Wednesday, November 30, 2011

Bolong Tatap Bolong :: JUMAAT memang hari yang INDAH

:: semua sudah ditakdir oleh ALLAH ::


MATA SIAPA YG TIDAK PERNAH MENANGIS.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

Wassallam

SUMBER :: FB

p/s :: nasihat menasihati amalan mulia

Bolong Tatap Bolong :: Cerita Imam Al-Ghazali r.a

:: ada 6 perkara yang perlu kita ketahui ::


banyak-banyak perkara, apa yang paling berat di dunia...?

=> mesti ada jawapan camni..."besi"..."batu"..."benda paling berat la"..

memang jawapan korang benar, pernah tak terfikir..?
paling berat di dunia adalah... AMANAH?
sebabnya, amanah sukar untuk seseorang itu simpan, jaga dan laksanakan...
_____________________________________________________________________

banyak-banyak perkara, apa yang paling ringan di dunia...?

=> mesti ada jawapan camni..."kapas"..."angin"..."udara"

memang semua jawapan itu betul, cuma tak terfikir ka...?
paling ringan di dunia adalah... MENINGGALKAN SOLAT?
sebabnya, ia memang sesuatu yang mudah, selalu dibuat tetapi adakala kita memandang remeh dan mengabaikan tanggungjawab.
____________________________________________________________________

banyak-banyak perkara, apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini...?

=> mesti ada jawapan camni..."orang lain"...bayang-bayang"..."cinta kita"..."malaikat"

memang semua jawapan itu benar, cuma kita tak terfikir ka...?
paling dekat dengan kita adalah... MATI?
sebabnya, mati kita tidak tahu bila. ALLAH bila mengkehendakinya jadi maka jadilah.
kita tidak boleh halangan ajal itu dekat dgn kita.
____________________________________________________________________

banyak-banyak perkara, apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini...?

=> mesti ada jawapan macam ni... "matahari"..."bulan"..."bintang"

yer, memang ianya jauh, cuma kita tidak terfikir ka...?
paling jauh dengan kita adalah... KENANGAN LALU?
sebabnya, ia adalah perkara-perkara yang sudah lama kita lalui dan tinggalkan.
tetapi pernahkah kita mengambilnya sebagai ikhtibar untuk memperbetulkan diri
dan memuhasabahkan diri kita?
____________________________________________________________________

banyak-banyak perkara, apa yang paling tajam di dunia?

=> mesti ada yang menjawab... "pedang"..."pisau"...benda-benda tajam"

mestilah, memang semua benda itu tajam, cuma kita tidak terfikir ka...?
yang paling tajam didunia ini adalah... LIDAH?
sebab dari lidahlah seseorang itu boleh terguris HATINYA...
seseorang itu boleh tersenyum, gembira, sedih, menangis dan tertawa oleh sebab LIDAH.
____________________________________________________________________

banyak-banyak perkara, apa yang paling besar di dunia ini?

=> mesti ada yang menjawab..."bangunan"..."bumi"..."alam semesta"

memang semua jawapan itu betul, cuma tidakkah kita berfikir...?
yang paling besar di dunia ini adalah... HAWA NAFSU?
sebab, semua kehendak dan keinginan kita adalah disebabkan nafsu,
tanpa nafsu tidaklah kita makan, minumm walhal nak menulis skrg ini.
___________________________________________________________________

dan, sedikit perkongsian dari cerita ini...
tidakkah kita terfikir bahawa...
banyak-banyak orang di dunia ini... siapa orang yang paling kuat...

=> mesti ada yang jawab ..."ahli gusti"..."bina badan"..dan sebagainya...

tapi kita mesti ingat, tidak guna kiat berbadan besar dan sasa tubuh badan
kalau nak BANGUN SOLAT SUBUH pun susah,
ndak angkat selimut yang tipis itu pun sukar...
apata lagi nak bangkit dari tidur, nak angkat besi senang2 jer... SOLAT SUBUH... no komen...

p/s :: harap dapat berkongsi pendapat dan perkongsian dari cerita2 sahabat2 terdahulu...
juga daripada Rasulullah s.a.w sendiri... insya ALLAH

Bolong Tatap Bolong :: Rahsia disebaLik Janggut...

:: Sunnah menyimpan janggut, tetapi ada kelebihan2 tertentu yang kita tidak ketahui ::


Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kum
is dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

p/s :: yang terbaek itu RASULULLAH sebagai contoh kaum LELAKi...

Bolong Tatap Bolong :: SAHABAT bagi anda apa maksudnya...?

:: Sahabat sukar nak dinilai melalui Wang ringgit, susah nak diHitung oleh kata-kata ::


ERTI PERSAHABATAN YG SEBENAR...

Dua sahabat karib bermusafir merentasi padang pasir yang terbentang luas. Di tengah-tengah perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat. Pada mulanya biasa sahaja, tetapi lama kelamaan ia semakin tegang lalu membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat menahan kesabaran, salah seorang daripada mereka memukul sahabatnya.

Dengan rasa sedih dan hiba, sahabat yang dipukul itu mengambil sebatang ranting kayu lalu menulis di atas pasir:

“Hari ini sahabat baikku telah memukulku.”


Mereka kemudiannya meneruskan kembali perjalanan. Setelah lama berjalan, mereka berdua sampai di sebatang sungai. Tanpa berlengah, sahabat yang dipukul itu terjun ke dalam sungai untuk menyejukkan dirinya. Tiba-tiba ketika sedang seronok berenang, dia terasa kakinya tersangkut pada sesuatu. Dia gagal mengawal dirinya dan hampir tenggelam. Dia menjerit meminta tolong.

Melihat keadaan itu, sahabatnya yang berdiri di atas tebing segera terjun dan melepaskan kakinya yang tersepit pada dahan kayu di dalam sungai. Setelah naik ke tepi sungai tersebut, dia mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Lalu dia memahat pada seketul batu tulisan:


“Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.”

Sahabatnya bertanya, “mengapa sewaktu aku memukulmu engkau menulis di atas pasir, dan sekarang engkau memahat pula di atas batu.

Jawab sahabat tersebut, “aku menulis di atas pasir kerana mengharapkan ia akan hilang ditiup angin, tetapi aku memahat di atas batu kerana mengharapkan agar aku mengingati sampai bila-bila.”


p/s :

( Apabila berSaHaBaT, ikhlaslah kerana Allah....)


P/S :: sAHabaT seLamanya... kerna Sahabat untuk Selamanya...
bercinta biar satu, bersahabat biar berjuta-juta...janji setia.

Tuesday, November 29, 2011

Bolong Tatap Bolong :: Cerita di SebaLik KUKU

:: ada apa denga Kuku..? ::


ko MAMPU... ada gie...


nak mesej pown susah... kenapalah sanggup simpan panjang2 erk...?

Individu yang Memiliki Kuku Paling Panjang di Dunia

dengan penuh rasa bangganya... siap macam HOBI... best ker?
nak CEBOK camna?


org sebelah tgk pown macam lain semacam dah... dia... bangga dengan senyuman...


puteri Kuku...


bersama King nya... adoyai... jaga la sampai ko mati erk...


mula2 camni... pendek jer...

then...


kemudian... panjang sikit...


dan panjang lagi...


tak nak, nak panjang lagi...


dan lagi panjang...


adoyai... kan lah bagusnya kalau pendek jer... bersih lagi suci...
senang nak makan, nak CEBOK, nak itu nak ini...


meh aku tolong potongkan... NAK...?


kan la cantik kalau bersih dan pendek macam ni,...

p/s :: jaga la kebersihan diri demi kesejahteraan hidup.. dunia dan akhirat...
kebersihan itu asas keimanan muslimin/muslimat

Bolong Tatap Bolong :: Tension punYa PasaL...

:: apa yang korang buat kalau tension...? ::


memerlukan Oksigen tambahan... Meh.. CPR.. mulut ke mulut...

or


teriak jer la puas2... lepaskan semuanya...

or.


kasi gigit sama itu laptop... or what...?


p angkut tu motor... buang p sungai...
tapi kan, gila hebat ni orang ooo...
motor tu, bukan orang dia angkat...

ni kes songsang dah ni, orang yang bawa motor dah
bukan motor bawa orang...
kalau ia sangat pown TENSION... jangan la try this at home k...


semakin EXAm menghampiri... semakin la banyak TENSION..
cenggitu ka?


jangan bunuh diri sudahlah...
p buat apa patut... baca al-quran ka, solat hajat ka... bersukan ka...
apa2 kah janji hilangkan tension anda...

p/s :: sekadar suka2... tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang mati...

Bolong Tatap Bolong :: Lee Chong wei vs Nicol N David

:: Kekal sebagai Olahragawan dan olahragawati Pulau Pinang 2011 ::



majlis Anugerah Sukan 2010 Negeri Pulau Pinang yang beralnsung di tanjung Bungah, georgetown P.Pinang...

Selain menerima Anugerah Olahragawan , Datuk Lee Cheong Wei juga menerima anugerah Perdana TYT Negeri Pulau Pinang 2010...

tetapi, kedua-dua atlit ini tidak dapat menghadirkan diri disebabkan terlibat dengan pertandingan masing-masing...

Sumber :: BERITA HARIAN

p/s :: selepas mengekalkan pencapaian selama 3 musim berturut2... tahun depan mesti datuk berdua confirm dapat lagi... hehee... Good Luck...

Bolong Tatap Bolong :: Groming day...

:: Bah.. kamiLah pEER_PRS UUM ::

ni La Genk Gempak kamiUrang... biru GituE...


antara hadiah2 untuk pemenang make up2 hari tu... Grooming2 bah dulu....


teknik2 Make up yang mereka ajar... cayalah... aku dah pandai ok... please la


antara peserta yang jadi model make up2 masa grooming2....


ko mampu... serba lengkap... dalam satu box... fuLL set.. puas hati oo...
yang pasti, ada 5 box hari tu...


~ni semasa nak ceramah berkaitan pakaian semasa INTERVIEW... like2~



~ni aku La..sempat jadi model Forest secret...love it~

: hahahhaaa... sempat lagi bah... ni makanan tuk sarapan ::

program :: Program Keterampilan Mahasiswa menghadapi alam kerja
sub :: taklimat kerjaya, mock interview, kreteria2 interview dan grooming...
tarikh :: 25 Nov 2011 [jumaat 8.00pg - 5.00ptg] @ DKG 1/2
peserta :: 129 peserta tidak termasuk AJK PEERS

memang gempak gila la masa program ni...
yang pasti program GROOMING paling i like...
nak conteng2 muka orang katanya...

apapun, tahniah kepada semua peserta dan pastinya lelaki yang hadir tidak puas hati
sebabnya...?
tak dpat make up2... khas untuk pompuan jer...
terima kasi Syarikat Infineon Kulim dan FOREST SECRET atas perkongsian maklumat...



Monday, November 28, 2011

Bolong Tatap Bolong :: BUNUH MAk then BUNUH DIRI...

:: memang tidak menghargai ini anak... ::

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital, semalam.

~gambar mayat... SUMBER :: myMETRO~

Kejadian yang berlaku di KUALA LUMPUR...
seorang ibu berusia 75 tahun yang uzur dibunuh
kemudian dia yang berumur 35 tahun pula yang bunuh diri sendiri...

motip...? sebabnya dia mengalami sakit mental...
apa la, tidak bersyukur langsung...
sudah puas ka hidup?
tidak menghargai mak yang membesarkan ko selama 35tahun?

kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi tadi [28/11/2011] selepas kakak kepada pembunuh dan merupakan anak mangsa menyedari kejadian semasa hendak melawat ibu dan adiknya...

aiyooo... dunia o dunia

SUMBER :: myMETRO

p/s :: banyak lagi benda yang ko boleh lepas geram bhai oiii... itu manusia bukan binatang.. tapi binatang pown ada nyawa juga maw hidup....

Bolong Tatap Bolong :: KURUS ka GEMUK... mana BEst...?

:: dua-dua juga kurniaan ALLAH bah ::


ni la yang akan jadi bila orang GEMUK maw KURUS
dan orang KURUS maw GEMUK...
pelik la... syukur la dengan nikmat... kalau maw menten sangat, p senaman la...


KURUS VS GEMUK...

ko mampu, mana lagi seksi... KURUS ka GEMUk?
jawap la sendiri...

tapi tuan punya badan akan cakap... seksila SANGAT....



kena juga jaga makanan tu, nutrisi makanan seimbang der...
makan la apa yang patut tapi jangan la makan yang bukan2...
sihat... untu badan kita juga sendiri.
bukan orang lain...


tapi ada juga manusia yang nak jadi camni. pelik la... mana ada seksi macam ni bhai...
SEKSA adalah...adoi


ni sorang lagi... mak aiii... takde apa ker yang nak korang makan?
mai p uma saya makan...
kesian la...

TAK SAYANG BADAN ka?


ko MAMPU... kesian oooo... LEMAK sini sana.. please la...
orang tgk pown takut...
tapi kan, ada orang tu maw KURUS, tapi makan... ya ALLAH... bapak...


BAPAK... ini ka maw kurus namanya...?
takkan bhai....


tengok macam cik mek molek... cik akak kita....tak makan nasi bertahun2...
boleh jer kurus...

so... for the conclusion is... makan la makanan seimbang k...


p/s :: pandai2 la jaga badan k... untuk hidup yang lebih sempurna... SAYANGILAH diri anda dan keluarga...

Bolong Tatap Bolong :: TENIS punya cerita...

:: mY peveret PlaYer... Roger Federer menang untuk kali ke-6 ::


selepas memenangi Kejayaan karier ke-100 selepas mengalahkan David Ferrer di Separuh akhir Final Jelajah Dunia ATP... R. Federer akan berjumpa dengan Jo-Wilfried Tsonga di FINAL..

dan, keputusan membuktikan bekas pemain no.1 TENIS dunia ini berjaya memenangi trofi kemenangan Kejohanan Tenis Jelajah DUNIA ATP selepas mengalahan tsonga dengan keputusan
6-3, 6-7(6-8) dan 6-3.

ia adalah rekod muncul juara buat kali ke-6 Kejohanan Tenis ATP jelajah Dunia Final...

dengan keputusan mengalahkan david Ferrer di Separuh akhir... maka rankng Roger Federer naik ke tangga ke-3 selepas Andy Murray tewas di awal perlawanan di belakang Novak Djokovic di nombor satu dan Rafael Nadal nombor dua...

SUMBER :: BERITA HARIAN


p/s :: terbaek La Roger... Love U

Bolong Tatap Bolong :: Khabar dri Semporna... Takziah untuk ahli keluarga

:: Semoga arwah diletakkan dalam kalangan yang beriman dan diredhai ALLAH ::

Tempat Kejadian :: Sg. Nasip Semporna

kejadian kapal karam / feri pecah / bot karam di semporna yang berlaku kelmarin
telah menyebabkan kes kematian anak dan ibu...

mangsa iaitu Mohd Annawawi 14, dan ibunya berumur 44tahun meninggal dunia ditempat kejadian dan dikhabarkan hilang sebelum dijumpai 3kilometer dari lokasi kejadian...
mangsa Mohd annawawi dijumpai pada jam 8.30 pagi hari ini [28/11/2011] manakala ibunya pada jam 11.45 pagi semalam...

mangsa di bawah ke Hospital Semporna untuk bedah siasat dan diserahkan kepada ahli keluarga untuk tujuan pengebumian...

terima kasih diucapkan kepada pihak2 yang terlibat... harap lepas ni kejadian2 sedemikian dapat dikurangkan dan dielakkan


p/s : bukan kereta jak perlu diservis... bot2 atau feri2 pun kena ada servis juga tiap2 tahun


Saturday, November 26, 2011

Bolong Tatap Bolong :: SEKADAR perkongsian untuk peminat YUNA

:: harap semuanya faham ::

Lagu Terbaik AIM: Penjelasan Ernst & Young

surat sebagai bukti... sekian :: mynewshub.com

Bolong Tatap Bolong :: BEROKBOK... pergghhhh

:: siapa tahu apa ni ...? BEROKBOK..? ::


yang perlu ada dalam campuran bubur BEROKBOK... Limau, LADA, hirisan ayam goreng, bawang gorang, daun bawang+soup dan kicap pekat manis....


:: kalau maw sedap, buat sendiri la lada kamu... beliur oooo ::


:: kerja-kerja menghiris, memotong, membuat apa yang patut untuk bahan2 bubur berokbok ::


~ni La hasiLnya... berokbok... bahan-bahannya ::

1) Beras [masak sampai jadi bubur ]
2) jagung manis [ketul-betul dan hiris halus2]
3) sayur [ikut citara]
4) perasa [garam, sedikit gula kalau nak]

cara masak :: biarkan beras sehingga jadi bubur, masukkan jagung hiris tadi... apabila beras sudah hancur dan menjadi bubur, masukkan sayur dan perasa... dan siap....

kalau nak sedap, tambahkan limau, lada, bawang gorang, daun bawang dan soup, makan...


p/s :: jangan lupa periuk dan senduk masaknya k... selamat beramal dan mencuba... cubaLah