MALAYSIA ke-10 PELABURAN ASING di DUNIA

:: dulu di tangga ke-21, sekarang ada improvment bah ::

Malaysia antara 10 negara teratas yang paling meyakinkan bagi pelabur asing.

Menurut firma perundingan pengurusan global, AT Kearney, kajian jangkaan indeks keyakinan pelaburan langsung asing, FDI, menunjukkan ekonomi Asia Tenggara, selain Malaysia, Singapura dan Indonesia turut berjaya mencatatkan lonjakan indeks FDI ketara.

Sebelum ini, Malaysia berada di tangga ke-21 dan negara dijangka terus mencatatkan kemasukan memberangsangkan tahun ini.

Dalam kenyataannya, FDI di seluruh dunia dijangka pulih secara perlahan dan pelaburan korporat bakal menjadi tumpuan terutamanya bagi pasaran membangun.

Dalam kaji selidik itu, pelabur juga beralih kepada negara membangun bagi pasaran pengguna lebih besar dan berkembang pesat terutama bagi buruh kos rendah.

China pula kekal destinasi teratas bagi pelabur asing diikuti India dan Brazil.

Manakala, Amerika Syarikat jatuh ke tempat ke-4 berbanding tangga kedua.


p/s :: adalah peningkatan yang boleh dibanggakan... pelancongan macam mana erk?

Ulasan

Catatan Popular