Semporna: Sampah Oh Sampah part 3
Kesinambungan PART 1 dan Part 2
Sampah
Oh Sampah 3
Lagi
mengenai sampah.
Aku
bukanlah pakar alam sekitar tapi aku belajar mengenai GEOGRAFI dan alam
sekitar. Ada juga niat mahu sambung MASTER IN ENVIRONMENT di UKM tapi tiada
duit untuk sambung belajar. Tapi aku punya WAWASAN untuk bantu daerahku BERSIH.
Walaupun hanya dari sekecil-kecil usaha sehinggalah sebesar-besar usaha.
Beberapa cadangan dalam membuat penambahbaikan dalam pengurusan sampah di
Semporna.
(1) Sediakan tong sampah yang lebih banyak dan
diletakkan di tempat-tempat yang tertentu.
Dalam hal ini, mohon Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
atau Majlis Daerah Semporna (MDS) untuk menukarkan tempat pembuangan sampah
yang sedia ada sekarang ke satu tempat yang lebih relevan dan sesuai. Terutama
bagi kawasan bersebelahan stesen bas tongtalun yang sememangnya sangat tidak
sesuai. Selain itu, sediakan tong sampah kecik di bahagian-bahagian tertentu
dalam memastikan sampah dapat dibuang dengan mudah. Kes-kes sebelum ini
sememangnya ada tong sampah tersebut tetapi hilang dan dicuri seperti yang
dikhabarkan. Kenapa tidak pihak berwajib menyediakan lagi tong-tong sampah dan
pastikan ianya diletakkan dengan menyediakan sekali “casing” atau besi
penghadang yang berkunci bagi memastikan tong sampah tidak hilang dan dicuri.
Tetapi, dalam memastikan sampah sarap tidak bertaburan melimpah ruah, jalankan
proses pemungutan sampah 2 kali sehari. Hanya itu langkah terbaik dalam
mengurus sampah di daerahku ini.
(2) Kuatkan kuasakan lagi Akta dan Undang-Undang yang
sedia ada.
Dalam hal ini, pihak MDS dan PBT seharusnya
mewujudkan jawatan dan pihak-pihak tertentu untuk menjalankan pemantauan.
Seperti kebiasaanya, masyarakat kita memang suka membuang sampah sembarang.
Justeru, jika terdapatnya tong sampah yang disediakan maka orang ramai sudah
tiada alasan untuk tidak buang sampah merata tempat. Dalam aspek pemantauan,
pihak MDS sendiri yang perlu untuk wujudkan jadual perjalanan. Sama seperti
aspek keselamatan. Mereka Berjaya mewujudkan anggota-anggota bantuan seperti
RELA, JPAM dan POLIS dalam menjalankan pengawalan. Dan kenapa tidak MDS.
Seperti di DBKL dan DBKK sendiri. Walaupun masalah sampah tetap ada tetapi
mereka Berjaya mengurangkan sampah sarap yang bertaburan di merata tempat.
Kenapa peringkat daerah tidak boleh. Dengan penguatkusaan yang sedia ada, dengan
meletakkan jumlah denda yang lebih tinggi atau kenakan tindakan penjara dan
sita bagi kawasan dan hal-hal yang tertentu diharapkan dapat mengubah sikap
mereka untuk membuat PERUBAHAN.
(3) Perkasakan lagi KEMPEN sedia ada dan buat
pembaharuan.
Dalam kes sebelum ini, terdapat banyak kempen yang
telah dijalankan tetapi masih terdapat kepincangan dan kelemahan dalam
melaksanakannya. Pihak MDS telah melaksanakan majlis perasmian mengenai kempen
Anti Kutu Sampah tetapi sejauh mana perlaksanaan dan keberkesanannya kepada
objektif dan tujuannya serta perubahan yang dialami kepada daerah kita. Nampak
seperti sama sahaja dan tiada perubahan langsung. Justeru, antara contoh yang
baik dalam menjalankan kempen-kempen adalah bermula dari peringkat akar umbi
sehinggalah ke tahap tertentu. Bermula di peringkat pra-sekolah sehinggalah ke
sekolah menengah dan kolej-kolej yang sedia ada di daerah Semporna, KPTM, RISDA
dan KOMUNITI. Wujudkan role model dan DUTA yang boleh membawa kepada perubahan
seperti program 1M4U sebelum ini yang memanggil AMY SEARCH sebagai duta
kebersihan. Kenapa daerah kita tidak boleh. Sudah nampak yang masyarakat kita
mudah terpengaruh terutama golongan artis. Jadi kenapa tidak dengan pengurusan
sampah.
(4) Kerjasama SEMUA pihak.
Antara kaedah lain adalah melalui kerjasama semua
pihak termasuklah MDS sendiri, pihak polis, hospital, penerangan dan apa-apa
jua jabatan untuk melaksanakan aspek pengurusan sampah dengan lebih efisen dan
efektif dalam memastikan kelestarian kebersihan semporna dapat dikekalkan.
Dalam aspek ini, selain menjalankan kempen pihak jabatan-jabatan kerajaan
perlulah menyampaikan mesej dan tauladan kepada masyarakat akan kesan buruknya
sikap membuang sampah merata tempat dan impaknya kepada kesihatan dan juga
penerimaan ramai termasuklah pelancong. Selain itu, masyarakat itu sendiri
perlu sedar dan membantu pihak MDS dalam menyelesaikan masalah yang sekian lama
tiada penghujung ini.
(5) Tingkatkan Keimanan dan sifat PERIKEMANUSIAAN dalam
diri.
Ini adalah merupakan aspek utama dalam mengatasi
masalah pengurusan sampah di mana juga termasuklah daerah kita Semporna.
Sedarlah bahawa dunia ini hanya pinjaman dan akan digunakan untuk generasi akan
datang. Jika kita pada hari ini merosakkannya, apa akan jadi pada generasi anak
cucu cicit kita. Dimana mereka akan hidup dan merasakan kenikmatan yang kita
rasakan pada hari ini tetapi kesan kita yang tidak mempedulikan akan aspek
kebersihan, maka anak-anak kita di masa hadapan mendapat kesannya bukan sahaja
aspek merasakah apa yang kita rasakan
pada hari ini tetapi dalam aspek kesihatan dan kemaslahatan hidup suatu hari
nanti.
p/s
pesan pada diri, BERUBAHLAH dan sama-sama berganding untuk MENYELESAIKAN ISU
INi… BUKA MATA, BUKA HATI, BUKA MINDA KENALI DIRI. Tepuk dada Tanya iman.
Ulasan
Catat Ulasan