Saturday, December 31, 2011

KENAPA KITA PERLU MENGELUH...

:: ALLAH teleh berpesan... ::


BACA nie DULU ===> LINK

masa nak belek2 gambar kat akak GOOGLE...
terbuka lak Blog sodari ni ===> LINK
dan terbacalah ayat pendek yang dia selitkan...

Ayat ini,

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.”

– al Ma’arij : 19-21

betul juga kalau kita baca dan faham elok2...
buat apa nak mengelu2 ni
kadang-kadang kita terlupa sebenarnya
memang tidak dianjurkan untuk mengeluh ka apa
tapi apa kan daya... kita manusia biasa..tidak lepas dari semua tu

itulah kita... sangat2 jarang bersyukur..
setiap dugaan itu adalah atas kemampuan kita sendiri yang ALLAH berikan..
sedikit jak kit diberikan cubaan,
tapi kita tidak sedar..


p/s :: cuba untuk bersyukur... insya ALLAH jangan mengeluh


CUBA UNTUK KITA JANGAN MENGELUH

:: sendiri maw nasihat diri sendiri dan orang yang akan baca ::


Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." -Surah Al-Imran ayat 139
________________________________________

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45
________________________________________

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111
________________________________________

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129
________________________________________

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB:
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

p/s :: banyak lagi sebenarnya... rajin2 mengulangkaji Al-Qur'an ya ...

PESANAN BUAT KAUM HAWA

:: sekadar memberi peringatan ::

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

p/s :: yang baik itu datangnya Daripada ALLAH S.W.T

7 SUnnah RASULULLAH S.A.W

:: lakukan mana yang anda mampu ::


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.


Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama:
tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua:
membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga:
jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima:
jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


Keenam:
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh:
amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

p/s :: tiada paksaan dalam ISLAM... lakukan mana yang mampu, tapi semua ini adalah SUNNAH

TAKWA

:: TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN ::

Ertinya:

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid’ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid’ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid’ah hasanah).

p/s :: sama-samalah kita berkongsi ::

Learn about the legend, Michael Schumacher. #PetronasMotoGP #PETMOS

Learn about the legend, Michael Schumacher. #PetronasMotoGP #PETMOS

IMAM MUDA NAZRUL @ UUM

:: tak sedar pown rupanya ustaz Nazrul itu dia ::


rupanya diaLah calon IMAM MUDA yang saya minat tu..
tak sedar plak bila dok dengar ceramah dia..
lepas dia pulang, baru terfikir, dia ke IMAM MUDA NAZRUL..?
hahahaa... kesian la ko bolong



~setelah selesai Ceramah ... jam 11.25 malam~

~with YDP MPP saudara AMer dan Pengarah Projek... MPP kerohanian Saudara Farid~


~Ustaz NazruL ada kembar... dia budak Sabah sem 3~

p/s :: sem lepas takda kesempatan maw jumpa IMAM MUDA ASHRAF... sedih

Friday, December 30, 2011

MY KAD struktur yang BARU

:: 3 januari 2012 ::

untuk SABAH 7 Feb 2012 di Kota Kinabalu
semuanya akan beroperasi dalam Jan dan Feb 2012...


Mykad baru ataupun Kad Pengenalan warganegara Malaysia yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatan serta tahap kualiti akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara mulai Januari tahun depan. MyKad dengan struktur baru mulai 2012 akan diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. Ia juga akan menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.



p/s :: jangan lupa serbu JPN negeri masing-masing yer...
akan bermula pada 3Jan dan 7Feb di seluruh negara...

KUTIPAN FILEM_FILEM MALAYSIA 2011

:: setakat ini jak La... sejak mula disiarkan di pawagam2 di Malaysia ::


itulah senarai2 nya.... ada yang terlebih untung ada yang terlebih rugi..
janji filem keminatanku...
OMBAK RINDU di tangga ke-2 di belakang KL GANGSTER

p/s :: download jer la... itulah kerja-kerja mereka... hadoi

SAPA SURUH BOOK LEWAT.. harga pun LEWAT JUGA La...

:: bukan sebab lewat, sebab terpaksa balik... huhu ::





haaa.... ko MAMPU... naseb baek la PTPTN ada
kalau tak, guna duit My beloved mother lagi kan

apapown, wait for me SEMPORNA...

p/s :: ada pesanan apa2 tak... aku nak balik ni... (KUNUN)

Thursday, December 29, 2011

MATA BUTA

:: jom kongsi-kongsi ::


ADA sebuah cerita di mana ada seorang manusia yang teramat sedih di atas kehilangan matanya...

Dia : Ya Allah mengapa semua ini terjadi pada ku ? apa kah dosa ku?

soalnya sendiri...
tiba-tiba lalu seorang lelaki buta dan terdengar luahannya....

Orang buta : siapakan itu?apakah yang terjadi pada mu ?
Dia : aku sudah hilang penglihatanku akibat kemalangan,Allah kejam terhadap ku..
Orang Buta : oh begitu,jadi kau tidak nampak aku disebelahmu?
Dia : mengapakah engkau berkata begitu,aku tahu aku tidak dapat melihat sampai hati mu menghinaku..
Orang Buta : maaf aku juga tidak dapat melihatmu..
Dia : maksud mu ?
Orang Buta : aku juga sepertimu namun sejak lahir Allah telah mengambil nikmat penglihatanku..
Dia : lalu bagaimana kehidupan mu?
Orang Buta : Alhamdulilah aku berasa baik malah lebih baik dari orang yang dapat melihat..
Dia : maksud mu?
Orang Buta : kalau dirimu baru buta sekarang namun aku sudah lama..tahukah apa nikmat disebalik kehilangan penglihatan ini?
Dia : apa die?
Orang Buta : kau terlepas daripada zina mata..dan ketahuilah Allah tidak memandang mata zahirmu tapi Allah memandang mata hatimu..ramai sahaja manusia yang celik mata zahirnya namun mata hatinya buta..terlalu banyak nikmat yang mereka lihat dan semakin lalailah mereka dengan nikmat itu..biarlah kita ini buta mata tapi tidak buta mata hati..kerana buta hati lebih teruk dan rugi dari buta mata..dan ketahuilah apa yang berlaku pada dirimu pasti ada hikmah yang terbaik dan sesungguhnya ia adalah perkara yang terbaik untuk dirimu..
Dia : mm..insyaAllah aku akan terus mencuba..

♥ RAMAI MANUSIA YANG BUTA HATI NYA dari mereka YANG BUTA MATANYA...

p/s :: pandai-pandai la jaga mata dan nikmat ALLAH

Monday, December 26, 2011

MALAM itu menyedihkan buatku

:: sambil-sambil duduk di hujung jambatan ::

feeling2 duduk di rumah kan...
kan best kalau semua ni tidak terjadi
bak kata orang
kerana mulut badan binasa

bukan semua orang boleh puaskan hati orng kan
tapi jangan sesekali menaruh harapan
sebab ia boleh mnyebabkan orang tu rasa dihargai
cumanya, berhentilah memberi harapan
kalau rasa-rasa diri tidak mampu membahagiakan.

shuuuushshhshhshshsshhsshhsshh... dengar derusan ombak
kononlah, feeling2 bah ada laut
kan best rasanya duduk rumah
tiada apa masalah jadinya

ya, aku sedar aku tidak la sehebat kamu
tidak salahkan aku berkawan dengan kamu
dan janganlah cakap aku belakang2 kalau aku lemah
sebab aku tahu semua tidak sempurna

sedih jak bah rasanya malam ni
dah 3 hari demam tiada sapa yang jaga
tiada siapa yang hirau
makan minum terpaksa buat sendiri
tak mandi-mandi pown lagi sebab tiada yang maw tolong panaskan air
maw bantu aku untuk kembali sihat
apa yang doran taw, cakap aku purak2 sakit
bodohlah.. tiada siapa yang maw sakit free2

mak aiiii... mengalir la engkau wahai air mata...
sungguhpun nilaimu amat mahal dan sukar untuk d ganti
mengalirlah kalau itu membuatmu lebih tenang dan sabar
yang ndah tu hanya sementara..

salamkasih buatmu..teman

p/s :: aku syaang semua.. tapi kalau kamu benci---benciLah... aku dah tak kisah

WOW...DASYAT

:: sungguh ku tak sangka, kawan makan kawan ::

tu la bah kan, susahnya kawan harap kawan
penat kita menunggu last2 di tinggalkan
then, penat2 kita menunggu
hasilnya jawapnanya slumber jer
takder perasaan bersalah pown

walhal dah sah-sah bersalah
tak mengaku salah
memang la betul orang kata
tidak akan mengaku orang yang berak di tengah jalan
apa boleh buat.. ini bukan legasi aku
bukan kawan aku dan bukan negeri aku
kalau ini tempatku. siaplah awak

aku sangka kawan yang aku tatang bagai menatang minyak yang penuh
akhrnya, aku juga kena
dipersalah buat...
HELLO... dengar citer ko yang ajak aku untuk naik keta sama dengan ko
ko janji aku sama-sama dengan koe
koe janji aku tapi mana janjimu

HENGAT BERJANJI tu senang ka?
terus terang jer la kalau itu pown susah maw cakap
kalau iya pown aku macam apa dengan korang
jangan la sampai aku menunggu macam tiang pokok yang sudah mati
ingat aku tiada perasaan ka, klu pokok tadi takpe la

sungguh ku tak sangka
MANUSIA ooo MANUSIA...

sakkian jak La...
ai kai lu... alam biarak?
bang ka mailu, sampakku ka otok..

naseb baek aku insan yang lemah
aku sedar la aku siapa kan
aku sedar aku banyak hutang asa dengan korang
kenapa la aku jak berhutang dengan korang

tak nak sambung dah... malas...
cuma pintaku...
aku hargai dirimu seperti aku hargai diriku sendiri..
tidak pernah aku berharap cuma jangan memberi harapan dengan aku
sampai aku menunggu2 dan terus menunggu kamu buat bodoh
dah la tidak mesej. tepon pown takder
PERCUMA JER H/P mahal
kalau kredit tiaada....PUIHHHHH..

p/s :: cuba jadi orang yang tidak mahu berjaji sudah... lupakan...

apa apa Jer La

:: hari ni aku sakit tapi i mOOD MOODY pLak ::

entahlah, semuanya macam tak tentu taw.
firstly, memang demam melanda diriku.
kedua, tunggu-tunggu punya tunggu, penat menunggu
ketiga, ada plak macam maw cari gaduh
keempat, bawa bergaduh plak dah, hengat koe kuat sangat kalau koe ramai?
kelima, pasrah jak la

isnin... macam biasa jak la
tiada ada apa2 yang best
tengok runing man lagi best
daripda dok memarahkan orang
bagus aku diam2 jak layan demam
orang tak layan aku pown
mati maybe baru semua nak p sibuk2 tengok mayat aku
bagus kalau aku mati dorang bersalah
kalau aku mati dorang just nak datang tengok..?
bagus ndak payah, koe jak la mati
aku tolong ejek2 kan lagi

kenapakah?
aku ni cepat panas ka?
yang akuu taw aku jenis kuat bagi orang panas jak
terutama dalam fb
ko p mampus la sana
aku apa peduli
dah nama fb laman sosial
suka hati aku la nak komen apa

for the conclusion, ADA AKU KESAH?

p/s :: jangan cari gaduh boleh?

3 PERKARA

:: yang perlu korang tahu terutamanya perempuan::

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)

makanya di sini, korang perlu tahu bahawa
3 perkara yang disebutkan itu adalah wajib dan perlu dilaksanakan.
kenapa, dah memang Rasulullah pesan, takkan nak engkar kot

dan sedikit pesanan, jangan lah kita mencari jodoh yang bukan-bukan
maksud saya jodoh yang contohnya kaya, jutawan or hensem/cantik sangat
padahal habuk pown tarak... ILMU AGAMA tu yang penting
tak kira la miskin atau kaya... dia mesti faham dan tahu mengenai AGAMA ISLAM

Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
– (An-Nur:32)

tak salah kawin dengan orang yang miskin
sebab kita lihat anak2 gadis masa kini... mengejar2 nak kawin jutawan
lepas beberapa bulan atau tahun...CERAI
ingat ni jual beli ke apa... pakai buang...?

ada kes lagi mengenai mas kahwin, mak aiiii..jangan la letak tinggi-tinggi
ingat nak jual anak ke apa..?
dan, kalau nak buat majlis pown
jangan la sampai berjuta-juta kot...
sampai nafkah anak2 isteri sebelum2 ni tak de la nak bagi sampai berjuta2
rm50-rm100 pown payah tapi nak kahwin sampai berjuta-juta
fikir-fikirlah sodare/sedari...

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.”
– (H.R. Thabrani)

pesan kepada ibubapa diluar sana...
jangan memita mas kawin atau hantaran yang mahal2
dan jangan terlalu memilih calon menantu sangat
kalau sudah sampai masa teruskan jer la...jangan nak tunggu-tunggu lagi

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.”
– (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

dan nasihat Rasulullah S.A.W yang paling penting yang kita perlu contohi
sebagai peringatan untuk diri dan sesiapa yang bergelar ISLAM

Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku.” – (H.R. Bukhari dan Muslim)

p/s :: sama-samalah kita muhasabah diri k...


Perjanjian 20 Perkara Borneo Utara (Sabah) Dalam pembentukan Malaysia

:: sebagai pemakluman ::


Apa isi Kandungan 20 Perkara?

1. AGAMA : Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

2. BAHASA :
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

3. PERLEMBAGAAN : Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

4. KETUA PERSEKUTUAN : Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

5. NAMA PERSEKUTUAN : “Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

6. IMIGRASI : Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

7. HAK MENARIK DIRI : Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.

8. Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

9. PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH : Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

10. KEWARGANEGARAAN : Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun.
Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan “lapan daripada dua belas tahun”.
Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

11. CUKAI DAN KEWANGAN : Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

12. KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI : Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

13. KERAJAAN NEGERI :
Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.

14. JANGKAMASA PERALIHAN : Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

15. PELAJARAN : Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

16. PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN : Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN : Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

18. NAMA KETUA NEGERI : Yang Di Pertua Negara.

19. NAMA NEGERI : Sabah.

20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN : Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.

Masa Ellen google dan cari maklumat pasal ni..ada jumpa komen yang minta supaya perkara ini dimasukkan dalam sukatan pelajaran sejarah di sekolah…hmm..bukan ada ker?sapa tau..dah lupa..dah lama tinggalkan alam persekolahan..hehe

SUMBER :: 1 Suara SABAH

Sunday, December 25, 2011

JIKA BOLEH KU PUTAR WAKTU...

:: sekadar berkongsi ::

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Melamar dengan baik melalui keluarga. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini yang buruk berkenaan lelaki itu kepada rakan-rakannya, merasakan dirinya terpaksa, merasakan dirinya ditekan, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki tersebut dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki Tersebut berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Awak, bersihkanlah semula nama saya. Tidakkah awak sekarang bahagia?"

Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."

Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.

Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.

"Pinjam phone awak, sayang."

"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.

Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.

Si isteri terdiam.

Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.

"Maafkan saya." Dia bersuara.

Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.

"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.

"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.

"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"

Diam.

"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"

Diam. Air mata mula mengalir.

"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"

Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Walau kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.

Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:

"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

------------------------------------------------------------------

Saya 'spice up' sikit cerita ni. Haha. ^^

Tapi moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.

Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja.

Masa tidak boleh diputar,

apa yang berlaku tidak boleh ditukar.


p/s :: andai itu kehendakNya, jadi maka jadilah....

SOLAT 5 WAKTU

:: rahsia disebalik ibadah SOLAT ::


Rahsia Solat Lima Waktu

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

a) Dibebaskan daripada api neraka.

b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,

'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).

Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.

Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:

a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).

b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).

f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.

g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'



Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'



Peringatan !!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)


p/s :: sama-samalah kita melaksanakan perintah ALLAH