Mataking Reef Day 2015
Pulau Mataking, Semporna
Sekali lagi The Reef Dive Resort yang terletak di pulau Mataking Semporna telah menganjurkan acara "Mataking Reef Day 2015" dengan tema "Love The Ocean, Save The Coral". Tahun lepas temanya "Love The Ocean, Respect The Reef" klik sini untuk bacaan lanjut ---> LINK . Baju tahun lepas Biru dan tahun ini Kuning pulak. Ala-ala DIGI gituew ello..
Speech from resort representative
VVIP Guest (PDRM, ATM, APMM, WWF-Malaysia, GREENs, School Teacher)
Talk with GREENs
Ice Breaking and Games
Turtle Replica
This is our team with "SMK Tawau" representatives and PGA Mataking
Selamat bah kena escort
Students + Teachers + GREENs Volunteers
I'm Coming Home
Finally, I've been here Mataking Kecil Island (first time ever)
Aktiviti pada sebelah pagi didahului dengan ucpacan aluan daripada wakil resort (lupa nama), ucapan wakil WWF-Malaysia dan diakhiri dengan wakil PDRM. Kemudian, acara diteruskan dengan ceramah mengenai alam sekitar yang disampaikan oleh sukarelawan daripada GREEN Semporna (Kelab Pencinta Alam Semporna). Lebih kurang jam 11.00 pagi, aktiviti membersihkan kawasan pantai (Beach Clean-Up) yang melibatkan 5 buah pulau iaitu Pulau Mataking, Pulau Mataking Kecil, Pulau Timba-Timba, Pulau Pandanan dan Pulau Kulapuan. Para peserta dan staf The Mataking Reef Dive resort dibahagian dan dipecahkan kepada 5 kumpulan bagi mewakili setiap pulau.
Saya ikut Team Merah - Pulau Mataking Kecil
Sebelah petang aktiviti dijalankan oleh GREENs juga untuk aktiviti mengenai "Penyu dan halangannya".
Taklimat dan pengenalan mengenai replika (jenis penyu), cara merekod data
Aktiviti Galah Panjang (Halangan dan Ancaman Anak Penyu)
Staff Mataking yang Sporting - Hanya duduk memerhati
Gambar kenangan semua peserta. Tidak lupa juga kumpulan The Scuba Kids dan Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO)
Inilah sampah yang dapat kami kumpulkan untuk 5 buah pulau. Lebih daripada 800 Kilogram sampah dapat dikumpulkan. Kurang berbanding tahun lepas (Lebih kurang 1500++KG). Pulau Pandanan (lebih daripada 300 Kg) masih diikhtiraf pemenang dan jelaslah pulau tersebut paling banyak sampah dan sisa pepejal. Pulau yang kami kutip iaitu Mataking Kecil juga lebih kuranglah, hampir 180++ Kg yang terkumpul (itupun kami tidak dapat kutip secara keseluruhan).Banyak jumlah tu, mungkin bolehlah kita kurangkan untuk membuang sampah terus ke dalam laut ya, lagipun negara jiran punya sisa buangan pun terus ke Semporna.
Terima kasih semua, dan terima kasih atas jemputan. Harap dapat join lagi kalau ada rezeki.
Ulasan
Catat Ulasan