Bolong Tatap Bolong :: UNDANG_UNDANG PENTADBIRAN...

:: sebenarnya... ni ulasan exam untuk hari ni 22/11/2011 [selasa] ::


exam midterm untuk paper Undang-undang pentadbiran diadakan pada hari ni... seram tu ada juga sebab tak baca apapown...[sabar jak La]...

bila soalan diberikan, soalan pertama menyentuh mengenai Ketertinggian Perlembagaan...
so, aku jawab macam ni La hampir-hampir untuk 2 MARKAH ::

  1. Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
  2. Menjadi punca kepada semua undang-undang.
  3. Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.
  4. Undang-undang tersebut akan terbatal jika bercanggah dengan perlembagaan.
  5. Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin.
  6. Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen.
  7. Walaupun YDPA merupan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan.
  8. Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi.
lebih kurang juga la...

lepas tu soalan kedua mengenai kuasa separa kehakiman dan kuasa pentadbirn tulin... dan juga pemakaian "droit administratif" di Perancis... soalan 4 mengenai keluhuran undang-undang mengenai perkara 5 hingga 13 [pilih mana2 perkara]... ulas mengenai kes yang berkitan dan keluhurannya di dalam perlembagaan persekutuan...

manakal, soalan 5 mengenai kes dalam perundangan kecil/ undang-undang perwakilan.
entah apalah aku jawab...

p/s :: semua markah 20.. so, entah la berapa yang aku akan dapat... ahakss.... chiLLLL...

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

KILAU makanan tradisi SABAH

Pejabat Taman-Taman Sabah- Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Sipadan Semporna (Sabah Parks)