Cerita Semporna: Sampah Oh Sampah part 1

~ Sampah Oh Sampah ~

Selepas Pesta Regatta Lepa

Apa yang kita dapat lihat adalah kesan selepas pesta. Paling utama yang ingin disentuh dan dibualkan adalah mengenai aspek kebersihan dan pengurusan sampah sarap. Sepanjang perjalanan aku dari satu bangunan kedai ke bangunan kedai yang lain dan juga dari satu gerai jualan ke gerai jualan yang lain dan disepanjang itulah juga sampah dan sisa pepejal bertempiaran di merata tempat.

Ya Allah, tanah kelahiran aku kah ini? Bermonolog sepanjang perjalananku.

Satu demi satu, kepelbagaian rupa, bentuk, corak, saiz dan warna yang ada pada sampah sarap yang bertaburan di atas jalan raya, tepi kawasan pejalan kaki dan tidak kurangnya… sekitar tapak pembuangan sampah dan juga beberapa kawasan yang dijadikan kawasan longgokan sampah.

Dimana kesedaran kita sebenarnya?

Dimana dan siapa kita sebenarnya? Adakah BINATANG yang hanya tahu pakai dan buang merata tempat ataupun SYAITAN LAKNATULLAHALAIK yang suka akan benda-benda kotor dan kekotoran dimana sahaja…? TEPUK DADA TANYA IMAN.

Ku berjalan ke sana, sampah! Ku bejalan ke sini, sampah! Ku bejalan ke hadapan, sampah! Dan ku lihat ke belakang, sampah!.

Aku berhenti seketika di suatu sudut dan melihat kelibat manusia-manusia yang sedang berjalan, mencari-cari barangan dan tidak kurangnya yang sibuk dengan hal masing-masing. Tapi, aku terfikir dan melihat kelibat beberapa orang pelancong dan jurufoto persendirian. Melihat reaksi mereka apabila melalui kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai longgokan sampah sarap dan bendasing yang bertaburan di mana sahaja…. Berkerut dan hanya mampu menggelengkan kepala. Dan aku, hanya tersipu malu dan merasakan apa yang mereka rasakan. AKU MALU DENGAN DAERAH KESAYANGANKU… sedarlah ummat, sedarlah saudara, sedarlah BANGSAKU.

Tidak juga ketinggalan, aku sendiri mengambil gambar dan memuat naik ke dalam Instagram saya:



sumber: hafez piedz


Bersambung…..

Ulasan

Catatan Popular