Pembangunan, Pembaharuan, atau Penghapusan

Bermula sejak sebelum Pesta Regatta yang lepas, hampir sebahagian pasar daerah Semporna dan sekitarnya telah dibersihkan terutama kawasan kedai baju dan kasut. Sehinggalah selepas pesta tersebut selesai, bahagian pasar putu telah mula dirobohkan sehinggalah ke kawasan jeti ke Pulau Bum-Bum. Dan, pada ketika ini kawasan pasar pekan Semporna telah ditutup sepenuhnya dan dipindahkan di kawasan baharu iaitu berhampiran Kg. Selamat, Semporna.



Dua gambar ini adalah merupakan kawasan jeti ke Pulau Bum-Bum terutama Kg. Balimbang, Semporna. Dan pada ketika ini, ia sudah habis dirobohkan.




Tiga gambar di atas adalah merupakan fasa pertama kawasan pasar kasut dan baju dirobohkan. Masih kelihatan beberapa buah kedai yang masih berdiri kukuh sebelum dirobohkan.


Di sini adalah merupakan kedai bakso, kedai gunting rambut dan restoran. Sekarang hanya tinggal sisa bangunan yang telah dirobohkan.


Inilah Jeti ke Pulau Bum-Bum sekarang. Sudah habis dirobohkan. Masih kurang pasti jeti sementara dipindahkan ke mana.


Pandangan barisan kedai pasar putu dari Masjid Pekan Semporna. Juga kelihatan sisa-sisa robohan kedai yang masih belum habis dibersihkan. 


Sebuah kedai konkrit juga telah dirobohkan.

Apa yang dapat disimpulkan adalah, kerja-kerja merobohkan bangunan kedai telah selesai. Namun, fasa seterusnya iaitu fasa pembersihan seakan-akan berhenti dan tidak dilakukan. Kemana pihak MDS, apa sebenarnya yang mereka lakukan. Kenapa kawasan pasar tidak dibersihkan. Kenapa masih terdapat penjual ikan dan sayur menjual dikawasan sekitar pasar yang telah dirobohkan. Mencacatkan penglihatan dan seakan-akan kena tsunami. Mohonlah dibersihkan. Dan jika pun pembangunan yang diadakan, mohonlah dipercepatkan.

Kenapa:

1) Pasar yang berjumlah RM1Juta ringgit itu sangat jauh dari pekan Semporna.
2) Menyukarkan untuk orang yang turun pekan membeli ikan, sayur dan bahan mentah yang lain.
3) Aspek kebersihan kawasan yang telah dirobohkan masih tidak memuaskan dan mencacatkan mata.
4) Kenapa masih tidak diletakkan di suatu tempat yang lebih strategi dan diketahui oleh ramai pihak akan keberadaan peniaga putu dan makanan traditional Bajau. Ramai yang mencari dan hanya dapat pada sebelah petang sahaja.
5) Sosio-ekonomi pekan Semporna seakan lembab dan kurang mendapat sambutan berhubung dengan pasar yang telah dipindahkan.
6) Sukar mendapat sumber laut yang segar dan murah.
7) Kenaikam harga secara mendadak.
8) Menyukarkan peniaga.

P/S: Sebagai pengguna dan rakyat tempatan, mohon pihak berwajib untuk mempercrpatkan urusan yang sepatutnya dijalankan di kawasan Pasar. Itu sahaja, maaf dan terima kasih.


Ulasan

Catatan Popular