KOMUNITI BUGIS SABAH @ TAWAU

:: siapa sudah daftar, cuma Rm1.00 jak bah ::


Persatuan Komuniti Bugis Sabah ( PKBS ) Auto Club, yang bernaung di bawah Persatuan Komuniti Bugis Sabah merupakan kelab kereta Bugis yang mana kewujudannya adalah untuk bagi mengeratkan silaturrahim dan juga mengenali simbolik Bugis dikalangan ahli kelab.

Dalam kelab ini, pelbagai aktiviti yang telah dilakukan antaranya, konvoi usahawan berjaya bugis, konvoi ke taman Bukit Tawau ( riadah ), konvoi sekiranya ada member kahwin, konvoi amal ke mangsa kebakaran d kg sentosa. Manakala pada Ahad ini akan mengadakan lawatan ke mangsa kebakaran di Kg Jawa bagi memberikan sumbangan derma. ( kebakaran baru2 ni )

Justeru itu, kepada orang ramai yang ingin mengikuti kelab kereta Bugis ini, caranya amat mudah. Anda mestilah berbangsa Bugis, mengisi borang sekaligus menjadi ahli dalam PKBS dengan yuran tahunan RM1.00. Anda boleh mendapat makluman menjadi ahli dan juga mendapatkan pelekat kereta PKBS dengan menghubungi saydara AMENG MENG di talian 0142806924.

Berikut adalah contoh pelekat kereta untuk PKBS Auto Club.
"MENAKHODA KOMUNITI SIVIL"


LAYARI : BUGISSABAH

p/s :: rupanya wujud sejak sekian lama... kita jak ndak perasan

Ulasan

Catatan Popular