Tip Of Bohey Dulang: Dari Lensa Kameraku

Mungkin masih ramai yang belum tahu akan keunikan yang ada di pulau Bohey Dulang. Salah satunya adalah Bukit Bohey Dulang yang sering menjadi tarikan utama ketika hendak pergi ke sana terutama pelancong luar. Ketinggian dari paras laut adalah setinggi 600 meter, sedikit curam dan pemandangannya sememangnya sangat-sangat tersangatlah cantik selepas sampai ke puncaknya. tidak percaya, lihat sendirilah gambar-gambar di bawah. Kawasan yang meliputi Bodgaya, Bohey Dulang ini adalah kesan akibat tindakan letusan dan peninggalan gunung berapa aktif suatu ketika dahulu. Bolehlah melihat dan mentafsir sendiri apa yang saya ingin perkatakan melalui gambar dibawah:


Ramai penduduk Semporna beri gelaran "Perempuan Baring" dengan kawasan sekitar Taman Marin Tun Sakaran di bawah seliaan Taman-taman Sabah.



Pandangan atas, Jeti Pulauu Bohey Dulang






Nampak kan kawasan seakan-akan lingkaran bulatan?
Itulah kesan peninggalan Gunung Berapa Berjuta-juta tahun dahulu.


Anjing tu ibarat Bodyguard kalau naik atas. Jangan risau. Dia boleh lindungi kita daripada Ular



Tompok-tompok tu adalah Batu Karang, nampak dari dekat barulah tahu itu terumbu karang





Sekitar pandangan di atas puncak.





Atap-atap merah tu, itulah pejabat dan beberapa bangunan milik Taman-Taman Sabah









Gambar akhir sebelum turun. Memang hajat nak tangkap gambar semasa turun.
Tapi tidak jadi sebab takut jatuh. Sangat curam tapi tidak la bahaya untuk turun. Perhatikan jak mana taw ada ular, lipan atau haiwan berbisa lain di sekeliling anda. Pacat pun kekadang ada.
Selamat mendaki dan Selamat Datang ke Daerah Semporna.

Ulasan

Catatan Popular