Posts

Showing posts from 2015

Hari Sukan Negara

Tarikh Keramat 10/10/2015
Jangkaan penglibatan seramai 13 Juta penyertaan dari seluruh negara ini juga melibatkan rekod yang ingin dicipta dalam The Malaysia Book of Record. Sabah mensasarkan hampir. 440000 lebih yang akan menyertainya di seluruh negeri. 
Hari Sukan Negara yang telah lama dirancang kini hampir ke kemuncak penganjurannya. Ia melibatkan hampir setiap kampung dan sekolah di setiap daerah di seluruh negara. Rancangan program yang dicadangkan oleh Yang Berbahagia Khairy Jamaluddin iaitu Menteri Belia Dan Sukan Malaysia ini amatlah baik dan perlu disokong oleh semua golongan. Dengan anggaran umur bermula dari golongan kanak-kanak sehinggalah umur 60 tahun, hari sukan negara mungkin menjadi salah satu program tahunan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang terbaik antara yang terbaik. Melibatkan lebih dari 12000 acara yang akan dianjurkan, diharapkan agar Hari Sukan Negara pada 10/10/2015 iaitu bersamaan hari Sabtu menjadi semua program yang gilang gemilang dan men…

Kelab Belia Tinagayan

Image
~KeBaT~



Kelab ini merupakan salah satu persatuan yang berdaftar secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Sah didaftarkan pada 27 Mei 2015. Alhamdulillah, syukur juga atas usaha sendiri dapat mendaftarkan pertubuhan ini. 
Kami sebagai ahli mengambil nama KeBaT atau Kelan Belia Tinagayan sebagai nama kelab atas nama kampung kami iaitu kampung Gelanggang atau Tinagayan, jalan Bugaya Semporna. Memang ramai yang kurang tahu akan nama ini walhal YB sendiri. Almaklumlah kampung terpencil yang didiami (dahulunya segelintir adalah pendatang) oleh beberapa buah keluarga sahaja.
In syaa Allah atas inisiatif kami untuk mewujudkan kelab ini, kami sebagai belia daerah Semporna akan berusaha untuk membawa lebih ramai golongan belia untuk terus berkhidmat sebagai sukarelawan atau pemimpin belia yang progresif, dinamik dan menjadi modal insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.
P/S: boleh bah join Kelab kami. Hubungi saya jak... 0175959179 (Whatsapp/Wechat)

Iftar Amal iReach Kasih Sabah bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf Semporna

Image
~So Far So Good~

Rasanya, ia satu program yang baik dan perlu diteruskan. Andai pemimpin-pemimpin dan pihak perseorangan yang mempunyai duit lebih dan kaya dapat menyumbang, program ni akan lebih gah dan jadi mercu aktiviti yang baru kepada NGO dan juga Belia daerah Semporna.










Tercipta kenangan bersama semua AJK yang terlibat, semua mempunyai kelebihan masing-masing dan semuanya paling terbaik. Biarkan kekurangan itu menjadi kelebihan pada masa akan... In syaa Allah.
P/S: sedih dengan Seafest Hotel, kurang memuaskan layanan. Apapun, harap akan lebih baik walaupun bayaran kurang seperti yang diharapkan.

Lawatan DYTM Raja Muda Perlis ke Semporna

Image
Menjunjung Kasih Tuanku.

Alhamdulillah, bulan baik hari pun baik di bumi Semporna. Mendapat kunjungan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis ke beberapa kampung di daerah Semporna. Saya tidak tahu banyak, tapi beberapa sumber yang saya dapat tahu daripada media sosial. Beberapa siri lawatan Tuanku seperti kampung Gusung Malanu Pulau Bum-Bum, SMK Bum-Bum, Pulau-Pulau Sekitar Semporna seperti pulau Pandanan untuk majlis melepas anak-anak penyu, berbuka puasa di Dewan Marin Semporna, Taraweh di Masjid Ar-Rahman Semporna pada 30 Jun 2015 dan pada 1 Julai 2015 pula, beberapa siri lawatan lain seperti ke TLDM, pusat penternakan Lobster di Pulau Bait dan beberapa kawasan lain lagi.





Lawatan ke SMK Bum-Bum, Semporna





Lawatan ke Kampung Gusung Malanu, Pulau Bum-Bum untuk majlis sumbangan 


Lawatan ke beberapa kawasan pos kawalan (termasuk Pulau Bohey Dulang)
Dikhabarkan DYTM Raja Muda Perlis sentiasa datang berkunjung ke Semporna setiap tahun. Kurang pasti ini lawatan kali ke berapa sudah,…

Mataking Reef Day 2015

Image
Pulau Mataking, Semporna
Sekali lagi The Reef Dive Resort yang terletak di pulau Mataking Semporna telah menganjurkan acara "Mataking Reef Day 2015" dengan tema "Love The Ocean, Save The Coral". Tahun lepas temanya "Love The Ocean, Respect The Reef" klik sini untuk bacaan lanjut ---> LINK . Baju tahun lepas Biru dan tahun ini Kuning pulak. Ala-ala DIGI gituew ello..

Speech from resort representative 

VVIP Guest (PDRM, ATM, APMM, WWF-Malaysia, GREENs, School Teacher)

Talk with GREENs

Ice Breaking and Games

Turtle Replica

This is our team with "SMK Tawau" representatives and PGA Mataking Selamat bah kena escort

Students + Teachers + GREENs Volunteers

I'm Coming Home

Finally, I've been here Mataking Kecil Island (first time ever)
Aktiviti pada sebelah pagi didahului dengan ucpacan aluan daripada wakil resort (lupa nama), ucapan wakil WWF-Malaysia dan diakhiri dengan wakil PDRM. Kemudian, acara diteruskan dengan ceramah mengenai alam sek…

Pulau Gusungan, Semporna

Image
Pulau paling Unik di Semporna

Kenapa saya berikan "title" sedemikian?
Sebabnya, pulau ni memang uniklah. Heheheee...
Banyak ceritanya.




Original picture @Mr.Bols

Gambar pada 21 Mac 2015

Sumber: UMS
Gambar ini kalau tidak silap 20 Ogos 2014, melalui sumber website UMS.
Dan ini ceritanya pada tahun 2013...

Sumber: Minachi Love
Kenyataan beliau, pulau ini sangat Mistik. Bolehlah dikatakan mistik, tetapi sebenarnya pokok yang dimaksudkan olehnya adalah Pokok Ketapang dan bendera atau panji-panji yang pasangkan itu adalah tujuan pemujaan dan cara berdoa bagi kaum "Bajau Laut" mengamalkan kepercayaan "Animisme" iaitu menyembah "Roh" nenek moyang mereka.

Cerita Pulau Gusungan.
Dalam Google Maps, nama diberi Pulau Gusungan). Banyak nama yang diberikan untuk pulau ini oleh orang tempatan. Ada yang menggelarkannya Pulau Pasir, sebab hanya pasir yang ada di pulau ini sebelum tumbuh beberapa jenis pokok (ketapan dan kelapa). Ada juga memberi nama Pulau Timbu…

Lukisan Alam

Image
Puisi 

Gambar: Pulau Timba-Timba Semporna.
Adakala ku lihat alam penuh dengan kedamaian,
Memberiku sejuta kepuasan dan ketenangan,
Mengosongkann fikiran dan mengkontangkan minda,
Saat kedengaran ombak dan bunyian air laut menghempas jambatan,
Tika deruan ombak membasahi pesisir pantai,
Tika itulah aku hanyut dibuai angan-angan,
Inilah dunia, inilah yang kucari sebenarnya,
Aku perlu ruang yang kosong tanpa gangguan,
Yang hanya aku dengan alam sahaja merasakannya.

Pembangunan, Pembaharuan, atau Penghapusan

Image
Bermula sejak sebelum Pesta Regatta yang lepas, hampir sebahagian pasar daerah Semporna dan sekitarnya telah dibersihkan terutama kawasan kedai baju dan kasut. Sehinggalah selepas pesta tersebut selesai, bahagian pasar putu telah mula dirobohkan sehinggalah ke kawasan jeti ke Pulau Bum-Bum. Dan, pada ketika ini kawasan pasar pekan Semporna telah ditutup sepenuhnya dan dipindahkan di kawasan baharu iaitu berhampiran Kg. Selamat, Semporna.


Dua gambar ini adalah merupakan kawasan jeti ke Pulau Bum-Bum terutama Kg. Balimbang, Semporna. Dan pada ketika ini, ia sudah habis dirobohkan.



Tiga gambar di atas adalah merupakan fasa pertama kawasan pasar kasut dan baju dirobohkan. Masih kelihatan beberapa buah kedai yang masih berdiri kukuh sebelum dirobohkan.

Di sini adalah merupakan kedai bakso, kedai gunting rambut dan restoran. Sekarang hanya tinggal sisa bangunan yang telah dirobohkan.

Inilah Jeti ke Pulau Bum-Bum sekarang. Sudah habis dirobohkan. Masih kurang pasti jeti sementara dipindahka…