Posts

Showing posts from April, 2015

Kenangan 10 Tahun Lalu

Image
Hanya ini gambar yang aku ada sehingga hari ini. (Sheila, Yusniella, Zulaikha, Azilah, Norzihan, Marsheilla dan aku)
Kami budak 3A5, masa dalam gambar ni kami sudah tingkatan 4 (2005) dan gambar ni diambil pada awal persekolah (Januari 2005). Maksudnya gambar ini sudah berusia 10 tahun dan masih dalam simpanan di dompetku. Banyak kenangan kita sahabat dari form 1 until form 5 dan hanya 2 orang rakan yang meneruskan tingkatan 6 (sheila dan zihan) selebihnya pindah sekolah dan sambung Diploma. Sedih sebenarnya perpisahan itu namun kita tidak pernah dapat mengelak darinya. Benarlah kata-kata itu, Jika kita bertemu kerana Allah, kita juga akan berpisah kerana Allah dan jikalau setiap perkenalan itu kita meletakkan Allah sebagai penentunya, pastinya ia akan kekal sehingga bila-bila.
Sahabat, sayang kamu semua, kamulah yang sentiasa memberi motivasi kepada diri ini. Untuk terus meneruskan kehidupan dan mencipta kejayaan. Hanya kamu dan kamulah orang itu. Sayang kamu dan harap persahabatan …

Aku Manusia Biasa

Image
Siapa Aku, Bukan Siapa-Siapa kepada Kamu
Gambar Bot Sewa: Abg Abdalan 013-8776749 (Island Hoping/ Day Trip)
Sama seperti kalian, Aku juga manusia biasa, Mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan, Memang payah tapi itulah aku, Terus bertahan dan redha, Dalam perjuangan dan setiap hembusan nafas yang ditaburkan.
Aku juga manusia biasa, Tiada beza seperti kamu, Cuma membezakan tiap dari kita adalah usaha, Usaha dalam mencapai sebuah kejayaan, Untuk mencapai impian dan cita-cita.
Tidak perlulah mengeluh dengan nasib diri, Andai ia sudah tertulis, Apa yang pasti kita hanya perlu mengikuti rentak, Rentak yang sememangnya terpatri, Hanya perlu sabar dan tabah mengharungi, Walau hanya kita perlu tersenyum dalam kesakitan.
Sabarlah kuncinya, Senyumlah penawarnya, Tabahlah pembantunya, Syukur jalannya.
Siapa pun kita bukan penentu apa-apa, Yang pastinya kita sama "manusia", Tetaplah kepada hakikatnya, Hamba Allah yang maha esa.

Sekadar nukilan jiwaku yang meronta kesakitan.

Pelancaran Pesta Regatta Lepa 2015 Semporna kali ke-22 (24-26 April 2015)

Image
Mungkin masih ramai yang belum mengetahui tarikh yang sebenar. Semalam, bertempat di Putrajaya adalah merupakan majlis pra-pelancaran Sambutan Pesta Regatta Lepa kali ke-22 Semporna. Sedikit gambar yang boleh dikongsikan semasa majlis tersebut.



sebarang info lanjut boleh tekan link berikut https://www.facebook.com/media/set/?set=a.966293710047823.1073741944.204771929533342&type=1
atau mungkin bagi mereka yang masih belum pasti akan tarikh tersebut, bolehlah melayari laman web berikut Sabah Tourism.
http://www.sabahtourism.com/events/regatta-lepa-semporna-0

Counting days: 22 days Left