UUM Bina Menara Antena Hadapi Banjir

:: sipa sukarelawan MASKUM sekali dah siap sedia membantu mangsa banjir::

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) menjalankan projek pemasangan Menara Antena Radio Amatur 9M4ITU sebagai persiapan menghadapi sebarang masalah komunikasi yang mungkin timbul dikawasannya akibat bencana alam termasuk banjir.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, projek menelan belanja RM10,000 tersebut dilakukan ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development UUM dengan kerjasama ahli Radio Amatur di Malaysia (RACIM).

“Usaha meningkatkan taraf sistem telekomunikasi ini bertujuan memudahkan komunikasi terutama ketika berlakunya kecemasan seperti bencana alam dan ketidakupayaan komunikasi sedia ada,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Faiz berkata, hubungan komunikasi adalah amat penting manakala UUM sebagai sebuah universiti yang terletak jauh dari bandar amat memerlukan kelengkapan telekomunikasi lengkap sebagai persediaan awal jika berlakunya perkara tidak diingini seperti banjir.

Menurut beliau, Menara Antena Radio Amatur 9M4ITU itu dipasang di Bangunan ITU-UUM Kompleks Konvensyen UUM dan boleh digunakan untuk perhubungan luar dan dalam negara semasa berlaku kecemasan. – mynewshub.my

p/s :: bersedia sebelum kena... bak pepatah " sediakan payung sebelum hujan"... terbaek Lah UUM

Ulasan

Catatan Popular