Kenangan Hari Raya Haji
Sememangnya setiap dari kita mempunyai kenangan dan ceritera cinta kan. Saya pun begitu, seribu satu cerita yang saya boleh kongsikan di sini. Apa paling sadisnya, 3 tahun saya beraya di dalam bilik sahaja semasa belajar di Universiti Utara Malaysia 2009-2011
Kisah pagi tadi, oleh kerana hujan kami ambil inisiatif untuk solat di masjid Kampung Sri Melur. Memang kurang jemaah yang datang.
Kisah pagi tadi, oleh kerana hujan kami ambil inisiatif untuk solat di masjid Kampung Sri Melur. Memang kurang jemaah yang datang.
Hanya dapat senyum, sebab sejak jam 4 subuh lagi karan mati. Ada wayar terbakar masa ribut dan hujan lebat semalam.
Tiada kerja, picture2 jak. Tiada kawan bah dirumah. Ni sebelum family bertolak ke Sandakan. Anak buah anak abg pertama bercerak/akikah/naik hayun. Peace
Cerita semalam. Jalan-jalan terjumpa dengan jubah/ kurta. Angkut jak sebab lama sudah maw beli ni tapi baru dapat jumpa.
Salam Eidul Adha
Sebenarnya, ada kisah yang saya ingin kongsikan sempena hari raya haji. Kisah 5tahun lepas. Masa tu aku study di UUM kan. Semua student balik kampung dah, tinggal aku jak dan beberapa anak borneo dan foreigner yang stay di hostel. Kebetulan masa tu sorang sahabat iaitu arwah Amy Sharizal, pelajar International Affair. Dia asal Perlis dekat jak dengan UUM dalam 10-15 minit perjalanan sampai.
Mula kisah, dia ajak saya bercuti di kampung dia. Sebab aku stay sendiri di bilik kan. Baik sebenarnya dia. Ramai dah rakan-rakan dia bawak balik kampung kat Perlis. Hampir seminggu juga stay rumah dia. Rumah nenek dia dua belah pihak. Walaupun ibubapa dia sudah bercerai, dia masih rapat dengan semua family. Lama juga kenal semua family dia, ronda-ronda Perlis dengan motor dan itulah kenangan yang aku tidak boleh lupa. Dari pantai ke jeti, dari bandar ke kampung sampailah ke pasar malam. Ya Allah. Banyak yang dia lakukan dengan aku.
Apapun, semoga arwah tenang di sana. Terkejut dan sangat-sangat terkejut. Arwah meninggal masa sem last study. Masa tu saya sudah di Sabah. Kurang pasti juga sebab apa, tapi kawan kata infection paru-paru. Apapun. Aku sayang ko friend. Aku sayang kaw, aku rindu kaw. Hanya kenangan dan ingatan di Hari Raya Haji aku akan kenang kaw. Dalam doa... Aku selalu merinduimu. Al-Fatihah
Ulasan
Catat Ulasan