Kelab Belia Tinagayan

~KeBaT~



Kelab ini merupakan salah satu persatuan yang berdaftar secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Sah didaftarkan pada 27 Mei 2015. Alhamdulillah, syukur juga atas usaha sendiri dapat mendaftarkan pertubuhan ini. 

Kami sebagai ahli mengambil nama KeBaT atau Kelan Belia Tinagayan sebagai nama kelab atas nama kampung kami iaitu kampung Gelanggang atau Tinagayan, jalan Bugaya Semporna. Memang ramai yang kurang tahu akan nama ini walhal YB sendiri. Almaklumlah kampung terpencil yang didiami (dahulunya segelintir adalah pendatang) oleh beberapa buah keluarga sahaja.

In syaa Allah atas inisiatif kami untuk mewujudkan kelab ini, kami sebagai belia daerah Semporna akan berusaha untuk membawa lebih ramai golongan belia untuk terus berkhidmat sebagai sukarelawan atau pemimpin belia yang progresif, dinamik dan menjadi modal insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

P/S: boleh bah join Kelab kami. Hubungi saya jak... 0175959179 (Whatsapp/Wechat)

Ulasan

Catatan Popular