Terima kasih ku UCAPkan PADAMU
~ Atas peluang yang kau beri padaku ~
Mengimbau kembali (aku sudah lupa tarikh awal2 kami daftar sebagai PALAPES)
cerita mula-mula tu daftar nak ikut DARAT...
mesej dapat pun nak kena panggil untuk buat medical check up darat gak sms
sampai2 jak kat Pusat Kesihatan UUM (PKU)
adalah seorang senior (koprel) airforce datang memujuk kami
kalau tidak silap kami 3 or 4 or 5 orang masa tu
semua nak masuk darat, last2 kena pujuk masuk airforce...
Tapikan, betul juga kata senior tu mula-mula... tapi apakan daya...
TAULIAH dah pun as Leftenan Muda PSSTUDM
3 tahun...
dalam training rasa memang sakit...sangat2 sakit...
yala, dalam 3 tahun tu 4 or 5 kali jak dapat balik Semporna, Sabah (kampungku)
sebab jadual pack dengan latihan
walaupun aku ada skip latihan, termasuklah "Annual Camp" yang penting itu
3 tahun juga...
aku tiada masa berkawan dan melepak dengan satu kos aku
Pengurusan Awam UUM...
tapi cukup jak la dapat kawan2 dorang di Kelas.
ada juga masa lepak di hostel
3 tahun itu juga
banyak aktiviti aku terpaksa lepaskan
termasuklah masa Program ke Indonesia...
dan juga program2 lain yang keluar dari Kedah...
3 tahun itu juga...
segala peluh penat lelah tangis tawa bersama insan-insan yang membantu diri ini
untuk terus berjuang dan bertahan
senior aku, inter aku, skod aku walhal junior-junior aku
Terima kasih semua
dan paling penting, Jurulatih2 aku yang banyak memberikan INSPIRASI kepada aku
dan IDUL aku, cikgu OMAR
bekas PALAPES DARAT UUM (entah batch ke berapa)
sekarang dah pangkat Kapten dalam wataniah
di Rejimen 516 AW Semporna (base Kem Kukusan Tawau)
semualah yang terlibat
3 tahun itu juga
aku belajar untuk mendisiplinkan diri
menjadi seorang yang sihat (dengan latihan fizikal yang diberikan)
aku sudah mula kurangkan makan, dapat keluar JOGING
dan paling pernah aku turun sehingga 65kilo
namun sekarang... selepas ku tinggalkan semua itu...
kembali ke 80kilo
3 tahun itu juga
aku dapat pegang M16 dan PISTOL dan senjata2 lain (tak ingat nama)
yang mana aku tidak pernah pegang dalam seumur hidup aku sebelum masuk PALAPES.
al-maklumlah aku tidak dapat PLKN
aku dapat jumpa kawan2 dari Universiti lain
UiTM (Shah Alam + Samarahan), USM, UMSKAL, UNIMAS, UIAM, UNISZA dan terkini UMP
dapat bersukan bersama mereka
dan dapat ber ANNUAL CAMP bersama mereka
tidur dalam hutan selama seminggu
kurang makan kurang mandi kurang tahu dunia luar
hidup aku sebagai seorang askar
walaupun hanya seorang askar SIMPANAN SUKARELA
(maaf sape2 skod aku yang tiada dalam gambar ni)
selepas 3 Tahun
pada 17 Julai 2012 di Universiti Utara Malaysia
di mana aku mula-mula berjinak menjadi seorang tentera (biarpun simpanan)
bermula daripada pegawai kadet Junior yang tidak tahu apa
sehinggalah menjadi seorang Leftenan Muda PSSTUDM
yang berkontrak selama 5tahun dalam memegang jawatan tersebut
di UUM aku bermula, di UUM jugalah aku di tauliah
kira depan2 AGONG (YDPA)
namun, wakil SULTAN yang hadir
(tengku bendahara kalau tidak silap)
panjang sebenarnya kalau maw cerita
tidak apalah... ini yang paling singkat
selepas 4 tahun di dalam PSSTUDM
banyak sebenarnya mengajar
sama ada untuk menjadi "Leader"
walaupun sempat memegang jawatan sebagai MPPUUM sesi 2011/2012
selama 1 tahun setengah (kira rekod dalam Sejarah MPP pegang jawatan paling lama)
berbeza corak dan cara KEPIMPINAN yang diperolehi
Askar = kepimpinan autokratik
MPP = Kepimpinan dominan tetapi menjaga kebajikan
Khalifah = Kepimpinan yang wajib ada dalam setiap hamba bergelar lelaki
apapun, semua itu pembelajaran dan pengajaran dalam meneruskan sisa-sisa hidup ini...
p/s :: maw solat dulu, nanti sambung ya... apapun terima kasih semua yang terlibat di dalam cerita hidupku sepanjang study DI UUM sintok, Kedah
Ulasan
Catat Ulasan