Bolong Tatap Bolong :: Sukan SEA 2011 FinaL resulT...

:: Keputusan finaL pungutan pungat MALAYSIA ::




PALEMBANG: Temasya Sukan SEA ke-26 Indonesia yang berlangsung di Palembang dan Jakarta selama 12 hari menyaksikan kontinjen Malaysia berjaya mengatasi sasaran 40 hingga 45 pingat emas yang ditetapkan, dengan meraih 59 pingat emas secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, berkata jumlah pungutan pingat itu adalah pencapaian kedua terbaik Malaysia di luar Kuala Lumpur.
"Ia adalah pencapaian kedua terbaik selepas di Korat (Thailand) dengan 68 pingat emas. Kalau tiga acara sukan keutamaan seperti hoki, boling padang dan skuasy dipertandingkan, mungkin pencapaian kontinjen akan lebih baik," katanya pada sidang akhbar rumusan prestasi kontinjen Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, daripada 59 pingat emas itu, 10 pingat datang disumbangkan sukan yang bukan di bawah program pembangunan sukan MSN.

"Empat datang daripada luncur air, dua (renang laut terbuka), dua (lawan pedang), acara olahraga 4x400m lelaki dan penampilan semula Sam Chong dalam acara snooker," katanya.

Kontinjen negara yang menyertai 38 daripada 43 jenis sukan yang dipertandingkan dengan meraih 59 pingat emas, 50 perak dan 81 gangsa dengan akuatik menyumbang pingat emas terbanyak.

Acara sukan akuatik secara keseluruhannya meraih 19 pingat emas dengan tujuh daripada acara terjun, dua daripada renang laut terbuka serta renang dan renang berirama masing-masing dengan lima pingat emas.
Atlit renang berirama, Katrina Ann Abdul Hadi dan Shareen Hui menjadi atlit yang meraih pingat emas terbanyak dengan masing-masing meraih lima pingat emas.


p/s :: Tahu depan.. MYANMAR tuan RUMAH.. jom2...

Ulasan

Catatan Popular