Menilai melalui Mata Hati anda... mengenai Pembangunan di Semporna

~ Masih memerlukan dan mendahagakan nilai PEMBANGUNAN itu ~


Anda sendiri boleh melihatnya
Walaupun hanya dengan sebelah mata mahupun tutup mata
Itupun bila mana orang di sebelah anda tidak buta dan bisu
Dia juga akan tetap cakap..."Kalaulah ada jambatan, penduduk kampung tidak akan susah2 dan mengorbankan nyawa sendiri untuk berbuat sedemikian


Mungkin yang duduk bandar tidak pernah tahu dan tidak akan ambil tahu
Macama mana dan bagaimana penduduk kampung di pulau
Mampu mengangkat dan memindahkan Kenderaan2 Berat ke Pulau Bum-Bum
mana Jambatan yang menghubungkan untuk menghantar ke sana
Feri pun tiada... inikan pula Jambatan

Pelik Bin Ajaib kan....?

Itulah dinamakan orang kampung... anak Pulau
Menggunakan segala kudrat dan usaha
Untuk memindahkan dan meletakkan kenderaan ke pulau Bum-Bum
Untuk memudahkan mereka juga... besar pulau ni... jalan kaki pun sehari juga

Apapun.
Saya bukan post benda ni sebab maw mengutuk atau memburuk-burukkan sesiapA
Cuma Saya ingin menunjukkan betapa sukarnya dan bahayanya kaedah itu
Dan pernah satu ketika... tali pengikat lepas
Dan kenderaan karam ke dasar laut melalui cara ini
Siapa yang rugi dan siapa yang tidak Selamat?
Penduduk itu juga sendiri kan..?

At least tiada jambatan...
Mudahkan la penduduk dengan menyediakan kemudahan feri atau kapal yang lebih besar
Ataupun yang sama waktu dengannya
Bukan untuk siapa2... untuk orang kita juga.


P/s : maaf sekirannya ada pihak yang kecewa dengan post ini.... saya tiada niat cuma saya ingin menarik perhatian semua pihak... Bantulah kami warga Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

~puLau-Pulau Di Semporna, SABAH~

Pejabat Taman-Taman Sabah- Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Sipadan Semporna (Sabah Parks)

Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2015