LAGI KES DADAH @ KOTA KINABALU
Hanya beberapa hari selepas 10 kilogram ketamin bernilai lebih RM132,000 dirampas kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) Terminal 1 Jumaat lepas, pasukan polis Sabah pula berjaya merampas 11 kilogram syabu bernilai RM3.3juta,
yang juga rampasan terbesar tahun ini di LTAKK Terminal 2 di sini Isnin lepas.
Kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu melibatkan seorang warga tempatan dari Keningau berumur 31 tahun apabila dia dipercayai membawa dadah terbabit dari Kuala Lumpur untuk tujuan diedarkan ke seluruh negeri.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hamza Taib berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah telah membuat pemantauan terhadap suspek di lapangan terbang berkenaan.
BACAA LANJUT ===> UTUSANBORNEO
Ulasan
Catat Ulasan