SALAM HARI PAHLAWAN 31 JULAI 2013

~ Selamat hari Pahlawan untuk semua ~



Kepada pejuang-pejuang tanah air
Sebelum...semasa...dan selepas merdeka
Kita sedekahkan al-fatiha bagi yang muslim dan doakan kesejahteraan mereka
Semoga jasa dan pengorbanan mereka sentiasa diperingati selamanya

Ucapan juga kepa pejuang2 dalam Kes serangan di Sabah
Terutama Lahad Datu dan kampung saya Semporna
Semoga roh-roh mereka bersemadi dengan aman
Dan jasa masa akan terus kekal dalam ingatan

Peristiwa 2 Mac 2013 Semporna
Banyak yang kita perlu ambil tahu sebenarnya
Jangan hanya kita berharap kepada pihak-pihak keselamatan dalam memperjuangkan
Keamanan dan kemerdekaan negara agar terus terpelihara

Sama-samalah kita berganding bahu dan bekerjasama
Agar setiap keselamatan dan kebebasan yang kita lakukan
Akan terus kita pelihara agar tidak menjadi seperti negara-negara sedang bergolak sekarang...
Negara kita... milik kita... kekalkan untuk anak-anak bangsa kita sehingga ke akhirnya

Kepada yang mengenali diri ini
Terutama kepada Jurulatih-jurulatih, senior2 junior2 dan skod2 saya di seluruh negara
Saya Lt. M Fazlan Thomas PSSTUDM
ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2013 pada hari ini
Semoga kita akan terus sihat dan kekal berjuang demi keamanan dan kesejahteraan negara kita MALAYSIA...


P/S : Salam ramadhan... Jasamu tetap Disanjung, Perwiraku...

Ulasan

Catatan Popular