Aku Manusia Biasa

Siapa Aku, Bukan Siapa-Siapa kepada Kamu

Gambar Bot Sewa: Abg Abdalan 013-8776749 (Island Hoping/ Day Trip)

Sama seperti kalian,
Aku juga manusia biasa,
Mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan,
Memang payah tapi itulah aku,
Terus bertahan dan redha,
Dalam perjuangan dan setiap hembusan nafas yang ditaburkan.

Aku juga manusia biasa,
Tiada beza seperti kamu,
Cuma membezakan tiap dari kita adalah usaha,
Usaha dalam mencapai sebuah kejayaan,
Untuk mencapai impian dan cita-cita.

Tidak perlulah mengeluh dengan nasib diri,
Andai ia sudah tertulis,
Apa yang pasti kita hanya perlu mengikuti rentak,
Rentak yang sememangnya terpatri,
Hanya perlu sabar dan tabah mengharungi,
Walau hanya kita perlu tersenyum dalam kesakitan.

Sabarlah kuncinya,
Senyumlah penawarnya,
Tabahlah pembantunya,
Syukur jalannya.

Siapa pun kita bukan penentu apa-apa,
Yang pastinya kita sama "manusia",
Tetaplah kepada hakikatnya,
Hamba Allah yang maha esa.


Sekadar nukilan jiwaku yang meronta kesakitan.

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

Pejabat Taman-Taman Sabah- Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Sipadan Semporna (Sabah Parks)

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015