Posts

Showing posts from 2016

Andaman Dan Pelamin: Part Time Job

Image
~Anjung Anggun Andaman~
Sepanjang hari raya korban yang lalu, hampir seminggu secara berterusan membuat pelamin kahwin sekitar daerah Semporna. Penatnya memang terasa dengan kurang tidur, berpeluh, sakit-sakit badan tapi itulah... tiada kerja lain boleh dibuat buat masa ini. Ini jak la part time yang mampu. Ikut dengan abg Jaafar pemilik Anjung Anggun Andaman. Bermula pada Hari raya pertama (12 September 2016) sehingga 19 sept....









Gambar-gambar diatas... serba sedikit gambar pelamin yang saya dan abg Jaafar buat. (Gambar kurang jelas)...
p/s: Untuk tempahan, boleh berhubung dengan abg Jaafar (0111-9009996/ 0111-4167911)

Hari Sukan Negara peringkat daerah Semporna

Image
~Sambutan yang meriah~
Pada kali ini, sambutan Hari Sukan Negara pada kali ini dianggap amat meriah dan mendapat sambutan ramai dari warga Semporna. Ini kerana, penganjurannya adalah serentak dengan program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia daripada Pejabat Penerangan Daerah Semporna.


untuk gambar sepanjang program boleh lihat di sini ---> LINK
Program sambutan Hari Sukan Negara dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Pejabat daerah Semporna dan juga Jabatan-Jabatan serta NGO di daerah Semporna. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan seperti:
1) Semporna Berselawat (Angkatan Belia Hebat Semporna) 2) Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 3) Senam erobik 4) Marathon 5) Berbasikal (Kelab Berbasikal Sihat Semporna: KBSS) 6) Pameran Agensi-Agensi Kerajaan 7) Pertandingan Mewarna (KEMAS, Semporna) 8) Sukaneka (Persatuan Belia Akar Umbi Semporna: KBSS Semporna) 9) Semporna Got Talent ( Angkatan Belia Hebat Semporna) 10) Auto Show (Angkata Belia Hebat Semporna)

Lama Tidak Update

~ Bukan Sebab Malas~
Buat beberapa waktu sebelum ini, memang malas nak update. Bukan sebab sikap malas, tetapi disebabkan jarang online guna laptop jadi malas nak update. Pakai telefon sebenarnya boleh, tapi kadang line lembab dan susah nak online. Kadang dapat connect internet, kadang tiada. Kadang dapat beli data bulanan, tetapi memandangkan tiada kerja dan pendapatan tetap jadi sedikit sukar untuk online. In syaa Allah akan kembali aktif dan berkongsi mengenai ceritera diri ini.

p/s: yang berlalu jadikan sebagai pengajaran, yang mendatang akan tetap ditempuhi dengan sabar