Tuesday, December 31, 2013

BERPESAN-PESAN KEPADA KEBAIKAN

~Sharing is Caring~

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih 

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama 

CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.


Friday, December 27, 2013

Engkaulah Teman...

~ Selamat ulangtahun Sahabat... first time celebrate besday dia ~


semoga panjang umur murah rezeki sahabat
Terima kasih sebab temankan ke Hospital walaupun masa tu Puasa
love u

Sedikit Perkongsian

~ Salam Jumaat ~

10 PESANAN IMAM SHAFIE


Sebelum Imam Shafi’e wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

" Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kpd Diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd Malaikat Maut: mengqada’kan kewajipan2 yg tertinggal, mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH.

3. Hak kpd Kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd Mizan (neraca timbangan amalan pada Hari Qiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd Sirat (titian yg merintangi Neraka pada Hari Qiamat):
membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik (Malaikat penjaga Neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan (Malaikat Penjaga Syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas ni’mat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

" Jadikanlah iman dan taqwa sebagai pakaian kita di dunia agar, pakaian dari Syurga yang membaluti kita di akhirat kelak.." "Sesungguhnya ALLAH itu Maha Melihat dan tidak pernah tertidur walau sedetik pun. Setiap amal perbuatan kita akan dihitung walau sebesar zarah sekalipun" Semoga kita berada di dalam golongan hamba-Nya yang tidak pernah alpa mengingati-Nya.."

Friday, August 2, 2013

Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan Usia

~ Penyakit kekal yang aku hidap dan alami selama 4 tahun sejak 2009~




Rawatan elektron kelmarin
Mula-mula memang macam takut2 sebab guna elektrik
Aku mimang nda suka tu kena2 karan
Tapi selepas buat ok lah... not bad

Sakit 2009 yang aku alami disebabkan kemalangan jatuh terduduk Dalam tandas
Tidak sempat nak berpaut trus punggung mencium lantai
Hentakan yang kuat di pinggqng dan kepala
That why sampai sekarang rasa tidam selesa dan sakit sejak 2009

Memang tiada yang tahu
Walaupun aku sudah inform yang aku sakit
Tiada yang respon. Biarlah
Rawatan kelmarin hanya memberi kelegaan sementara


P/s:: syukur jugakan ada... jaga pinggang dan tulang belakang kamurang... menderita kalau sudah sakit selalu... jangan jadi macam saya yer...

Sekali lagi kena Teguran...

~ Terima Kasih abg Hazman ~


Saya bukan berangan la abg man
Saya cuma nak kawan jak dengan abg man
Macam kawan-kawan yang lain.
Maaflah kalau terlalu komen yang bukan-bukan
Tiada niat apa pun just berteman di laman sosial jak

Lepas2 ni janji tidak akan komen lagi...
Just like only... i promise


P/s:: tapi pelik... abg man juga yang follow aku punya instagram  walaupun abg keluarkan kata-kata menyentuh perasaan tu... btw thanks sebab malukan saya dengab kawan2 abg.
Terima kasih sangat2... abg memang baik hati sebab tu saya kawan dan paling penting
Saya sedar dan tidak pernah berangan angan pun.

Thursday, August 1, 2013

Ogos... hari harimu yang penuh bermakna buat semua

~ Bulan yang penuh makna di tahun 2013 ~



Kenapa
Sebab Ogos merupakan bulan kemerdekaan
Masih dalam waktu Ramadhan
Akan menjelangnya Hari raya Aidil Fitri
Sambutan Hari Merdeka Negeri SaBah
Juga Kemerdekaan Tanah Malaya dan Malaysia terchiwnta

Apapun... ♡ ogos very Much
SAYANGI MALAYSIA
KEKALKAN KEAMANAN


P/S :: MALAYSIA BUMI BERTUAH. TANAH TUMPAH DARAKU

Wednesday, July 31, 2013

Ku Lepaskan Bangkok... India... wait for Me yeah...

~ Dapat call dari KBS bahagian Antarabangsa... Mr.Lim ~

Kenangan 23 Jun lepas jadi batu asas untuk aku tidak menoleh ke belakang lagi.
Apa tidaknya, senang-senang jak aku tolak pelawaan program pigi Bangkok, Thailand
Apapun, thanks madam Aida sebab jemput
Walaupun aku calon KIV.

Petang tadi...
Tiba-tiba kena call guna number yang sama
Yakin je ingatkan miss Aida call tapi tidak expect la untuk program apa2.
Ke nak wish selamat mnyambut ramadhan ka raya ka apa2.
Siap tanya masih belajar ke atau kerja.

Cakap panjang2 last cakap.
Nak tak ikut program ke di India.... what...?
Here's i come... sudah Bangkok aku tolak.. India tidak aku akan tolak
Program... Asean Student Exchange Programe under KBS Antarabangsa


Susulan program pemilihan pertukaran belia antarabangsa, 10-13 Mei 2013 yang lepas.
Yeah....


P/s:: Alhamdulillah... rezeki Ramadhan... semoga dipermudahkan segalanya esok...

Bermulanya Hidup sebagai Seorang Pesakit Tulang Belakang

~ Medical Check uP... kena suruh buat fisioterapi di Hospital Queen Elizabeth...K.K ~



Kelmarin 30 Julai 2013
Aku pigi Hospital nak check sakit kakiku yang seminggu sakit
Sekali la aku minta check tulang belakangku
Last2... ini dia bagi


surat cinta utk jalani fisioterapi
dan... dah buat temujanji
esok jalani rawatan elktron
karan2 ka tu ya... matiklah


P/s:: sayangi tulang anda... pelihara dan pastikan jangan injured... jangan jadi seperti saya

Selamat Hidupan Marin Kita

~ kalau ikan bilis tidak akan pupus juga... makan banyak mana pun aku tidak kisah ~


Its all about Coconut Crab


Saya dengan team GREENS Semporna
Memohon jasa baik orang Kampung ataupun sesiapa sahaja penggemar haiwan laut ini
Untuk mengurangkan dan tidak sesekali memakan ketam ini
Sudahlah semakin mahu PUPUS, di telan lagi sampai habis

Aku tidak kisah juga ko maw beli banyak2 
Lagipun harganya Mahal....
Tapi semakin anda membeli semakin rancaklah mereka2 yang tidak punya sifat sayang
Dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata

Begitulah kaedahnya.
Anda mahu mereka buru
Anda makan ia akan habis
Bila zuriat tiada... lesaplah haiwan ini di Bumi

Coconut Crab....


P/s:; walaupun aku tidak pernah nampak ni ketam... tapi di Indonesia di salah sebuah resort entah di mana... pernah masuk rancangan Astro... coconut crab menjadi hidangan utama di sana... sebabnya populasi ketam ini terlalu banyak di sana...

Menilai melalui Mata Hati anda... mengenai Pembangunan di Semporna

~ Masih memerlukan dan mendahagakan nilai PEMBANGUNAN itu ~


Anda sendiri boleh melihatnya
Walaupun hanya dengan sebelah mata mahupun tutup mata
Itupun bila mana orang di sebelah anda tidak buta dan bisu
Dia juga akan tetap cakap..."Kalaulah ada jambatan, penduduk kampung tidak akan susah2 dan mengorbankan nyawa sendiri untuk berbuat sedemikian


Mungkin yang duduk bandar tidak pernah tahu dan tidak akan ambil tahu
Macama mana dan bagaimana penduduk kampung di pulau
Mampu mengangkat dan memindahkan Kenderaan2 Berat ke Pulau Bum-Bum
mana Jambatan yang menghubungkan untuk menghantar ke sana
Feri pun tiada... inikan pula Jambatan

Pelik Bin Ajaib kan....?

Itulah dinamakan orang kampung... anak Pulau
Menggunakan segala kudrat dan usaha
Untuk memindahkan dan meletakkan kenderaan ke pulau Bum-Bum
Untuk memudahkan mereka juga... besar pulau ni... jalan kaki pun sehari juga

Apapun.
Saya bukan post benda ni sebab maw mengutuk atau memburuk-burukkan sesiapA
Cuma Saya ingin menunjukkan betapa sukarnya dan bahayanya kaedah itu
Dan pernah satu ketika... tali pengikat lepas
Dan kenderaan karam ke dasar laut melalui cara ini
Siapa yang rugi dan siapa yang tidak Selamat?
Penduduk itu juga sendiri kan..?

At least tiada jambatan...
Mudahkan la penduduk dengan menyediakan kemudahan feri atau kapal yang lebih besar
Ataupun yang sama waktu dengannya
Bukan untuk siapa2... untuk orang kita juga.


P/s : maaf sekirannya ada pihak yang kecewa dengan post ini.... saya tiada niat cuma saya ingin menarik perhatian semua pihak... Bantulah kami warga Malaysia

SALAM HARI PAHLAWAN 31 JULAI 2013

~ Selamat hari Pahlawan untuk semua ~



Kepada pejuang-pejuang tanah air
Sebelum...semasa...dan selepas merdeka
Kita sedekahkan al-fatiha bagi yang muslim dan doakan kesejahteraan mereka
Semoga jasa dan pengorbanan mereka sentiasa diperingati selamanya

Ucapan juga kepa pejuang2 dalam Kes serangan di Sabah
Terutama Lahad Datu dan kampung saya Semporna
Semoga roh-roh mereka bersemadi dengan aman
Dan jasa masa akan terus kekal dalam ingatan

Peristiwa 2 Mac 2013 Semporna
Banyak yang kita perlu ambil tahu sebenarnya
Jangan hanya kita berharap kepada pihak-pihak keselamatan dalam memperjuangkan
Keamanan dan kemerdekaan negara agar terus terpelihara

Sama-samalah kita berganding bahu dan bekerjasama
Agar setiap keselamatan dan kebebasan yang kita lakukan
Akan terus kita pelihara agar tidak menjadi seperti negara-negara sedang bergolak sekarang...
Negara kita... milik kita... kekalkan untuk anak-anak bangsa kita sehingga ke akhirnya

Kepada yang mengenali diri ini
Terutama kepada Jurulatih-jurulatih, senior2 junior2 dan skod2 saya di seluruh negara
Saya Lt. M Fazlan Thomas PSSTUDM
ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2013 pada hari ini
Semoga kita akan terus sihat dan kekal berjuang demi keamanan dan kesejahteraan negara kita MALAYSIA...


P/S : Salam ramadhan... Jasamu tetap Disanjung, Perwiraku...

Tuesday, July 30, 2013

Entry pertama update guna Samsung Note 1

~ jakun plak aku kan ~


First time update guna my note selepas 3bulan beli.
Apapun... nice try dan akan mengupdate blog dalam ni jak
Baca jak entry sebelum ni ya pasal update di atas


P/s: maknanya ini update ke-2 guna note 1.... hahhhahahahaahhaahahaaaaa.... palui

Makanan orang Semporna (Tradisi Bajau dan Suluk)

~ sudah sinonim dengan Ubi Kayu dan Hasil laut ~


Mungkin tidak ramai yang tahu orang Semporna terutama orang yang lebih dulu dari zaman sekarang ni wujud mengamalkan cara hidup yang lebih bersifat semulajadi dan traditional. Ubi kayu sebagai makanan ruji (sumber karbohidrat) bagi menggantikan beras dan ikan serta sumber-sumber laut sebagai sumber protein. Tetapi ia masih diamalkan sehingga ke hari ini sebab sudah menjadi rutin. Klu tiada semua tu tidak menjadi la selera makan.

Tidak ramai yang tahu mengenai ubi kayu dan apa yang boleh dihasilkan selain kerepek...ubi kayu goreng mahupun kuih ubi. Di Semporna. Ubi kayu akan diparut bagi menghasilkan sejenis tepung dalam bentuk kasar (tidak halus seperti tepung gandum). Orang sini akan panggil dengan nama "panggik"... biasanya ada banyak cara memasaknya sama ada kukus....mahupun goreng tanpa minyak.

Antara nama2 makanan yang boleh dihasilkan melalui tepung ubi "panggik" yang sudah diparut dan air ditos(dibuang dan dikeringkan)... antaranya "putu" masak melalui kaedah stim dan kukus... "bamban" seperti dalam gambar sama ada menggunakan daun pisang...kelapa ataupun daun yg sama waktu dengannya.... "anggang/sianglag/tompek" masak melalui kaedah menggoreng tanpa minyak.

Nak tunjuk demo susah sebab saya bukan bajau dan jarang buat yang putu kalau anggang taw la... just ambil panggik tu dan letak atas kuali kemudian kacau sampailah naik bau hangus sikit dan bertukar menjadi ketulan2 kecil dan berubah warna seakan akan digoreng.

Dan paling manang... ikan bakar. Ada banyak versi mengikut citarasa pemasaknya. Cumanya kalau beli dikedai menjual ikan panggang sama jak kan cara panggang. Membezakan ramuan yang diguna untuk rendaman sebelum memanggang mahupun perasa tambahan yang diletakkan semasa memanggang... biasanya sos+minyak+perasa ataupun kicap+minyak+perasa tambahan. Yang penting...serai digunakan sebagai pengganti berus untuk meratakan adunan tersebut. Jangan tidak diambil penting iaitu cecahan lada dan sambal yang dicampurkan semasa makan.... itu paling penting sebagai penambah selera.... hehheeeee...



P/s : selamat menjamu selera. Maw datang Semporna inform saya jak k 0132127513

Monday, July 29, 2013

MENTARBIAH pelajar-pelajar STPM 2013

~ kepada calon-calon STPM 2013 ~

Salam ramadhan adik-adik...
Sekadar nasihat abg bekas senior2 STPM...

# janganlah selalu kita mengutuk MPM or sesiapa sahaja yang terlibat sebab ia menunjukkan bahawa adik-adik tidak pernah bersyukur dan berterima kasih sebab dapat diserap masuk tingkatan 6 berbanding kawan-kawan adik yang terumbang ambing sekarang mencari tempat untuk sambung belajar. 

# syukurlah, sebab adik2 dapat jimatkan masa dan wang ringgit untuk bayar yuran dan perbelanjaan adik2 berbanding kawan2 adik yang sambung belajar di Politeknik, Matriks, Diploma IPTA dan IPTS... kamu sudah kaji dan buat perbandingan dengan STPM punya student...?

# rata-rata dalam sebulan perbelajaan adik2 hanya rm50-rm200 termasuk makan minum tambang dan duit pergi sekolah berbanding adik2 diluar paling minimum rm500 sebulan perlu ditanggung oleh ibu bapa... lain lagi kalau kes repeat exam macam kes adik2 sekarang... hampir rm1000 paling minimun digunakan untuk 1 paper berbanding rm50 yang adik gunakan... tidak termasuk makan minum tambang dan perbelanjaan lain. itupun masih maw merungut

# masa... adik2 hanya ada 4 bulan untuk study termasuk PBS sama jak dengan budak2 diluar tetapi bezanya adik2 lebih jimat masa berbanding mereka yang ambil diploma 3 tahun bezanya 1 tahun setengah... itupun masih belum bersyukur...?

# last, lepas habis STPM takkan adik nak mengulang atau mahu sambung Diploma kalau gagal...? so, janganlah mahu berHONEYmoon sangat... fikir masa depan, bukan bila gagal dapat F or D or C- baru nak melenting kenapa gagal dan kenapa MPM terlalu jahat sangat... sudah kita fikir masak-masak ka dimana silap dan siapa yang silap... kita yang menjawab dan buat PBS ka atau MPM yang menyemak. dorang hanya buat dan menyemak mengikut skema jawapan bukan suka2... Ingat dorang mahu kah bagi GAGAL anak bangsa sendiri... fikir-fikirkanlah

~ jangan kita hanya banyak MERUNGUT tetapi tindakan tiada... APTB... siap nak buat PBS minta skema orang lain... bila masuk DEGREE nanti copypaste jak dari senior2 atau internet... usahakanlah dari sekarang untuk berdikari... degree nanti sama je dengan apa yang adik buat sekarang. so, advantages la buat adik-adik sebab di U nanti mudah sudah nak buat asignment=PBS sebab 100% totaly sama... that why la MPM buat sama macam degree sebab sudah juga nama korang PRA-UNIVERSITI... ingat baik2, selangkah ke menara Gading... ANDA MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA bukannya ORANG LAIN... PEACE


p/s :: saya bukan merepek tapi saya cakap melalui pengalaman yang saya sudah lalui sebagai pelajar STPM 2009

Sunday, July 28, 2013

Terima kasih ku UCAPkan PADAMU

~ Atas peluang yang kau beri padaku ~

Mengimbau kembali (aku sudah lupa tarikh awal2 kami daftar sebagai PALAPES)
cerita mula-mula tu daftar nak ikut DARAT...
mesej dapat pun nak kena panggil untuk buat medical check up darat gak sms
sampai2 jak kat Pusat Kesihatan UUM (PKU)
adalah seorang senior (koprel) airforce datang memujuk kami
kalau tidak silap kami 3 or 4 or 5 orang masa tu
semua nak masuk darat, last2 kena pujuk masuk airforce...
Tapikan, betul juga kata senior tu mula-mula... tapi apakan daya...
TAULIAH dah pun as Leftenan Muda PSSTUDM

3 tahun...
dalam training rasa memang sakit...sangat2 sakit...
yala, dalam 3 tahun tu 4 or 5 kali jak dapat balik Semporna, Sabah (kampungku)
sebab jadual pack dengan latihan
walaupun aku ada skip latihan, termasuklah "Annual Camp" yang penting itu

3 tahun juga...
aku tiada masa berkawan dan melepak dengan satu kos aku
Pengurusan Awam UUM...
tapi cukup jak la dapat kawan2 dorang di Kelas.
ada juga masa lepak di hostel

3 tahun itu juga
banyak aktiviti aku terpaksa lepaskan
termasuklah masa Program ke Indonesia...
dan juga program2 lain yang keluar dari Kedah...

3 tahun itu juga...
segala peluh penat lelah tangis tawa bersama insan-insan yang membantu diri ini
untuk terus berjuang dan bertahan
senior aku, inter aku, skod aku walhal junior-junior aku
Terima kasih semua
dan paling penting, Jurulatih2 aku yang banyak memberikan INSPIRASI kepada aku
dan IDUL aku, cikgu OMAR
bekas PALAPES DARAT UUM (entah batch ke berapa)
sekarang dah pangkat Kapten dalam wataniah
di Rejimen 516 AW Semporna (base Kem Kukusan Tawau)
semualah yang terlibat

3 tahun itu juga
aku belajar untuk mendisiplinkan diri
menjadi seorang yang sihat (dengan latihan fizikal yang diberikan)
aku sudah mula kurangkan makan, dapat keluar JOGING
dan paling pernah aku turun sehingga 65kilo
namun sekarang... selepas ku tinggalkan semua itu...
kembali ke 80kilo

3 tahun itu juga
aku dapat pegang M16 dan PISTOL dan senjata2 lain (tak ingat nama)
yang mana aku tidak pernah pegang dalam seumur hidup aku sebelum masuk PALAPES.
al-maklumlah aku tidak dapat PLKN
aku dapat jumpa kawan2 dari Universiti lain
UiTM (Shah Alam + Samarahan), USM, UMSKAL, UNIMAS, UIAM, UNISZA dan terkini UMP
dapat bersukan bersama mereka
dan dapat ber ANNUAL CAMP bersama mereka
tidur dalam hutan selama seminggu
kurang makan kurang mandi kurang tahu dunia luar
hidup aku sebagai seorang askar
walaupun hanya seorang askar SIMPANAN SUKARELA

(maaf sape2 skod aku yang tiada dalam gambar ni)

selepas 3 Tahun
pada 17 Julai 2012 di Universiti Utara Malaysia
di mana aku mula-mula berjinak menjadi seorang tentera (biarpun simpanan)
bermula daripada pegawai kadet Junior yang tidak tahu apa
sehinggalah menjadi seorang Leftenan Muda PSSTUDM
yang berkontrak selama 5tahun dalam memegang jawatan tersebut
di UUM aku bermula, di UUM jugalah aku di tauliah
kira depan2 AGONG (YDPA)
namun, wakil SULTAN yang hadir
(tengku bendahara kalau tidak silap)

panjang sebenarnya kalau maw cerita
tidak apalah... ini yang paling singkat
selepas 4 tahun di dalam PSSTUDM
banyak sebenarnya mengajar
sama ada untuk menjadi "Leader"
walaupun sempat memegang jawatan sebagai MPPUUM sesi 2011/2012 
selama 1 tahun setengah (kira rekod dalam Sejarah MPP pegang jawatan paling lama)
berbeza corak dan cara KEPIMPINAN yang diperolehi
Askar = kepimpinan autokratik
MPP = Kepimpinan dominan tetapi menjaga kebajikan
Khalifah = Kepimpinan yang wajib ada dalam setiap hamba bergelar lelaki

apapun, semua itu pembelajaran dan pengajaran dalam meneruskan sisa-sisa hidup ini...


p/s :: maw solat dulu, nanti sambung ya... apapun terima kasih semua yang terlibat di dalam cerita hidupku sepanjang study DI UUM sintok, Kedah

Tegur biar kena pada TEMPAT

~ antara sebab kebencian itu hadir ~

Kenapa juga perlu menegur orang depan-depan orang lain?
walaupun  benda atau perkara yang ko tegur tu baik untuk semua.
sedangkan diri pun buat benda sama...?
tidak cukup ka lagi CERMIN di dunia ni untuk cermin diri sendir...
OH..mY prend... silap sudah kaw

apapun, terima kasih juga
untuk kebaikan bersama.
tapi lagi bagus kalau terasa sama-sama
bukan puas hati sebab dapat POINT untuk tegur orang


p/s :: aku taw aku bukan PERFECT macam kamurang, tapi teima kasih sebab dapat menutup lubang-lubang kelemahan diri ini sambil-sambil ko ludah ke muka sendiri... maaf, sekian

Saturday, July 27, 2013

Kesian tengok wanita-wanita ISLAM yang mahu JOIN RATU CHANTEK

~ Oh, YA ALLAH ~

kurang didikan AGAMA atau terlalu YAKIN maw masuk NERAKA?
jangan salahkan Ibu yang mengandung,
juga bapa yang menjaganya...

kamu rasalahkan.
siapa yang perlu disalahkan?
laku dorang ni keluar akhbar dan blog2... mahupun tv3...

pleaselah wanita.
kecantikan itu milik ALLAH
dan hanya untuk diri kamu dan bakal suami kamu
janganlah terlalu yakin sangat untuk jadi cantik

sudah juga dikasi keluar kenyataan
..." Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Feb 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam..." LINK

kenyataan tersebut harap-harap wanita2 cantik itu insaf
atau sebaliknya
mohonlah jangan kasi malu ISLAM
ko maw cakap atlit renang dan gymnastik 
tapi ko sudah cakap untuk diri ko sendiri... sama jak cuma niat atlit tu bukan untuk cantik dan dipertontonkan.. iya memang dipertontonkan cuba bukan niat utk cantik

sebarang pembacaan, baca jak bloggers2 lain
ka BErita Harian... peace


p/s :: kau menulis sebab aku prihatin terhadap ISLAM

Apa yang anda tahu mengenai GREEN Semporna

~ adakah Hijau atau hanya nama GREENS sahaja...? ~

Actually,
GREEN's adalah singkatan nama bagi sebuah persatuan di bawah naungan WWF semporna
yang membawa maksud
"Go Re-sustainable Environment and Eco-Region for Nature in Semporna"

saya kurang hafal objektif 
tapi tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk 
mendokong dan sebagai sukarelawan dalam membantu WWF Semporna Sector 
dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan alam... termasuk laut dan darat
cumanya ia lebih kepada hidupan marin (laut)

untuk sebarang pertanyaan dan ketidakpuasanhati
masuk jak dalam facebook mereka
klik ---> G.R.E.E.N's


p/s :: sebarang aktiviti dan cara untuk menyertai persatuan ini sila rujuk facebook pages mereka

Mana Jambatan Pulau Bum-Bum...?

~ kisah sejak tahun bertahun ~

dengar khabar baru-baru ni sedang diperbincangkan semula
proses untuk menerusan pembinaan jambatan Ke Pulau Bum-Bum.
yerla... terima seadanya
sedang dan terus dan sedang diperbincangkan


tulah serba sedikit perkongsian...
harapan orang kampung dan seluruh warganya
semoga jambatan ni teruslah dibina
jangan ditangguh-tangguh, banyak kemungkinan yang akan berlaku
in sha ALLAH


tengoklah betapa sukarnya penduduk kampung untuk menghantar kenderaan ke pulau bum-bum
membahayakan nyawa sendiri
lagipun, ada terbaca dalam web2 perbincangan
mengutuk dan mengeji pembinaan jambatan ni
yang dorang inginkan jambatan ke pulau Labuan
sedangkan disana sudah ada perkhidmatan feri yang lebih memudahkan 


tengok,
Badan Kerajaan sendiri juga amat susah untuk membawa kenderaan ke pulau
terutama Kemneterian Kesihatan dan Pendidikan
kesian sekolah-sekolah yang berada di pulau bum-bum
dan juga proses pentadbiran Hospital di sana


p/s:: mohonlah untuk diteruskan dan dipercepatkan pembinaannya... (Rintihan anak Semporna)



AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA

~ cari-cari ilham daripada blogger lain ~

actually, aku suka cara abg Ben punya entry
tiap kali keluar simple dan just ok
idol juga tu...


penulisan ku hanya penulisan biasa2 jak
hanya untuk melepas geram
dan berkongsi2 apa yang patut.


p/s :: malas bah maw update... pemalas punya budak

Saturday, July 20, 2013

Semporna view of 2013

~ just a picture ~

~ Hotel Seafest, Semporna~

~view of SMK Abdullah II, Semporna ~

~Jambatan Pulau Bum-Bum, Kg. Balembang, Semporna~

~the boat... fisherman~

~village of Pelaut/ "Bajau Laut" Pulau Sibuun, Semporna~

~Sibuun/Sibuan Island~

~pantai pulau Sibuaun/Sibuan~

~view of sunset at kg. Sungai Buaya, Semporna~

~memorial of Semporna~

~mayuki/Tampi-Tampi/Semporna Holiday Resort~

~ little girl of Sempornarian ~

~ view of Semporna, Bodgaya area, behind is Pulau Bohey dulang ~

~Omadal island~

~Dragon Inn/Floating Semporna ~

aktiviti harian orang Semporna... menangkap ikan

~ sebahagian daripada view pekan Semporna~

~perahu + kapal = laut penemannya ~

~ the way how orang Pulau Bum_BUm carry their Vehicle to the Island~

~kg. Pakalangan Semporna~

~my best picture ever... around Pulau Bum-Bum dan Pulau Kulapuan~


p/s :: nanti admin cerita satu2 ya mana-mana picture yang terpilih

Pentauliahan DiRaja PALAPES ke-32 UMS

~ Sekadar mukadimah ~


suka suki tauliah 2013 Universiti Malaysia Sabah kali ke-32

Banyak memori sepanjang 2minggu di Sini.
syukur juga walaupun tidak study di UMS tapi dapat peluang untuk stay sini 2minggu
sebagai Y.O datang untuk membantu junior yang ditauliahkan

UUM stau di kampung D blok E masa tauliah ni
apa lagi atas Bukit La, macam bukit kachi, UUM
sejibik...

Start flight paling awal pada 24hb (Sabtu) iaitu melibatkan jurulatih dan pegawai kadet fitik sahaja
tidak dapat membantu di airport pada masa ketibaan
ingatkan maw tapi teda kenderaan.
last2, malam baru dapat melapor di UMS

dapat jumpa Koprel Rosliza. syukur selepas setahun tidak jumpa dan jurulatih2 lain

sedikit pencerahan
Seramai 1300++ yang dijadualkan bakal ditauliahkan
namun, disebabkan UiTM Shah Alam otw Exam
maka ditolak jadilah 1254 orang pegawai kadet senior yang bakal ditauliahkan.

selang 2 minggu latihan
dengan cuaca tidak menentu...
Jerebu ---> Panas terik ---> tiba-tiba hujan ---> panas...hujan...panas...hujan
sampai padang kawad pun banjir (nanti di upload erk gambar)
sipa tiap2 latihan ada jak "Tumbang" kecuali raptai TPTD sebab pakai baju 1Dress..
manalah berani nak tumbang... takut baju rosak
sehinggalah latihan watikah pada sebelah malamnya

apapun, hari kejadian iaitu pada 6hb Julai 2013
sepatutnya dijadualkan berlangsung selama 2 hari
jika melibatkan YDPA yang akan turun
tetapi disempurnakan oleh Sultan Kelantan V...

saya sebagai Pegawai pembantu.
berpuas hati dengan komitmen junior2 saya...
yang bestnya, junior sendiri saya dapat bantu sejak junior--->inter--->senior---> dan Tauliah
TAHNIAH skuad-skuad baru...
WELCOME TO THE CLUB

sampai berjumpa lagi di tahun hadapan
U.P.S.I... wait for Us.

p/s :: entah bila gi dapat join PALAPES lepas2 ni

Thursday, May 16, 2013

Menteri Belia dan Sukan yang paling Wajar

~ Khairy Sememangnya pilihan paling tepat untuk anak muda @ Belia ~

'Khairy pilihan tepat'

INFO
Menteri Belia dan Sukan



·         Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj (1964-1966)
·         Senu Abdul Rahman (1966-1968)
·         Datuk Hamzah Abu Samah (1969-1973)
·         Datuk Ali Ahmad (1973-1978)
·         Datuk Samad Idris (1978-1980)
·         Datuk Mokhtar Hashim (1980-1983)
·         Datuk Seri Anwar Ibrahim (1983-1984)
·         Datuk Dr Sulaiman Daud (1984-1986)
·         Datuk Seri Najib Razak (1986-1990)
·         Tan Sri Annuar Musa (1990-1993)
·         Datuk Ghani Othman (1993-1995)
·         Tan Sri Muhyiddin Yassin (1995-1999)
·         Datuk Hishamuddin Tun Hussein (1999-2004)
·         Datuk Seri Azalina Othman Said (2004-2008)
·         Datuk Ismail Sabri Yaakob (2008-2009)
·         Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (2009-2013)
·         Khairy Jamaluddin (2013-kini)


p/s :: apapun, aku sokong akan pentadbiran beliau sebab memang selayaknya... sesuai dengan umur

MALAYSIA CABINET 2013

~ senarai terkini Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia 2013 ~

Senarai barisan Kabinet Persekutuan 2013


Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak 
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar 
Datuk Seri Idris Jala 
Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: P.Waythamoorthy 


Kementerian Kewangan

Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan


Kementerian Pelajaran

Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh 
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan


Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed 
Timbalan Menteri: Hamim Samuri


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 

Menteri: Datuk Seri G. Palanivel 
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit


Kementerian Pengangkutan 

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pangku) 
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi 


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang 


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman


Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri


Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya


Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun 

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili 
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin 
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah