Semporna: Sampah Oh Sampah part 2

KESINAMBUNGAN PART 1
Sampah oh Sampah: part 2

Pendapat aku mengenai ISU SAMPAH di daerahku, SEMPORNA.

Punca dan sebab berlakunya pembuangan sampah merata tempat:

1(1)     Pengurusan yang tidak efisen, efektif dan teratur.

Dalam aspek ini, saya bukan menyalahkan atau menunding jari kepada pihak berkuasa tempatan (P.B.T) atau Majlis Daerah Semporna (M.D.S) kerana tidak menjalankan tugas. Cuma saya sedikit terkilan sebagai rakyat jelata yang suara dan haknya tidak didengari serta tiada medium untuk menyuarakan disebabkan kita golongan minoriti. Apa yang saya dapat lihat adalah aspek kekurangan dan kelemahan dalam pentadbiran di daerah Semporna dalam aspek pengurusan sisa pepejal. Masalah yang timbul sebelum ini adalah dari aspek penyediaan tong sampah dan kawasan peletakan tong sampah yang tidak efisen dan strategik. Antara tempat yang terlibat adalah di kawasan pejalan kaki menuju ke pasar Semporna, sebelah Pasar Ikan, sebelah Jeti Awam, Semporna dan di tengah-tengah kawasan Bandar baru Semporna bersebelahan bangunan kedai Milimewa. Mungkin bagi sesetengah pihak ianya ditempatkan di kawasan-kawasan sedemikian bagi memudahkan orang ramai untuk membuang sampah di kawasan tersebut. Sebenarnya silap dan tidak sesuai. Kenapa? Sebab kawasan tersebut adalah merupakan kawasan tumpuan ramai.

Seperti di kawasan pejalan kaki menuju ke Pasar, Semporna. Seperti yang kita sedia maklum kawasan berkenaan adalah merupakan kawasan pejalan kaki dan juga kawasan tapak jualan pada sebelah subuh dan pagi serta kawasan utama laluan orang ramai termasuk pelancong ke bahagian kawasan Bandar Laut Semporna. Peliknya, ia masih kekal di situ dan terus kekal disitu. Yang menariknya, kadangkala ia dibersihkan selepas tong sampah sudah melimpah ruah dan kawasan tersebut dipenuhi longgokan sampah. Subahanallah, kenapa perlu penuh dan berbau busuk barulah dibersihkan….? Bagi kawasan sebelah Pasar Ikan, kawasan tersebut sememangnya “TOTALY” teruk. Kenapa? Selain penuh dan bertaburan, ianya sangat-sangat berbau busuk. Kesianlah dengan bangunan kedai bersebelahan setiap hari menghidu bau busuk dan juga mata orang ramai yang melihatnya.

Seterusnya di kawasan Jeti Awam Semporna yang mana kes hampir sama dengan tempat lain, bilamana penuh dan berbau busuk baharulah dibersihkan. Apa yang teruknya, kawasan ini adalah merupakan kawasan tumpuan paling utama pelancong yang datang dan jeti menuju ke sekitar Pulau-Pulau di Semporna. Sebelum ke pulau dan selepas pulang ke pulau, reaksi negatif sahaja yang diterima termasuk orang ramai dan guru-guru yang pulang dari mengajar. Kawasan tersebut sememangnya kotor dan tidak terurus dengan baik. Bagi kawasan banguna baharu sebelah kedai Milimewa, ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai yang datang dari kawasan luar Semporna terutama Tawau disebabkan adanya stesen bas Tongtalun dan tong sampah itu betul-betul bersebelahan dengan pondok bas tersebut. Kasihanlah, orang datang disambut dengan pemandangan dan suasan bau busuk daripada tong sampah. Pindahkan la ke tempat yang lebih bagus dan efisen.

2(2)    Sikap dan MENTALITI masyarakat di Semporna.

Sikap guna dan buang sembarang.

Merujuk kepada Pesta Regatta Lepa pula, sememangnya banyak kesilapan dan keburukan mengenai sampah sarap. Sikap peniaga yang tidak menguru sendiri sisa pepejal termasuk beg plastik bungkusan jualan dan juga sisa pepejal lain seperti kertas dibuang merata tempat tanpa diurus sendiri dan dilonggokkan. Selain itu, sikap dan MENTALITI masyarakat dan pengunjung yang datang ke tapak pesta juga tidak kurang samanya. Selepas pakai terus bunag sembarangan. Kepada, why? Maitak…? What wrong what u PEOPLE’S… susah sangat ka mahu buang di tempat yang sepatutnya atau simpan dalam beg nanti dirumah baru buang ke tong sampah sendiri. Lebih rela membuang terus ke mana sahaja dan melihatnya bertempiaran dan bertaburan di merata tempat. Tidak malukah dengan tindakan kamu. Orang luar melihat kamu yang suka membuang sampah.

Selain itu, tiada disediakan kawasan pembuangan khas selain kawasan tong sampah yang sedia ada. Seharunya pihak pengajur dan MDS menyediakan kawasan pembuangan sementara bagi peniaga dan orang ramai membuang dan melonggokkan sampah dengan lebih mudah dan teratur. Jikalau hal ini mereka laksanakan, tidak aka nada kawasan-kawasan longgokan sampah seperti di hadapan kedai Gaint, Hotel Sipadan Inn II dan kawasan-kawasan lain yang dijadikan tempat longgokan sampah. Di mana tanggungjawab kita kepada ALAM dan daerah kita? Subahanallah. Islam menyeru kita agar mengamalkan kebersihan di mana kebersihan itu asas kepada keimanan. Adakah kita tidak beriman dengan Allah, Tuhan kita? Sehinggakan tiada tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam menjalankan dan mengurus sampah masing-masing? Kenapa? Di mana kita sebenarnya? Di Planet yang suka membuang sampah sembarangan ka?

JOM BERUBAH… kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang BILA?

3(3)    Kurangnya KESEDARAN DAN KEIMANAN

Aspek kebersihan adalah tonggak utama sesebuah kaum itu ataupun menunjukkan siapa diri seseorang itu. Apa yang aku katakana disini, bukanlah aku yang terbaik tetapi sampai bila baru kita berubah…

Walaupun banyak kempen seperti “KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH: MDS” dan baru-baru ini “GOTONG-ROYONG PERDANA” dilaksanakan. Tetap juga banyak sampah dan perangai sesetengah pihak yang tidak ingin berubah dan sedar. Tidak berimankah atau itu sudah menjadi kebiasaan dalam diri kamurang untuk membuang sampah sembarang. Manis kata dimulut inginkan Semporna bersih dan cantik tetapi kenapa tidak membantu ke arah itu. Dalam usaha menjaga kebersihan dan nama baik Semporna yang sudah dilabelkan sebagai Daerah terkotor Di MALAYSIA. Kempen-kempen sebelum ini sememangnya nampak ke mana arah tujuannya dan objektif. Tetapi kenapa hanya pada hari tersebut sahaja ia dikekalkan dan dijalankan.

            Seperti KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH itu sendiri. Denda RM500 kepada yang didapati membuang sampah dan meludah sembarang dan juga beberapa orang AGEN atau ROLE MODEL’s yang dijadikan sebagai DUTA untuk memastikan masalah dan pihak-pihak yang membuang sampah sembarang ini dihapuskan. Siap ada sijil PERLANTIKAN. Tapi selepas itu… ke MANA SEMUA HAJAT, OBJEKTIF dan TUJUAN KEMPEN itu. Ya, memang benar Datuk Seri Shafie Apdal turun pada hari tersebut merasmikan program dan memberi watikah perlantikan. Tetapi kemana semua janji dan kempen itu. Adakah hanya pada hari itu atau terus hilang sama sekali. Seperti Kempen Gotong Royong Perdana baru-baru ini. Sememangnya pujian seharusnya diberikan kepada mereka yang turut hadir dan sanggup dengan relanya untuk mengutip dan memungit sampah. Namun, selepas itu daerahku kembali kotor… penat sebenarnya pihak-pihak berwajib itu melaksanakannya tetapi sesetangah pihak tidak memberikan kerjasama yang sebaiknya. Buang sampah sembarang dan meludah di merata tempat. Belum lagi sentuh aspek sampah di laut….

            Bantulah SEMPORNA… BANGKITLAH BANGSAKU… bantu SEMPORNA untuk BERSIH, SIHAT dan SELAMAT. Jangan kita hanya tunding jari, lempar batu sembunyi tangan dan juga melepaskan batuk di tangga sahaja. Semua pihak haruslah bersatu padu dan berganding bahu untuk menyelesaikan isu SAMPAH ini. Pihak MDS tolong sediakan tong-tong sampah yang lebih banyak. Dan masyarakat SEMPORNA itu sendiri janganlah pula kamu MENCURI itu tong sampah dan suka buang sampah merata-rata. Tolonglah…

p/s: aku bukan duduk mengata sahaja. Aku hadir dalam mana-mana majlis yang dianjurkan dan aku nampak sendiri kesannya sebelum, semasa dan selepas. Sehingga ke hari ini. Ya, aku tujukan coretan ini untuk diri sendiri dan semua. Aku cuba juga untuk buang sampah di mana da tong sampah dan adakala beg dan seluar aku sendiri aku jadikan tong sampah sementara untuk buang sampah yang aku gunakan. Bukan bangga diri tapi aku ingin perbaiki diri dan cuba untuk tidak buang merata. Sebab aku sedar. DUNIA ini pinjaman untuk kita dan kita diamanahkan untuk menjaganya. Sebab, GENERASI akan datang akan menggunakannya. Kalau pada hari ini sudah dipenuhi sampah dan tiada usaha untuk menghapuskanya. Macam mana pada masa hadapan? Di mana anak-anak kita mahu bermain dan hidup kalau BUMI ini dipenuhi sampah. Sama-samalah kita saling membantu dalam menguruskan SAMPAH dan SISA PEPEJAL yang sukar untuk lupus ini walaupun dibakar. Kurangkan penggunaan beg plastik dan amalkan konsep Kitar Semula 3R.

Ulasan

Catatan Popular