Monday, October 10, 2016

Andaman Dan Pelamin: Part Time Job

~Anjung Anggun Andaman~

Sepanjang hari raya korban yang lalu, hampir seminggu secara berterusan membuat pelamin kahwin sekitar daerah Semporna. Penatnya memang terasa dengan kurang tidur, berpeluh, sakit-sakit badan tapi itulah... tiada kerja lain boleh dibuat buat masa ini. Ini jak la part time yang mampu. Ikut dengan abg Jaafar pemilik Anjung Anggun Andaman. Bermula pada Hari raya pertama (12 September 2016) sehingga 19 sept....










Gambar-gambar diatas... serba sedikit gambar pelamin yang saya dan abg Jaafar buat. (Gambar kurang jelas)...

p/s: Untuk tempahan, boleh berhubung dengan abg Jaafar (0111-9009996/ 0111-4167911)

Hari Sukan Negara peringkat daerah Semporna

~Sambutan yang meriah~

Pada kali ini, sambutan Hari Sukan Negara pada kali ini dianggap amat meriah dan mendapat sambutan ramai dari warga Semporna. Ini kerana, penganjurannya adalah serentak dengan program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia daripada Pejabat Penerangan Daerah Semporna.



untuk gambar sepanjang program boleh lihat di sini ---> LINK

Program sambutan Hari Sukan Negara dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Pejabat daerah Semporna dan juga Jabatan-Jabatan serta NGO di daerah Semporna. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan seperti:

1) Semporna Berselawat (Angkatan Belia Hebat Semporna)
2) Majlis Perasmian Hari Sukan Negara
3) Senam erobik
4) Marathon
5) Berbasikal (Kelab Berbasikal Sihat Semporna: KBSS)
6) Pameran Agensi-Agensi Kerajaan
7) Pertandingan Mewarna (KEMAS, Semporna)
8) Sukaneka (Persatuan Belia Akar Umbi Semporna: KBSS Semporna)
9) Semporna Got Talent ( Angkatan Belia Hebat Semporna)
10) Auto Show (Angkata Belia Hebat Semporna)

dan beberapa aktiviti selingan sepanjang penganjuran program.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, syabas dan tahniah.

p/s: Jumpa lagi dalam penganjuran Hari Sukan Negara pada tahun hadapan...