Pulau Gusungan, Semporna
Pulau paling Unik di Semporna
Kenapa saya berikan "title" sedemikian?
Sebabnya, pulau ni memang uniklah. Heheheee...
Banyak ceritanya.
Kenapa saya berikan "title" sedemikian?
Sebabnya, pulau ni memang uniklah. Heheheee...
Banyak ceritanya.
Original picture @Mr.Bols
Gambar pada 21 Mac 2015
Sumber: UMS
Gambar ini kalau tidak silap 20 Ogos 2014, melalui sumber website UMS.
Dan ini ceritanya pada tahun 2013...
Sumber: Minachi Love
Kenyataan beliau, pulau ini sangat Mistik. Bolehlah dikatakan mistik, tetapi sebenarnya pokok yang dimaksudkan olehnya adalah Pokok Ketapang dan bendera atau panji-panji yang pasangkan itu adalah tujuan pemujaan dan cara berdoa bagi kaum "Bajau Laut" mengamalkan kepercayaan "Animisme" iaitu menyembah "Roh" nenek moyang mereka.
Cerita Pulau Gusungan.
Dalam Google Maps, nama diberi Pulau Gusungan). Banyak nama yang diberikan untuk pulau ini oleh orang tempatan. Ada yang menggelarkannya Pulau Pasir, sebab hanya pasir yang ada di pulau ini sebelum tumbuh beberapa jenis pokok (ketapan dan kelapa). Ada juga memberi nama Pulau Timbul Tenggelam sebab pernah dikhabarkan pulau ini akan hilang air laut pasang dan akan timbul semula pada air laut surut (suatu ketika dahulu sebelum dihuni oleh kaum "Bajau Laut"). Ada juga menggelarnya Tambalanus (cerita ini kurang pasti).
Sebelum ini, pulau ini kosong tanpa penghuni. Kurang mengetahui cerita sebenar dan kurang sumber melalui penulisan. Kemudian, dihuni oleh kaum "Bajau Laut" dan sehingga ke hari ini bertambah dan terus bertambah. Pada waktu tengah hari, pulau ini sangat panas sebab hanya ada pokok ketapang dan pokok kelapa sahaja untuk berlindung. Selain daripada beberapa buah rumah yang ada kini.
Pesisir pantai sememangnya sangat bersih, lautnya yang jernih dan pemandangan memang sangat indah. Jika kita memandang ke arah Utara, kita akan memandang pulau Menampilik, arah Selatan adalah laut yang terbentang luas menuju ke Tawau, sebelah Barat adalah merupakan sekitar kawasan pegagau dan sebelah Timur adalah jalan menuju ke pulau Mabul.
Cuma pulau ini sangat suram dan kurang pelawat. Hanya tujuan tertentu sahaja seperti kajian, lawatan dan pengambaran. Diana Danielle pernah datang sini...
Tips semasa datang sini,
1) Minta izin dengan ketua kepala sini (kurang pasti siapa), hanya datang bertanya ke rumah dan meminta izin.
2) Pastikan jangan melarikan diri jikalau anjing menyalak. nanti kena kejar. Just Cool Down jak. Main-main sama tu anjing ya.
3) Pastikan bawa gula-gula atau jajan untuk diberikan kepada anak-anak "Bajau Laut". Sebab mereka terbiasa meminta-minta, dan pastikan jangan bagi lebih. Nanti terbiasa.
4) Jangan beri wang ringgit. Nanti terbiasa meminta sedekah. Melainkan anda budiman dan ringan tangan bolehlah memberi.
5) Pakai Sunblock siap-siap kalau ingin lama di pulau ini. Atau pakai baju lengan panjang dan topi sudah memadai.
6) Paling utama, tetapkan niat dan meminta izin (lafazkan "Assalamualaikum" atau "Tumpang Singgah" sini) bagi mengelakkan sesuatu perkara tidak diingini berlaku. Tempat orang, kenalah minta izin sebelum masuk.
7) Pastikan bateri kamera masih penuh. Heheheeeee
Selamat Datang ke Semporna.
So nice pictures - thank you! I am only sorry, that I cannot read your language...
BalasPadamMaybe you can ask me question here, and i will help you later.
PadamI was in January in Semporna - and from there on some of the islands. So it's now too late, because I cannot can come back. It was a wonderful experience on Mabul, Mataking, Mantabuan, Bohey Dulang and Sibuan. But I could not go to Maiga (it was forbidden for tourists) - and also not to Gusungan
BalasPadamDuring the curfew situation happen now, that why tourist cannot enter to Maiga Island. Also same with the local people.
Padamthanks for the update
Padam