Beach Clean Up At Omadal Island, Semporna.
26/10/2014
Kami GREEN Semporna bersama WWF-Malaysia dengan kerjasama persatuan Wanita Pulau Omadal Semporna (WAPO) menjalankan aktiviti Membersihkan pantai ataupun "Beach Clean Up" di pulau Omadal. Aktiviti adalah bertujuan untuk memastikan alam sekitar bersih, penduduk sekitar dapat menjalankan aktiviti bergotong-royong dan mampu mewujudkan budaya berkerjasama sesama masyarakat di sana.
Apa yang menariknya, kelibat kanak-kanak yang lebih ramai berbanding dengan golongan remaja dan Belia. Al-maklumlah, pulau tersebut kurang penduduk dan kebanyakan golongan Belia sudah tiada dan merantau keluar. Kecuali golongan Belia "Pelauh" yang masih ramai mendiami pulau tersebut. Sedikit gambar semasa program kelmarin.

Sedikit Taklimat dan suai kenal sebelum aktiviti dijalankan.
Tinggalan sisa perahu yang terdampar.
Sesi pembahagian Kumpulan. Saya yang ambil alih bagi melancarkan perjalanan program.
Kumpulan 4
Kumpulan 1, kamilah
Kumpulan 2
Kumpulan 1
Saya dan budak-budak
Indah jika terus dipelihara.
Sedikit nasihat kepada generasi Pulau Omadal jika dapat membaca blog aku ni
Tolonglah jaga, pelihara dan pastikan Pulau atau kampung anda. Iya, sememangnya pulau ini punya seribu satu khazanah alam yang berharga yang perlu dilindungi dan dipelihara. Termasuklah penyu mendarat dan juga kawasan yang sangat sesuai dimajukan sebagai pusat peranginan.
Bersatu-padulah dalam menjaganya. Janganlah biarkan kekotoran itu menjadi faktor kebiasaan dan penghalang kepada impian anda yang murni. In shaa Allah
Ulasan
Catat Ulasan