Makanan orang Semporna (Tradisi Bajau dan Suluk)

~ sudah sinonim dengan Ubi Kayu dan Hasil laut ~


Mungkin tidak ramai yang tahu orang Semporna terutama orang yang lebih dulu dari zaman sekarang ni wujud mengamalkan cara hidup yang lebih bersifat semulajadi dan traditional. Ubi kayu sebagai makanan ruji (sumber karbohidrat) bagi menggantikan beras dan ikan serta sumber-sumber laut sebagai sumber protein. Tetapi ia masih diamalkan sehingga ke hari ini sebab sudah menjadi rutin. Klu tiada semua tu tidak menjadi la selera makan.

Tidak ramai yang tahu mengenai ubi kayu dan apa yang boleh dihasilkan selain kerepek...ubi kayu goreng mahupun kuih ubi. Di Semporna. Ubi kayu akan diparut bagi menghasilkan sejenis tepung dalam bentuk kasar (tidak halus seperti tepung gandum). Orang sini akan panggil dengan nama "panggik"... biasanya ada banyak cara memasaknya sama ada kukus....mahupun goreng tanpa minyak.

Antara nama2 makanan yang boleh dihasilkan melalui tepung ubi "panggik" yang sudah diparut dan air ditos(dibuang dan dikeringkan)... antaranya "putu" masak melalui kaedah stim dan kukus... "bamban" seperti dalam gambar sama ada menggunakan daun pisang...kelapa ataupun daun yg sama waktu dengannya.... "anggang/sianglag/tompek" masak melalui kaedah menggoreng tanpa minyak.

Nak tunjuk demo susah sebab saya bukan bajau dan jarang buat yang putu kalau anggang taw la... just ambil panggik tu dan letak atas kuali kemudian kacau sampailah naik bau hangus sikit dan bertukar menjadi ketulan2 kecil dan berubah warna seakan akan digoreng.

Dan paling manang... ikan bakar. Ada banyak versi mengikut citarasa pemasaknya. Cumanya kalau beli dikedai menjual ikan panggang sama jak kan cara panggang. Membezakan ramuan yang diguna untuk rendaman sebelum memanggang mahupun perasa tambahan yang diletakkan semasa memanggang... biasanya sos+minyak+perasa ataupun kicap+minyak+perasa tambahan. Yang penting...serai digunakan sebagai pengganti berus untuk meratakan adunan tersebut. Jangan tidak diambil penting iaitu cecahan lada dan sambal yang dicampurkan semasa makan.... itu paling penting sebagai penambah selera.... hehheeeee...



P/s : selamat menjamu selera. Maw datang Semporna inform saya jak k 0132127513

Ulasan

Catatan Popular