Hijrah Pada Pandangan Insan Kerdil Ini

Apa yang kita faham dengan Hijrah.
Sekadar "penghijrahan" dari baik sebelumnya kepada yang lebih baik selepasnya.

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

Mendalam maksud ayat itu jika kita fahami dan adaptasi. Terutama dalam organisasi mahupun persatuan. Sebabnya, setiap pengorbanan, perjuangan itu memerlukan kesepaduan dalam melahirkan sifat persaudaraan yang memungkinkan akan melahirkan suatu perpaduan kepada sebuah kejayaan yang diinginkan.

Contohnya, jika dalam sebuah persatuan. misalnya, dalam menjalankan sesuatu program atau aktiviti adalah memerlukan pengorbanan dari aspek masa, wang ringgit dan keluarga. Bilamana sudah berkorban, diteruskan dengan perjuangan dalam melaksanakan aktiviti secara bersaudara ataupun berkerjasama. Bilamana "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" in shaa Allah akan memberikan hasil dan maklumbalas yang baik dalam program yang dilaksanakan. Akhirnya, ia pasti akan mewujudkan sebuah perpaduan.


Tips Hijrah dari aspek Agama Islam. Petikan daripada fb ustaz Azhar Idrus.

Apapun, biarlah kita berubah kerana Allah. Dengan niat untuk memperbaiki diri. Cara yang mudah untuk melaksanakan adalah dengan berkawan dan bersahabat dengan mereka yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan masjid. In shaa Allah kita boleh. Biarlah apa kata orang, tetapkan bersabar dan cemuhan. Biarlah apa orang kata, janji kita ada Allah yang mendengar dan memahami. Akhir, tetapkanlah kita untuk terus berdoa dan pastikan ada usaha dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebab, Allah berjanji dalam FirmanNya:

"Aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu boleh mengubah dirinya sendiri"


Mahu berubah... Niat...
Bila dicemuh... Sabar...
Bila selesa... Istiqamah...
In shaa Allah

Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal


In shaa Allah kita boleh. Sabar kunci Kejayaan.

Ulasan

Catatan Popular