Kenangan 10 Tahun Lalu




Hanya ini gambar yang aku ada sehingga hari ini.
(Sheila, Yusniella, Zulaikha, Azilah, Norzihan, Marsheilla dan aku)

Kami budak 3A5, masa dalam gambar ni kami sudah tingkatan 4 (2005) dan gambar ni diambil pada awal persekolah (Januari 2005). Maksudnya gambar ini sudah berusia 10 tahun dan masih dalam simpanan di dompetku. Banyak kenangan kita sahabat dari form 1 until form 5 dan hanya 2 orang rakan yang meneruskan tingkatan 6 (sheila dan zihan) selebihnya pindah sekolah dan sambung Diploma. Sedih sebenarnya perpisahan itu namun kita tidak pernah dapat mengelak darinya. Benarlah kata-kata itu, Jika kita bertemu kerana Allah, kita juga akan berpisah kerana Allah dan jikalau setiap perkenalan itu kita meletakkan Allah sebagai penentunya, pastinya ia akan kekal sehingga bila-bila.

Sahabat,
sayang kamu semua,
kamulah yang sentiasa memberi motivasi kepada diri ini.
Untuk terus meneruskan kehidupan dan mencipta kejayaan.
Hanya kamu dan kamulah orang itu.
Sayang kamu dan harap persahabatan kita kekal selamanya.

Nukilan diri: BTB/FT

Ulasan

Catatan Popular