Posts

Showing posts from June, 2015

Mataking Reef Day 2015

Image
Pulau Mataking, Semporna
Sekali lagi The Reef Dive Resort yang terletak di pulau Mataking Semporna telah menganjurkan acara "Mataking Reef Day 2015" dengan tema "Love The Ocean, Save The Coral". Tahun lepas temanya "Love The Ocean, Respect The Reef" klik sini untuk bacaan lanjut ---> LINK . Baju tahun lepas Biru dan tahun ini Kuning pulak. Ala-ala DIGI gituew ello..

Speech from resort representative 

VVIP Guest (PDRM, ATM, APMM, WWF-Malaysia, GREENs, School Teacher)

Talk with GREENs

Ice Breaking and Games

Turtle Replica

This is our team with "SMK Tawau" representatives and PGA Mataking Selamat bah kena escort

Students + Teachers + GREENs Volunteers

I'm Coming Home

Finally, I've been here Mataking Kecil Island (first time ever)
Aktiviti pada sebelah pagi didahului dengan ucpacan aluan daripada wakil resort (lupa nama), ucapan wakil WWF-Malaysia dan diakhiri dengan wakil PDRM. Kemudian, acara diteruskan dengan ceramah mengenai alam sek…

Pulau Gusungan, Semporna

Image
Pulau paling Unik di Semporna

Kenapa saya berikan "title" sedemikian?
Sebabnya, pulau ni memang uniklah. Heheheee...
Banyak ceritanya.




Original picture @Mr.Bols

Gambar pada 21 Mac 2015

Sumber: UMS
Gambar ini kalau tidak silap 20 Ogos 2014, melalui sumber website UMS.
Dan ini ceritanya pada tahun 2013...

Sumber: Minachi Love
Kenyataan beliau, pulau ini sangat Mistik. Bolehlah dikatakan mistik, tetapi sebenarnya pokok yang dimaksudkan olehnya adalah Pokok Ketapang dan bendera atau panji-panji yang pasangkan itu adalah tujuan pemujaan dan cara berdoa bagi kaum "Bajau Laut" mengamalkan kepercayaan "Animisme" iaitu menyembah "Roh" nenek moyang mereka.

Cerita Pulau Gusungan.
Dalam Google Maps, nama diberi Pulau Gusungan). Banyak nama yang diberikan untuk pulau ini oleh orang tempatan. Ada yang menggelarkannya Pulau Pasir, sebab hanya pasir yang ada di pulau ini sebelum tumbuh beberapa jenis pokok (ketapan dan kelapa). Ada juga memberi nama Pulau Timbu…

Lukisan Alam

Image
Puisi 

Gambar: Pulau Timba-Timba Semporna.
Adakala ku lihat alam penuh dengan kedamaian,
Memberiku sejuta kepuasan dan ketenangan,
Mengosongkann fikiran dan mengkontangkan minda,
Saat kedengaran ombak dan bunyian air laut menghempas jambatan,
Tika deruan ombak membasahi pesisir pantai,
Tika itulah aku hanyut dibuai angan-angan,
Inilah dunia, inilah yang kucari sebenarnya,
Aku perlu ruang yang kosong tanpa gangguan,
Yang hanya aku dengan alam sahaja merasakannya.

Pembangunan, Pembaharuan, atau Penghapusan

Image
Bermula sejak sebelum Pesta Regatta yang lepas, hampir sebahagian pasar daerah Semporna dan sekitarnya telah dibersihkan terutama kawasan kedai baju dan kasut. Sehinggalah selepas pesta tersebut selesai, bahagian pasar putu telah mula dirobohkan sehinggalah ke kawasan jeti ke Pulau Bum-Bum. Dan, pada ketika ini kawasan pasar pekan Semporna telah ditutup sepenuhnya dan dipindahkan di kawasan baharu iaitu berhampiran Kg. Selamat, Semporna.


Dua gambar ini adalah merupakan kawasan jeti ke Pulau Bum-Bum terutama Kg. Balimbang, Semporna. Dan pada ketika ini, ia sudah habis dirobohkan.



Tiga gambar di atas adalah merupakan fasa pertama kawasan pasar kasut dan baju dirobohkan. Masih kelihatan beberapa buah kedai yang masih berdiri kukuh sebelum dirobohkan.

Di sini adalah merupakan kedai bakso, kedai gunting rambut dan restoran. Sekarang hanya tinggal sisa bangunan yang telah dirobohkan.

Inilah Jeti ke Pulau Bum-Bum sekarang. Sudah habis dirobohkan. Masih kurang pasti jeti sementara dipindahka…