Kenaikan Harga Minyak 20 Sen Berkuatkuasa 02/10/2014: Kisah di Semporna

Sekali lagi rakyat marhean terutama di Semporna sedikit tercabar dan tergugat



Gambar semalam: Fb ANN VOUGE

Yang pastinya, kami di Semporna antara yang paling terasa akan kenaikan harga minyak tersebut. memandangkan di Semporna masih belum ada kemudahan pengangkutan awam dan minyak adalah keperluan asas yang paling utama di daerah ini, ia menjadi cabaran dan sedikit merisaukan hampir seluruh masyarakat di sini. Ini kerana, selain kenderaan darat seperti kereta dan sememangnya kebanyakkan kereta la di kawasan darat semporna, namun paling merisaukan dan sedikit "menyusahkan" adalah bagi pengguna-pengguna bot kecil iaitu nelayan mahupun resort-resort dan juga kemudahan pengangkutan darat-laut. saya terangkan sedikit kronologi kesan kenaikan harga minyak penduduk di daerah Semporna:

1) Nelayan
- apa yang merisaukan mereka adalah, selain saingan untuk mendapatkan sejumlah ikan untuk tujuan menyara hidup ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" dengan nelayan yang menggunakan kapal besar, mereka juga menggunakan sejumlah wang hasil jualan ikan mereka untuk tujuan perjalanan daripada kampung mereka (rumah) ke pekan semporna untuk mendapatkan air bersih dan juga keperluan harian yang lain. dengan kenaikan minyak boleh menyebabkan pergerakan mereka untuk turun ke laut semakin terhad dan hasil tangkapan mereka sememangnya akan lebih mahal berbanding biasa. Oleh itu, kesan kenaikan minyak bukan sahaja mengganggu aktiviti harian nelayan malah ia juga memberi impak kepada kenaikan harga ikan dan hasil laut yang lain kepada rakyat yang sememangnya menjadikan ikan sebagai makanan dan sumber protein utama. Ayam... sesetengah sahaja yang minat untuk makan terutama penduduk semporna yang tinggal di kawasan Pulau. Percaya atau tidak, duduklah serumah dengan warga pulau (orang kampung) di Semporna, dan cuba bagi mereka ikan dan ayam, mereka akan lebih memilih ikan selain harga yang mahal, ayam bukan mudah untuk diperolehi dan dibeli melainkan diberi percuma.

2) Pihak Resort
- Sememangnya kesan kenaikan minyak boleh menyebabkan harga pakej-pakej pelancongan juga akan naik, disebabkan kemudahann minyak untuk bot-bot mereka memerlukan sejumlah perbelanjaan yang tinggi untuk "cover" minyak enjin. Selain itu juga, pengusaha-pengusaha bot sewaan persendirian juga akan menaikkan harga sewa bot dan ini sama sekali akan menyebabkan penyewa atau rakyat itu sendiri yang ingin membuat lawatan ke pulau-pulau sekitar Semporna akan merasakan bayaran yang mahal berbanding sebelumnya.

3) Tambang "PREBET" (kereta Sapu)
- Sememangnya akan NAIK. Kenapa???? sebelum ini, kenaikann 10sen harga minyak mereka naikkan tambang daripada RM1.00 kepada RM1.50 dan terkini RM2.00. ia adalah sangat2 menyusahkan pengguna memandangkan di daerahku tercinta ini tidak memiliki sebarang KEMUDAHAN AWAM untuk tujuan pergerakan dan digunakan secara meluas melainkan penggunaan PREBET SAPU dan itu adalah pilihan utama saya. memandangkan saya tidak pandai memandu, tiada lesen kereta dan tiada inisiatif lain untuk ke tempat kerja, saya memilih menggunakann prebet sapu sejak dari kecil lagi ke sekolah mahupun ke pekan dan tempat-tempat tertentu. 

4) Harga Barang Pun Naik
- Kenapa??? Sebabnya, kos penghantaran barang juga memerlukan kenderaan yang menggunakan minyak. lainlah kalau kenderaan itu menggunakan UDARA PERCUMA untuk menghantar. sememangnya, kesan kenaikan apa jua bentuk barang, kemudahan dan lain-lain akan menyebabkan benda lain akan mengalami kenaikan harga barang... haraplah INTERNET pun tidak naik, sudahlah LEMBAB, bila sudah sampai tarikh akhir, beria-ia minta di bayar. Pleaselah... terutama MAXIS di daerah Semporna. tempat lain, entahlah. lain-lain tiang.

5) Pengangkutan LAUT juga naik harga TAMBANG
- Kenapa?? Sebabnya, Semporna adalah salah satu tempat di Malaysia yang mana lautnya sibuk dengan aktiviti bot dan sampan. Ini kerana, majoriti guru yang bertugas di pulau-pulau tertentu akan menggunakan bot sewa untuk ke tempat kerja. Selain minyak kereta digunakan untuk ke jeti, mereka juga terpaksa menyewa bot setiap hari (bayar bulanan) untuk ke tempat kerja. kalau dekat tadi, tidak apalah, ini nun jauh sampai ke Omadal dan Hampalan. SK Mabul yang jauh sana,, guru-guru terpaksa tinggal di pulau tersebut. Paling ketara adalah guru-guru di pulau Bum-Bum. Hal ini kerana, selain menggunakan sejumlah wang untuk minyak bagi pergerakan ke jeti, sewaan bot setiap bulan ke pulau, mereka juga terpaksa menyewa bas sewa di pulau tersebut untuk perjalanan ke sekolah di kawasan sekitar Pulau Bum-Bum. boleh dikatakan, mereka menggunakan sejumlah RM20-50 sehari untuk perjalanan ke sekolah. Namun, elaun tidak setimpal dengan bayaran dan penggunaan bayaran ke sekolah setiap hari. bayangkan.

Hanya itu yang dapat saya kongsikan mengenai luahan hati bila mana HARGA MINYAK NAIK. yang pastinya, GAJI tidak akan naik disebabkan kenaikan harga MINYAK. Sukarlah RAKYAT MARHEAN untuk menampung sara diri dan keluarga setiap bulan selepas ini. bayaran CCM kereta, rumah, bil api dan air sudah cukup untuk gaji bulanan, untuk simpanan sama sekali tidak ada dan kegunaan lainnya. Adakah untuk mecapai status NEGARA MEMBANGUN itu sampai menyebabkan rakyatnya ditindas dengan KENAIKAN HARGA MINYAK dan BARANGAN di pasaran. tidak lagi menyentuh GST yang akan dilaksanakan pada APRIL 2015. 

kami rakyat kampung sangat terasa akan kenaikan harga minyak, kawasan bandar pun hampir sama sebab rata-rata mereka berasal daripada kampung juga. lainlah kalau ada BR1M tiap2 bulan atau elaun Menteri dan DAtuk yang masuk tiap2 bulan boleh menampung sara diri keluarga kami. Bantulah kami bukan tindas kami. sekian... maaf atas salah perkataan dan ayat di atas. Ini hanyalah PENDAPAT dan LUAHAN HATI KAMI penduduk di SEMPORNA.

Ulasan

Catatan Popular