BANJIR di KUALA LUMPUR hari ke-2

:: sedikit nasihat untuk mereka-mereka yang berhajat nak ke K.L dan Selangor ::

~ sungai Wang Jalan Tun Razak ~

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Hujan lebat petang ini menyebabkan beberapa batang jalan di bandar raya sekali lagi mengalami banjir kilat sehingga berlaku kesesakan, namun ia tidak seburuk semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya difahamkan berlaku banjir kilat di Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan tempat letak kereta di Bukit Bintang, namun keadaan adalah terkawal dan pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.

Beliau berkata, pada lewat petang pihaknya menerima laporan berhubung Jalan Brunei, di Pudu dinaiki air.

"Kita terima panggilan kira-kira pukul 6.15 petang ini dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah telah digerakkan ke situ.

"Namun keadaan terkawal dan anggota bomba beredar 45 minit kemudian” katanya ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA

SUMBER :: UTUSAN

GAMBAR-GAMBAR banjir di K.L

p/s :: jangan la cari nahas... bagus kat UUM jer stuy.. exam dah dekat

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

KILAU makanan tradisi SABAH

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015