi aku punya WAWASAN untuk bantu daerahku BERSIH. Walaupun hanya dari sekecil-kecil usaha sehinggalah sebesar-besar usaha. Beberapa cadangan dalam membuat penambahbaikan dalam pengurusan sampah di Semporna.

(1)      Sediakan tong sampah yang lebih banyak dan diletakkan di tempat-tempat yang tertentu.

Dalam hal ini, mohon Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Majlis Daerah Semporna (MDS) untuk menukarkan tempat pembuangan sampah yang sedia ada sekarang ke satu tempat yang lebih relevan dan sesuai. Terutama bagi kawasan bersebelahan stesen bas tongtalun yang sememangnya sangat tidak sesuai. Selain itu, sediakan tong sampah kecik di bahagian-bahagian tertentu dalam memastikan sampah dapat dibuang dengan mudah. Kes-kes sebelum ini sememangnya ada tong sampah tersebut tetapi hilang dan dicuri seperti yang dikhabarkan. Kenapa tidak pihak berwajib menyediakan lagi tong-tong sampah dan pastikan ianya diletakkan dengan menyediakan sekali “casing” atau besi penghadang yang berkunci bagi memastikan tong sampah tidak hilang dan dicuri. Tetapi, dalam memastikan sampah sarap tidak bertaburan melimpah ruah, jalankan proses pemungutan sampah 2 kali sehari. Hanya itu langkah terbaik dalam mengurus sampah di daerahku ini.

(2)    Kuatkan kuasakan lagi Akta dan Undang-Undang yang sedia ada.

Dalam hal ini, pihak MDS dan PBT seharusnya mewujudkan jawatan dan pihak-pihak tertentu untuk menjalankan pemantauan. Seperti kebiasaanya, masyarakat kita memang suka membuang sampah sembarang. Justeru, jika terdapatnya tong sampah yang disediakan maka orang ramai sudah tiada alasan untuk tidak buang sampah merata tempat. Dalam aspek pemantauan, pihak MDS sendiri yang perlu untuk wujudkan jadual perjalanan. Sama seperti aspek keselamatan. Mereka Berjaya mewujudkan anggota-anggota bantuan seperti RELA, JPAM dan POLIS dalam menjalankan pengawalan. Dan kenapa tidak MDS. Seperti di DBKL dan DBKK sendiri. Walaupun masalah sampah tetap ada tetapi mereka Berjaya mengurangkan sampah sarap yang bertaburan di merata tempat. Kenapa peringkat daerah tidak boleh. Dengan penguatkusaan yang sedia ada, dengan meletakkan jumlah denda yang lebih tinggi atau kenakan tindakan penjara dan sita bagi kawasan dan hal-hal yang tertentu diharapkan dapat mengubah sikap mereka untuk membuat PERUBAHAN.

 (3)   Perkasakan lagi KEMPEN sedia ada dan buat pembaharuan.

Dalam kes sebelum ini, terdapat banyak kempen yang telah dijalankan tetapi masih terdapat kepincangan dan kelemahan dalam melaksanakannya. Pihak MDS telah melaksanakan majlis perasmian mengenai kempen Anti Kutu Sampah tetapi sejauh mana perlaksanaan dan keberkesanannya kepada objektif dan tujuannya serta perubahan yang dialami kepada daerah kita. Nampak seperti sama sahaja dan tiada perubahan langsung. Justeru, antara contoh yang baik dalam menjalankan kempen-kempen adalah bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah ke tahap tertentu. Bermula di peringkat pra-sekolah sehinggalah ke sekolah menengah dan kolej-kolej yang sedia ada di daerah Semporna, KPTM, RISDA dan KOMUNITI. Wujudkan role model dan DUTA yang boleh membawa kepada perubahan seperti program 1M4U sebelum ini yang memanggil AMY SEARCH sebagai duta kebersihan. Kenapa daerah kita tidak boleh. Sudah nampak yang masyarakat kita mudah terpengaruh terutama golongan artis. Jadi kenapa tidak dengan pengurusan sampah.

(4)     Kerjasama SEMUA pihak.

Antara kaedah lain adalah melalui kerjasama semua pihak termasuklah MDS sendiri, pihak polis, hospital, penerangan dan apa-apa jua jabatan untuk melaksanakan aspek pengurusan sampah dengan lebih efisen dan efektif dalam memastikan kelestarian kebersihan semporna dapat dikekalkan. Dalam aspek ini, selain menjalankan kempen pihak jabatan-jabatan kerajaan perlulah menyampaikan mesej dan tauladan kepada masyarakat akan kesan buruknya sikap membuang sampah merata tempat dan impaknya kepada kesihatan dan juga penerimaan ramai termasuklah pelancong. Selain itu, masyarakat itu sendiri perlu sedar dan membantu pihak MDS dalam menyelesaikan masalah yang sekian lama tiada penghujung ini.

(5) Tingkatkan Keimanan dan sifat PERIKEMANUSIAAN dalam diri.

Ini adalah merupakan aspek utama dalam mengatasi masalah pengurusan sampah di mana juga termasuklah daerah kita Semporna. Sedarlah bahawa dunia ini hanya pinjaman dan akan digunakan untuk generasi akan datang. Jika kita pada hari ini merosakkannya, apa akan jadi pada generasi anak cucu cicit kita. Dimana mereka akan hidup dan merasakan kenikmatan yang kita rasakan pada hari ini tetapi kesan kita yang tidak mempedulikan akan aspek kebersihan, maka anak-anak kita di masa hadapan mendapat kesannya bukan sahaja aspek merasakah apa yang  kita rasakan pada hari ini tetapi dalam aspek kesihatan dan kemaslahatan hidup suatu hari nanti.


p/s pesan pada diri, BERUBAHLAH dan sama-sama berganding untuk MENYELESAIKAN ISU INi… BUKA MATA, BUKA HATI, BUKA MINDA KENALI DIRI. Tepuk dada Tanya iman.

Semporna: Sampah Oh Sampah part 2

KESINAMBUNGAN PART 1
Sampah oh Sampah: part 2

Pendapat aku mengenai ISU SAMPAH di daerahku, SEMPORNA.

Punca dan sebab berlakunya pembuangan sampah merata tempat:

1(1)     Pengurusan yang tidak efisen, efektif dan teratur.

Dalam aspek ini, saya bukan menyalahkan atau menunding jari kepada pihak berkuasa tempatan (P.B.T) atau Majlis Daerah Semporna (M.D.S) kerana tidak menjalankan tugas. Cuma saya sedikit terkilan sebagai rakyat jelata yang suara dan haknya tidak didengari serta tiada medium untuk menyuarakan disebabkan kita golongan minoriti. Apa yang saya dapat lihat adalah aspek kekurangan dan kelemahan dalam pentadbiran di daerah Semporna dalam aspek pengurusan sisa pepejal. Masalah yang timbul sebelum ini adalah dari aspek penyediaan tong sampah dan kawasan peletakan tong sampah yang tidak efisen dan strategik. Antara tempat yang terlibat adalah di kawasan pejalan kaki menuju ke pasar Semporna, sebelah Pasar Ikan, sebelah Jeti Awam, Semporna dan di tengah-tengah kawasan Bandar baru Semporna bersebelahan bangunan kedai Milimewa. Mungkin bagi sesetengah pihak ianya ditempatkan di kawasan-kawasan sedemikian bagi memudahkan orang ramai untuk membuang sampah di kawasan tersebut. Sebenarnya silap dan tidak sesuai. Kenapa? Sebab kawasan tersebut adalah merupakan kawasan tumpuan ramai.

Seperti di kawasan pejalan kaki menuju ke Pasar, Semporna. Seperti yang kita sedia maklum kawasan berkenaan adalah merupakan kawasan pejalan kaki dan juga kawasan tapak jualan pada sebelah subuh dan pagi serta kawasan utama laluan orang ramai termasuk pelancong ke bahagian kawasan Bandar Laut Semporna. Peliknya, ia masih kekal di situ dan terus kekal disitu. Yang menariknya, kadangkala ia dibersihkan selepas tong sampah sudah melimpah ruah dan kawasan tersebut dipenuhi longgokan sampah. Subahanallah, kenapa perlu penuh dan berbau busuk barulah dibersihkan….? Bagi kawasan sebelah Pasar Ikan, kawasan tersebut sememangnya “TOTALY” teruk. Kenapa? Selain penuh dan bertaburan, ianya sangat-sangat berbau busuk. Kesianlah dengan bangunan kedai bersebelahan setiap hari menghidu bau busuk dan juga mata orang ramai yang melihatnya.

Seterusnya di kawasan Jeti Awam Semporna yang mana kes hampir sama dengan tempat lain, bilamana penuh dan berbau busuk baharulah dibersihkan. Apa yang teruknya, kawasan ini adalah merupakan kawasan tumpuan paling utama pelancong yang datang dan jeti menuju ke sekitar Pulau-Pulau di Semporna. Sebelum ke pulau dan selepas pulang ke pulau, reaksi negatif sahaja yang diterima termasuk orang ramai dan guru-guru yang pulang dari mengajar. Kawasan tersebut sememangnya kotor dan tidak terurus dengan baik. Bagi kawasan banguna baharu sebelah kedai Milimewa, ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai yang datang dari kawasan luar Semporna terutama Tawau disebabkan adanya stesen bas Tongtalun dan tong sampah itu betul-betul bersebelahan dengan pondok bas tersebut. Kasihanlah, orang datang disambut dengan pemandangan dan suasan bau busuk daripada tong sampah. Pindahkan la ke tempat yang lebih bagus dan efisen.

2(2)    Sikap dan MENTALITI masyarakat di Semporna.

Sikap guna dan buang sembarang.

Merujuk kepada Pesta Regatta Lepa pula, sememangnya banyak kesilapan dan keburukan mengenai sampah sarap. Sikap peniaga yang tidak menguru sendiri sisa pepejal termasuk beg plastik bungkusan jualan dan juga sisa pepejal lain seperti kertas dibuang merata tempat tanpa diurus sendiri dan dilonggokkan. Selain itu, sikap dan MENTALITI masyarakat dan pengunjung yang datang ke tapak pesta juga tidak kurang samanya. Selepas pakai terus bunag sembarangan. Kepada, why? Maitak…? What wrong what u PEOPLE’S… susah sangat ka mahu buang di tempat yang sepatutnya atau simpan dalam beg nanti dirumah baru buang ke tong sampah sendiri. Lebih rela membuang terus ke mana sahaja dan melihatnya bertempiaran dan bertaburan di merata tempat. Tidak malukah dengan tindakan kamu. Orang luar melihat kamu yang suka membuang sampah.

Selain itu, tiada disediakan kawasan pembuangan khas selain kawasan tong sampah yang sedia ada. Seharunya pihak pengajur dan MDS menyediakan kawasan pembuangan sementara bagi peniaga dan orang ramai membuang dan melonggokkan sampah dengan lebih mudah dan teratur. Jikalau hal ini mereka laksanakan, tidak aka nada kawasan-kawasan longgokan sampah seperti di hadapan kedai Gaint, Hotel Sipadan Inn II dan kawasan-kawasan lain yang dijadikan tempat longgokan sampah. Di mana tanggungjawab kita kepada ALAM dan daerah kita? Subahanallah. Islam menyeru kita agar mengamalkan kebersihan di mana kebersihan itu asas kepada keimanan. Adakah kita tidak beriman dengan Allah, Tuhan kita? Sehinggakan tiada tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam menjalankan dan mengurus sampah masing-masing? Kenapa? Di mana kita sebenarnya? Di Planet yang suka membuang sampah sembarangan ka?

JOM BERUBAH… kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang BILA?

3(3)    Kurangnya KESEDARAN DAN KEIMANAN

Aspek kebersihan adalah tonggak utama sesebuah kaum itu ataupun menunjukkan siapa diri seseorang itu. Apa yang aku katakana disini, bukanlah aku yang terbaik tetapi sampai bila baru kita berubah…

Walaupun banyak kempen seperti “KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH: MDS” dan baru-baru ini “GOTONG-ROYONG PERDANA” dilaksanakan. Tetap juga banyak sampah dan perangai sesetengah pihak yang tidak ingin berubah dan sedar. Tidak berimankah atau itu sudah menjadi kebiasaan dalam diri kamurang untuk membuang sampah sembarang. Manis kata dimulut inginkan Semporna bersih dan cantik tetapi kenapa tidak membantu ke arah itu. Dalam usaha menjaga kebersihan dan nama baik Semporna yang sudah dilabelkan sebagai Daerah terkotor Di MALAYSIA. Kempen-kempen sebelum ini sememangnya nampak ke mana arah tujuannya dan objektif. Tetapi kenapa hanya pada hari tersebut sahaja ia dikekalkan dan dijalankan.

            Seperti KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH itu sendiri. Denda RM500 kepada yang didapati membuang sampah dan meludah sembarang dan juga beberapa orang AGEN atau ROLE MODEL’s yang dijadikan sebagai DUTA untuk memastikan masalah dan pihak-pihak yang membuang sampah sembarang ini dihapuskan. Siap ada sijil PERLANTIKAN. Tapi selepas itu… ke MANA SEMUA HAJAT, OBJEKTIF dan TUJUAN KEMPEN itu. Ya, memang benar Datuk Seri Shafie Apdal turun pada hari tersebut merasmikan program dan memberi watikah perlantikan. Tetapi kemana semua janji dan kempen itu. Adakah hanya pada hari itu atau terus hilang sama sekali. Seperti Kempen Gotong Royong Perdana baru-baru ini. Sememangnya pujian seharusnya diberikan kepada mereka yang turut hadir dan sanggup dengan relanya untuk mengutip dan memungit sampah. Namun, selepas itu daerahku kembali kotor… penat sebenarnya pihak-pihak berwajib itu melaksanakannya tetapi sesetangah pihak tidak memberikan kerjasama yang sebaiknya. Buang sampah sembarang dan meludah di merata tempat. Belum lagi sentuh aspek sampah di laut….

            Bantulah SEMPORNA… BANGKITLAH BANGSAKU… bantu SEMPORNA untuk BERSIH, SIHAT dan SELAMAT. Jangan kita hanya tunding jari, lempar batu sembunyi tangan dan juga melepaskan batuk di tangga sahaja. Semua pihak haruslah bersatu padu dan berganding bahu untuk menyelesaikan isu SAMPAH ini. Pihak MDS tolong sediakan tong-tong sampah yang lebih banyak. Dan masyarakat SEMPORNA itu sendiri janganlah pula kamu MENCURI itu tong sampah dan suka buang sampah merata-rata. Tolonglah…

p/s: aku bukan duduk mengata sahaja. Aku hadir dalam mana-mana majlis yang dianjurkan dan aku nampak sendiri kesannya sebelum, semasa dan selepas. Sehingga ke hari ini. Ya, aku tujukan coretan ini untuk diri sendiri dan semua. Aku cuba juga untuk buang sampah di mana da tong sampah dan adakala beg dan seluar aku sendiri aku jadikan tong sampah sementara untuk buang sampah yang aku gunakan. Bukan bangga diri tapi aku ingin perbaiki diri dan cuba untuk tidak buang merata. Sebab aku sedar. DUNIA ini pinjaman untuk kita dan kita diamanahkan untuk menjaganya. Sebab, GENERASI akan datang akan menggunakannya. Kalau pada hari ini sudah dipenuhi sampah dan tiada usaha untuk menghapuskanya. Macam mana pada masa hadapan? Di mana anak-anak kita mahu bermain dan hidup kalau BUMI ini dipenuhi sampah. Sama-samalah kita saling membantu dalam menguruskan SAMPAH dan SISA PEPEJAL yang sukar untuk lupus ini walaupun dibakar. Kurangkan penggunaan beg plastik dan amalkan konsep Kitar Semula 3R.

Cerita Semporna: Sampah Oh Sampah part 1

~ Sampah Oh Sampah ~

Selepas Pesta Regatta Lepa

Apa yang kita dapat lihat adalah kesan selepas pesta. Paling utama yang ingin disentuh dan dibualkan adalah mengenai aspek kebersihan dan pengurusan sampah sarap. Sepanjang perjalanan aku dari satu bangunan kedai ke bangunan kedai yang lain dan juga dari satu gerai jualan ke gerai jualan yang lain dan disepanjang itulah juga sampah dan sisa pepejal bertempiaran di merata tempat.

Ya Allah, tanah kelahiran aku kah ini? Bermonolog sepanjang perjalananku.

Satu demi satu, kepelbagaian rupa, bentuk, corak, saiz dan warna yang ada pada sampah sarap yang bertaburan di atas jalan raya, tepi kawasan pejalan kaki dan tidak kurangnya… sekitar tapak pembuangan sampah dan juga beberapa kawasan yang dijadikan kawasan longgokan sampah.

Dimana kesedaran kita sebenarnya?

Dimana dan siapa kita sebenarnya? Adakah BINATANG yang hanya tahu pakai dan buang merata tempat ataupun SYAITAN LAKNATULLAHALAIK yang suka akan benda-benda kotor dan kekotoran dimana sahaja…? TEPUK DADA TANYA IMAN.

Ku berjalan ke sana, sampah! Ku bejalan ke sini, sampah! Ku bejalan ke hadapan, sampah! Dan ku lihat ke belakang, sampah!.

Aku berhenti seketika di suatu sudut dan melihat kelibat manusia-manusia yang sedang berjalan, mencari-cari barangan dan tidak kurangnya yang sibuk dengan hal masing-masing. Tapi, aku terfikir dan melihat kelibat beberapa orang pelancong dan jurufoto persendirian. Melihat reaksi mereka apabila melalui kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai longgokan sampah sarap dan bendasing yang bertaburan di mana sahaja…. Berkerut dan hanya mampu menggelengkan kepala. Dan aku, hanya tersipu malu dan merasakan apa yang mereka rasakan. AKU MALU DENGAN DAERAH KESAYANGANKU… sedarlah ummat, sedarlah saudara, sedarlah BANGSAKU.

Tidak juga ketinggalan, aku sendiri mengambil gambar dan memuat naik ke dalam Instagram saya:



sumber: hafez piedz


Bersambung…..

Gambar PErahu Lepa Sepanjang Regatta LEpa 2014 Semporna

~ copy from Facebook Din Na~









koleksi seterusnya akan menyusul.
ingin meminta izin dengan empunya.
nanti kena SAMAN kita...
aku tak sempat mahu tangkap gambar.
ada hal dan dapat turun pun pada sebelah malam sahaja.

lanjutan gambar boleh merujuk album cikgu Nazekha Kanasidena

ILOVESEMPORNA
ILOVESABAH
ILOVEREGATTALEPA
ILOVEMALAYSIA

Aktiviti Lain Sebelum Menjelang Pesta Regatta Lepa ke 21 Semporna

~ Banyak Jabatan Yang mengadakan aktiviti ~

antara yang terlibat adalah Pejabat Penerangan Daerah Semporna.
Jabatan Kastam yang menjalankan CSR dan pihak-pihak tertentu.


ini adalah aktiviti yang dianjurkan Oleh Pejabat Penerangan Semporna.
pertandingan Mewarna dan Nyanyian
Komuniti 1Malaysia daerah Semporna.



walaupun kesibukan kota dihadapi.
sempat merakamkan suasana pasar Ikan Semporna.
kelihatan ramai penduduk Semporna yang turun ke pasar untuk membeli bahan mentah
dalam gamgar adalah merupakan aktiviti jual beli ikan
memang murah, fresh dan mantaps...
terbaek dari LAUT


ILOVESEMPORNA
#oh_Sempornaku

dan paling penting.
Semporna masuk dalam akhbar Berita Harian


Biar Tak MEnang, Asal Tidak Lenyap
Biar ndak menang janji kasi meriah...

#pesta #regattalepa #semporna #ilovesabah

PRA... Pesta Regatta Lepa ke 21 Semporna 2014

~ Coretan Anak Muda, sekadar Pandangan ~

Lama tidak menulis, walaupun banyak yang terlintas dan ingin dikongsikan.
baiklah, aku mulakan dengan Pesta Regatta Lepa Semporna.
Sebelum, Semasa dan Selepas Pesta. tapi part ini kita bincang mengenai Pra-Regatta jak ya.

Sebelum...
Tahniah pihak-pihak penganjur dan pengelola sebab masih diberikan kekuatan dan kesempatan untuk menganjurkan pesta kali 21 yang gemilang ini. Memang sangat2 gemilang... 
sangat-sangat menghargai usaha dan penganjuran yang telah dibuat.

haritu Sempat juga ikut Gotong Royong Perdana.


mula-mula diadakan senamrobik... wooo meriah dengan muzik 1Malaysia.
Siapa ada tarian Jamilah... lagu bangsa Timor yang popular sebelum ini Poco-Poco.
pastu... ada jugalah ucapan D.O Semporna dan Y.B.
pastu... pembahagian kumpulan untuk kawasan-kawasan pembersihan.
nampak sedikit kepincangan... tapi dapat diatasi dengan baik... Tahniah penganjur cumanya kurang kerjasama dengan pihak2 yang diberikan tugas.. ada juga yang tidak turun kan...
apa yang boleh saya katakan...

HANYA SEGELINTIR SAHAJA YANG INGINKAN PERUBAHAN DAN INGIN MELIHAT DAERAH SEMPORNA BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT.




kenapa,...? tidak ramai yang turun membantu... sebenarnya

selanjutnya, aku tidak mengikuti perkembangan aktiviti yang lain sebab aku bukan urusetia.

p/s:: aktifkan diri berSUKARELA... biar Niat Suka dan Hati RELA melakukan... in shaa ALLAH

Saturday, April 12, 2014

Apa Yang Kita Faham Tentang Kehidupan

Ibaratnya Haiwan...

Tidak bercakap dengan manusia.
Hanya tahu jalani hidup seperti sediakala.
Bila ada makan, dia makan.
Bila ada pasangan, dia mengawan.
Bila dibelai dia semakin suka.
Begitukah kehidupan...?

Ibaratnya Kapak...

Hanya diguna untuk kapak something...
Perlunya dipandu untuk bergerak.
Perlu bantuan untuk bekerja.
Perlunya diasah untuk lebih tajam.
Begitukah kehidupan...?

Ibaratnya Roda...

Sentiasa berpusing bila bergerak.
Rosak satu bahagian tidak akan berfungi sebaiknya.
Rosak atau terbakar memang tidak berguna.
Atau tidak diletak pada mana2 kenderaan memang tiada gunanya.
Begitukah kehidupan...?

Hidup Berlandaskan Syarak

Jika kita menurut aturannya hidup.
Islam yang berlandaskan Al-Quran dan as-Sunnah.
In sha Allah tidak akan sesat selamanya.
Selagi kita sedar akan kepentingan dan keperluan.
Tidak akan terpesong selamanya.
Begitukah kehidupan...