Lawatan DYTM Raja Muda Perlis ke Semporna

Menjunjung Kasih Tuanku.

Alhamdulillah, bulan baik hari pun baik di bumi Semporna. Mendapat kunjungan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis ke beberapa kampung di daerah Semporna. Saya tidak tahu banyak, tapi beberapa sumber yang saya dapat tahu daripada media sosial. Beberapa siri lawatan Tuanku seperti kampung Gusung Malanu Pulau Bum-Bum, SMK Bum-Bum, Pulau-Pulau Sekitar Semporna seperti pulau Pandanan untuk majlis melepas anak-anak penyu, berbuka puasa di Dewan Marin Semporna, Taraweh di Masjid Ar-Rahman Semporna pada 30 Jun 2015 dan pada 1 Julai 2015 pula, beberapa siri lawatan lain seperti ke TLDM, pusat penternakan Lobster di Pulau Bait dan beberapa kawasan lain lagi.






Lawatan ke SMK Bum-Bum, Semporna






Lawatan ke Kampung Gusung Malanu, Pulau Bum-Bum untuk majlis sumbangan 



Lawatan ke beberapa kawasan pos kawalan (termasuk Pulau Bohey Dulang)

Dikhabarkan DYTM Raja Muda Perlis sentiasa datang berkunjung ke Semporna setiap tahun. Kurang pasti ini lawatan kali ke berapa sudah, tapi apapun terima kasih Tuanku atas sumbangan dan kesudian datang bertandang ke Semporna bumi tercinta.

Ramadhan 14, 1436H.



Ulasan

Catatan Popular